Friday 13 September 2013

Hijau Lumut dan Biru Laut 2


HARI tu.. Hari yang hujan lepas dia habis kelas Biologi yang dia berlari-lari anak masuk dalam kereta. Mama terus tanya dia, "Macam mana kelas? Okey? Sedap?"

Aku ukir senyum sambil tangan sibuk nak menutup payung yang basah. Along drive hari ni. "Okey. Kalau exam sekali lagi nanti, bolehlah dapat separuh markah, Ma."

"Isy. Ada pulak. Orang tak nak separuh markah. Zaman sekarang ni Nabil.." Dah mula dah...

Aku jenguk ke luar tingkap. Lebat juga hujan kali ni.

"..berlambak orang nak kalau kita tak layak, Nabil." Lah. Tak habis lagi ke? Aku angguk je macam burung belatuk sebab tau Along tengah tengok ikut cermin belakang. Rimas lah.

"Ni dah kenapa jeling orang dari tadi ni?" Aku pukul bahu Along perlahan. Depan Mama, kena sopan sikit walhal Mama dah arif dengan perangai anak-anak dia. Mama menjeling ke sebelah.

"Saje." Yeah right, Along.

"Siapa tadi tu, Nabil." Mama keluar suara balik.

Aku menimbang jawapan dalam kepala. "Oh. Yang tu..anak Cikgu Serina."

"Yang tunggu nak masuk universiti tu ke?" Along bertanya sambil tangannya memperlahankan volume radio.

"Ha'ah." Kenal?

"Dia muda dua tahun dari Along kan, Ma?"

"Betullah tu. Baik benar budaknya tu." Oh ye? Patut nampak suci je muka.

"Anak Mama kat sebelah ni baik jugak."

"Bijak." Hmm.. Padanlah dengan muka yang nampak suci tu. Eh?

"Sama lah dengan yang sebelah ni."

"Ada rupa." Tidak dinafikan.

"Sama lagi. Heh. Ma, your sons can't be defeated."

"Ye lah. Anak Mama semua baik. Kan?"

Aku juling mata ke atas. "Yeah right." Perlahan suara menuturkan.

"Are you trying to defend him, sis?"

"You're talking nonsense, big bro and I'm talking about the fact."

Itu cerita yang hari tu. Telinga dah dipekakkan dengan MP4 di tangan. Fikiran dah ke lain. Really? I've falled for him? At the first sight? Nonsense. Astaghfirullahalazim. Tak baik betul otak aku ni. Bad brain! Bad brain! Padan lah biologi tak pernah dapat A. Banyak fikir benda lain rupanya. Tapi sungguh la. Bila fikir balik, lelaki ni ada aura yang namanya.. bila-dia-senyum-mesti-buat-orang-jatuh-hati-sebab-that-killer-smile. Ha, lebih kurang macam tu. Padanlah dia tak senyum sangat. Mungkin dia dah tau dia ada sindrom ni kut. Haha. Masa dia bercakap dengan aku pun, senyum 3 saat je.

Sudah! Sudah! Baik aku buat esei BI yang cikgu nak kutip tu. Kalau tak, mampus aku kena marah dengan Cikgu Ros tu. Headphone dilurutkan ke leher. MP4 dimasukkan kedalam poket seluar dan dia bangun dari duduk menuju ke rak buku. I want to be like him. At the same level like him. Like my two brothers. I can do this! Yes!

The rest is over. Next year is your nightmare. And please, realization, come to me. Help me.



IS this my fate? Tangannya melarikan pensel di atas kertas kajang untuk menulis ayat yang terakhir. Fuhh. Lenguh kejap, tulis tak berhenti. Pensel dilepaskan sejurus tangannya meletakkan satu titik noktah pada pengakhiran ayat. Tangan dibawa ke belakang leher, mengurut tengkuk. Aku bangun dari duduk dan meluruskan urat-urat badan. Mata mengerling jam dinding di dalam bilik. It's been 1 hour 45 minutes to do a continuous writing, huh? Teruk ni. Kena practise lagi.

Tekak yang terasa haus membuatkan tiba-tiba rasa nak turun ke dapur. Pintu bilik dibuka dan kaki menuruni tangga. Aku bawa tangan kiri ke tangan kanan untuk mengurut tangan yang masih terasa lenguh. Why am I so suffering, meh? Apabila sampai di dapur, gelas yang tersusun elok diambil dan diisi dengan air putih, menuruni kerongkong. God, heaven!

Ting tong.

Someone's coming home? Nawal dah habis kelas ke? Hmm..

Aku menjengukkan kepala ke ruang tamu. Mencari manusia kut-kut ada yang nak tolong bukak pintu untuk Nawal tu.

Kosong. Nil. Zero.

Aku mengeluh. Aku jugak la ni? Malas nyaaaa.. Aku berjalan ke pintu utama dengan perasaan malas. Langsir pada tingkap di sebelah pintu utama itu diselak terlebih dahulu. Nak memastikan itu betul-betul Nawal. Kalau orang lain, naya aku. Dah la tingkat bawah ni kosong.

Ssup! Langsir ditutup dengan cepat. Jantung dah terasa nak melompat keluar. Heartbeat rate tak payah tanya berapa. Crap! He's looking at me. HE. Again. HE! That means it's not Nawaaalll!!! Rambut yang berjuntai di dahi yang terasa serabut diselak ke tepi. Hisy. Wait! I'm... Berdesup dia lari keatas, masuk bilik hendak mengambil benda. Penting.

I'm free hair when he saw me like this just now!!!



"ILHAM!" Puan Serina memanggil anak terunanya yang sedang menonton Kick Buttowski dihadapan televisyen sambil menghadap biskut weetameal. Cantik betul perangainya. Lepas balik solat, terus bukak televisyen. Tengok kartun pulak tu. Tak padan dengan 18 tahun.

"Ye ibu?" Ilham melangkah masuk ke dapur. "Ada apa?"

"Ni ha. Ibu ada buat tat nenas. Banyak pulak tu. Ingat nak bagi kat Mak Cik Hajar. Emak nya Nabil tu."

"Ooo...key." Masih tak dapat nak menangkap ke mana tujuan perbualan ibunya.

"Jadi, sekarang ni, ibu nak minta tolong kamu hantarkan kat rumah diorang. Boleh?"

Oh. "Boleh. Sekarang ke?"

"Dah habis ke cerita kamu tu?"

"Boleh tengok bila-bila, ibu. Sekarang ehh? Pergi dengan motor la ye?"

"Ikut kamu lah, Ilham. Kamu pergi la tukar seluar dulu. Takkan nak tunggang motor dengan kain pelikat. Biar ibu letak delam bekas elok sikit biskut ni." Puan Serina mencapai bekas Tupperware yang selalu digunankannya kalau nak memberi makanan kepada jiran-jiran. Alah, bekas plastik yang murah tu.

Teringat yang dia baru balik dari solat Asar tadi, Ilham merenung refleksi diri dalam cermin. Kopiah putih, T-shirt hitam dan kain pelikat biru muda. Memang tak lah aku nak pakai macam ni kalau tunggang motor. Agak-agak kalau aku pakai kopiah sebagai helmet, polis tahan tak? Jangan nak buat mengarut, Ilham. Ilham menuju ke biliknya.

Dia turun selepas 10 minit kemudian.

"Lamanya. Bukan ibu nak suruh pergi pinang anak dia pun sampai nak bersiap lama macam ni." Puan Serina menghulur plastik yang berisi tat kepada anaknya.

"Ilham masuk tandas tadi. Tu yang take time sikit tu." Ada pulak ibu bergurau benda macam ni. Tangan Ilham mencapai plastik yang dihulurkan ibunya. "Ilham pergi dulu. Assalamualaikum." Tangan ibu disalami.

"Waalaikumussalam. Hati-hati. Nanti sampai kan salam ibu sekali ye."

"Iye, insya allah." Dia menuju ke raga yang menempatkan segala jenis kunci di situ. Kunci motor dan wallet dicapai. Wallet dimasukkan ke dalam poket seluar. Helmet di atas rak kasut dicapai dan kaki menyarung selipar Batanya. "Bye, ibu." Motor dihidupkan. Bismillahirrahmanirrahim.

20 minit kemudian dia sampai. Laju dia mematikan enjin motor dan helmet dibuang dari kepala. Ilham menuju ke pintu utama rumah tersebut dan menekan loceng yang tersedia di sebelah pintu. Takkan tak de orang kut. Bagi salam ke tak? Bagi salam ke tak?

Dalam dia menimbang-nimbang tiba-tiba dia terasa ada benda bergerak di sebelah pintu utama dari dalam. Refleks, dia memandang kearah itu.  Langsir. Diselak.

Secepat mana dia berpaling kearah langsir yang diselak itu tadi, secepat itu jugalah manusia yang berada di dalam itu menutup kembali langsir tersebut.

What was that? I thought I just saw...



PINTU utama dibuka sedikit. Dia berdehem seketika, ingin membetulkan suara. "Ye? Ada apa?" Mata memang dah terarah kepada pokok dandelion Mama. Malu! Dah la tadi muka serabai habis.

"Ni, nak bagi biskut. Cikgu buat. Nak bagi dekat Mak Cik Hajar. Mak Cik ada?"

"Tak ada."

"Tak pe lah. Nanti tolong bagi ye. Oh ye, cikgu kirim salam dekat Mak Cik." Ilham menghulurkan plastik yang berwarna merah itu.

Aku mengangguk sedikit. Plastik bertukar tangan. "Terima kasih."

"Sama-sama." Ilham berpatah balik menuju ke motorsikal.

Aku pula menunggu motor Ilham sampai hilang dari pandangan. Orang tua-tua cakap, kena tunggu sampai kenderaan tetamu pergi baru boleh tutup pintu. Dah hilang. Pintu ditutup dan dikunci. Aku memegang dada. Taubat! Aku tak buat dah lain kali!




Hijau Lumut dan Biru Laut 1


TADI masa di sekolah dah keluar keputusan peperiksaan pertengahan tahun. Sedih yang amat bila tengok kertas putih tu. Rasa nak keronyok lepas tu baling ke lombong. Tapi takkan sampai hati nak buat macam tu la kan. Sebab mama akan tanya hari-hari keputusan tu mula dari hari pertama habis exam.

Siapa tak lelah kan?

Sebab dia tak berapa nak faham kenapa la susah tahap petala kelapan belas dah subjek Biologi tu ha. Ujian pengesanan hari tu dapat cukup-cukup makan je. Dapat 40 peratus. Mama dah bagi warning, kalau lagi sekali dapat markah macam ni memang mama akan hantar masuk kelas intensif sampailah habis SPM tahun depan.

Terduduk dia di kerusi batu tepi koperasi sekolah disitu. Sambil beg digalas di belakang dan sambil kertas putih ditenung macam nak tembus.

I am totally dead meat.


ADA segumpal kertas yang masih bersih di bawah meja. Kaki mula menguis serta ditimang rendah. Nak buat gaya macam Zidane, tapi macam perasan lebih pula aku ni kan. Takpa lah, nanti bila balik nak pinjam bola angah. Bayang la bola tu macam Biologi. Sepak sampai lebam. Puas sikit hati aku yang membara ni.

"Nabil?"

Tersentak. Kepala didongakkan sedikit. Mata mula menyapa wajah bersih Cikgu Serina. "Jom ikut cikgu masuk kelas."

Minggu lepas, masa tangan masih terketar-ketar, masa jantung masih mengepam laju darah ke arteri-arteri yang sepatutnya seperti lajunya Hamilton bawa McLaren Mercedes masa zaman-zaman kegemilangannya dulu, tetap aku hulur juga kertas yang sehelai tu.

Mata bundar mama mula menjelajah isi kandungan kertas tersebut. Aku tau subjek mula-mula mama akan lihat ialah subjek Biologi. Ye lah, mama kan Guru Cemerlang subjek Biologi. Malu lah bila anak dia dapat D untuk subjek dia kan.

Aku tengok mama dah terkedu sambil tangan kiri dah menutup mulut. Aku tau mama sedih, tapi nak buat macam mana. Nak kata mama tak ada alternatif nak ajar aku, dah tiap-tiap minggu mama sental aku suruh buka buku Biologi tiap-tiap hari Rabu lepas isyak.

Dengan terkilannya mama, kena juga mama hantar aku ke kelas tuisyen Biologi Cikgu Serina ni. Mama kata untuk kebaikan aku juga. Aku iyakan saja. Tapi yang tak tahannya, bukan Biologi saja subjeknya. Biologi, Kimia, Fizik dan Matematik Tambahan! Pengsan sekejap aku dibuatnya lepas mama kata macam tu.

Dah, berhenti ingat cerita lama. Sekarang ni kaki aku dah menuju ke kelas. Berdebar-debar juga aku. Bukan apa, sebab aku ni bangsa yang tak reti nak cari kawan baru. Sejak darjah satu tu la aku hadapi susah senang dengan dua orang sahabat aku sekarang ni - Nas dan Put.

"Nabil boleh duduk dekat situ. Ni anak-anak cikgu. Amni dan abang dia, Ilham." Aku hadiahkan senyuman untuk dua-dua anak cikgu tu sambil kaki aku dah melangkah untuk duduk di tepi Amni.

Nak atau tak nak, aku kena buat kawan juga Amni ni atau tak aku takkan dapat faham apa-apa. Ye lah sebab aku dah banyak sangat dah ketinggalan. Tu la pasal, awal tahun dulu mama dah kata nak daftar aku masuk Klinik Biologi ni tapi aku tak berminat.

"Sila buka nota yang cikgu dah edarkan minggu lepas." 



HARI ni hujan. Hujan rahmat la kot. Rahmat yang Allah bagi sebab Cikgu Serina dah mula buat aku suka subjek Biologi. Kalau aku bagitau mama ni boleh jadi mama buat sujud syukur. Boleh jadi. Sebab mama cakap along dengan angah tak ada lah seteruk aku. Paling-paling tidak, markah Biologi diorang B. 

Dah lah. Tak mahu fikir lagi. Lagi fikir lagi banyak buat aku sesak nafas sorang-sorang. Tak pasal-pasal semput nanti siapa nak bertanggungjawab.

"Hai."

Ya Allah. Sumpah aku kata aku tak mau cakap dengan siapa-siapa pun masa ni. Nak nikmati hujan-hujan renyai dengan duduk berlunjur bawah gazebo ni ha.

Bila aku berpaling ke kanan, aku tengok anak lelaki cikgu Serina tu dah duduk bersila menghadap ke arah yang sama aku memandang.

O...k? Am I supposed to hi back... or what?

"Awak lupa ni." Ilham, atau siapa dah nama dia tadi? Ok you don't really give a damn or something right. Anak cikgu Serina tu hulur file aku - atau lebih tepat file Nawal sebenarnya sebab aku tak ada file lebih nak buat simpan nota-nota Biologi aku, yang warna merah jambu tu. Ya warna merah jambu. Aku tak selalu jambu mana dengan minat warna merah jambu sebab aku suka warna hijau ; hijau lumut. Aku selalu akan guna warna pink bila mana aku sedih atau mood tak terkawal. Jadi macam mana dengan kata-kata orang-orang putih tu yang kata 'in the blues'? Adakah ia turut bermakna seseorang itu akan beralih arah kepada warna biru apabila sedang menghadapi hari-hari sedih? Ya ke?

"Terima kasih." Aku tarik file tu letak di sisi sebelum aku sedar aku sedang duduk dalam keadaan kurang senonoh di tempat awam.

"Saya Ilham, Ahmad Ilham."

Mama selalu cakap, kalau orang tengah bercakap dengan kita, dengar dan fokus serta bagi perhatian. Lagi bagus kalau boleh bagi respond yang baik. "Saya Nabil, Nabil Aulia. Nice to meet you." Aku hadiahkan senyuman manis sambil merenung ke mata dia dua saat dan lebih. Ye lah. Ajnabi kot. Kalau rasa memang nak minta menanah telinga kena usrah dengan kakak naqibah buat la lagi tenung anak teruna orang lama-lama.

Aku senyum dalam hati. Dua saat dan lebih tu aku sempat imbas lelaki ni dengan baik, dan aku berpuas hati sebab bak kata orang-orang putih (lagi), first impression is important. Rambut kemas. Baju kemas. Muka jernih - beriman la sikit, mungkin. Dan aset paling penting dia - jambang sejemput yang menarik hati. 

"Nak tanya sikit boleh?" Tiba-tiba rasa nak tanya. Apasal aku tiba-tiba jadi talkative dengan stranger ni? Apasal?!

"Ya?" Dia senyum sedikit sambil masukkan kedua-dua tangan ke dalam poket jeans. Hujan dah semakin lebat.

"Awak dan Amni tu twins ke?"

Senyum lagi. "Everyone asked the same question. Tak ada lah. I'm older by two years. Saja masuk tuisyen ni sambil-sambil tunggu tawaran masuk universiti." Senyum.

Aku angguk sedikit tanda faham.

Kereta Perodua Kenari merah mama dah menyapa mata aku. Aku keluarkan payung kecil yang sentiasa menjadi peneman dimana aku berada. Mama juga selalu pesan bawa payung nak pergi mana-mana. Semua anak dia, dia nasihat yang sama. Aku dan Nawal ikut saja, tapi along dan angah tak. Diorang kata, diorang kan lelaki. Takkan nak bawa payung. Tak macho lah. Macho tak macho, hari tu balik pergi kedai basah kuyup sebab tak bawa payung, sedangkan hari memang dah gelap. Aku gelak kuat sebab bangun pagi esok hari along dah kena demam panas. 

"Saya balik dulu." Dia angguk.

Aku berjalan - atau lebih tepat berlari-lari anak ke arah kereta mama sambil senyum. Senyum di bibir, juga senyum dalam hati.

Mama, hari ni Nabil jatuh hati dengan Biologi dan anak teruna cikgu Biologi!



Friday 26 July 2013

Psst...


Nak bagitau hohoho.

Cerita Kita tu. Kitaorang dah malas tahap gaban nak sambung.

So, the end.

Semoga cinta mereka bersemadi, bersama, selamanya. Amin. huuu.

Sila tunggu cerita baru yaaa.

Soon.

Selamat berpuasa.

Kbai.

Wednesday 5 June 2013

cerita kita 19 - anischan xoxo


"LALAAAA." Aku jalan menjengket sebelum jerit macam tu dekat telinga Lala. Sungguhlah tak ada motif aku ni.

"Nak apa?"

"Free tak?"


"Free la kot. Homework dah siap dah tadi. Nak ajak pergi mana ni?" 

"Kenduri."

"Kenduri?!" Dah agak dah tak nak pergi. Budak-budak zaman sekarang kan, heh.

"Nak pergi ke tak ni?" Aku dah bercekak pinggang depan dia lepas tu tengok-tengok jam dekat tangan kanan, buat gaya macam dah lambat.

"Ha, bolehlah." Lala dah bangun dan naik ke bilik untuk bersiap-siap.

"7 minit je tau!" 

"Ya la Kak Long!"


AKU dan Lala jalan masuk pagar rumah Hannan yang besar gedabak ni dengan rahang dah 34 saat jatuh ke bawah. Mak aii, keturunan Sultan Brunei ke dia ni?

Baru je berapa langkah jalan, Ain adik Hannan dah sambut aku. "Kak Syirin. Jemput masuk. Kakak ada dekat dalam." Aku senyum lepas tu masuk dalam rumah nak cari pengantin.

Bagus juga keluarga Hannan ni buat kenduri hari Jumaat. Tak adalah nak bersesak-sesak dengan orang lelaki masa nak ambik nasi. Masa ni pun orang lelaki tengah solat lagi. Tapi sebab budak Lala ni ambik masa 10 minit nak pakai baju saja, nampaknya kena bersesak-sesak dengan orang lelaki juga la ni.

"Kak Syirin!" Hannan macam suka gila dapat jumpa aku. Tak tau la kenapa. Cantik lah Hannan hari ni. Eceh, memanglah. Dah nama pun pengantin.

Aku salam dia lepas tu peluk. "Alaaa. Hannan kenapa kawin dulu pada akak. Malu la cemni. Anak dara tak laku." Bajet macam tak ada orang masuk meminang lagi. 

Hannan gelak je aku kata macam tu. "Aimi dengan Basyirah dah datang?"

"Belum lagi. Kata on the way. Tapi tak sampai-sampai." 

Baru aku nak borak panjang-panjang, mak Hannan dah datang dekat Hannan. Aku suspek tu mak dialah sebab muka fotostat je dengan Hannan. "Dhu tak solat lagi kan. Pergi solat cepat sebelum lagi ramai orang datang." Aku cepat-cepat salam dengan mak dia.

"Ni Kak Syirin, umi. Dhu punya bos." Aku senyum dekat mak dia. "Oh, dah makan? Pergi makan cepat ye. Nanti ramai orang susah pula nak makan." Lepas tu mak dia dah pergi ke luar rumah.

"La, kenapa tak cakap panggil Dhu. Kalau tak akak panggil Dhu juga." Ye lah. Nama budak ni best lah juga sebab ada keturunan arab. Dhu Al Hannan binti Abdul Rahman Khudri. Kelas tak nama?

"Buat beza la family dengan kawan-kawan. Hannan nak pergi solat dulu la. Akak pergi makan la dulu eh." Terus dia panjat tangga dan hilang macam tu je.

Dah budak Lala ni hilang pergi mana?

Aku seluk handbag nak cari phone. Tak boleh cemni. Aku ajak dia datang sini nak suruh teman aku makanlah. Aku tak suka makan sorang-sorang dekat kenduri dengan pengantinnya tak ada nak layan aku. Nampak macam tetamu tak diundang pula.

"Heloo cik kak. Kat mana ni?"

"Kat taman ni. Keluarlah." Aku pun keluar nak cari Lala. Tengok dia tengah makan dekat kerusi batu dengan seorang budak perempuan sebaya dia. Aku tak boleh nak tengok muka dia sebab dia membelakangi aku. 

Aku pergi dekat lagi lepas tu aku perasan macam kukenal budak ni. "Iris?!" Terjerit jap aku kat situ. Apekehalnya nak kena jumpa Iris kat sini?!

Iris pun macam terkejut je sebab aku tak pasal-pasal jerit dekat dia tadi, tapi dia salam jugalah dengan aku. Bakal kakak iparlah katakan.

"Iris buat apa kat sini?" Aku terus duduk depan Iris sambil kening berkerut dan tangan aku dah capai air oren Lala tanpa minta izin dia.

"Pengantin ni sepupu Iris la kak." Dia senyum. La, apasal nak kena jadi sepupu dia pula ni? Kenapa aku tak puas hati pun aku tak tau.

"Tak ada iras pun muka."

"Sepupu wajib kena iras muka ke?" Lala tengok aku pelik.

"Tak kisah la. Sebelah mak cik ke sebelah pak cik?" Sekarang ni mak cik pak cik la dulu sebab tak kawin lagi kan. Kot kot lah tak jadi kawin. Haa, ada jugalah aku fikir macam tu.

"Sebelah ibu." Aku angguk.

"Eh, Lala pun ada juga?" Ada suara dari belakang. Suara yang aku kenal. Aku berpaling lepas tu nampak Afiq. Oh patutlah.

"Hai." Dia senyum. Aku senyum balik lepastu cepat-cepat berpaling tengok Iris balik. Rasa malu tiba-tiba sebab dah dekat dua minggu jugalah tak jumpa dia. Motif tak jumpa tu sebab Sebulan lepas dia dah masuk meminanglah. Kedua sebab dia busy kerja.

"Dah makan?" Dia tanya aku. Iris dan Lala ni sengal juga. Nampak je Afiq terus pindah meja. Macam bagi canlah, konon.

"Belum."

"Makan dengan sayalah." DIa terus pergi ambil makanan tanpa sempat aku nak bantah apa-apa. Redha je lah.

Dua minit lepas tu dia datang balik dengan tangan kiri kanan pegang pinggan. Satu dia letak depan aku, satu lagi dia punya. "Mak aii. Banyaknya lauk. Kenapa nak kena paksa saya makan banyak-banyak pula ni?" Aku marah dia tanda tak puas hati. Habis segala lauk yang ada dia ambik. Aku dahla tengah diet. Kan nak kawin!

"Makan je lah." Dia baca doa makan lepas tu mula makan.

"Awak ni merosakkan plan diet saya je." Tengah-tengah membebel tu makan juga. Hari ni je, aku janji dalam hati.

"Tak nak bagi saya je la."

"Awak ni kena diet juga."

"Kenapa pula?" Dia tengok aku sambil suap nasi dalam mulut. "Kan dah nak kawin. Kenalah jaga body." 

Dia senyum sebelum cakap, "Bila dah tarikh tu?" Aku tengok dia macam tak percaya. Nak merajuklah cemni. Tarikh kawin pun tak ingat. Tapi aku gagahkan jugalah cakap. "Lagi empat minggu." Empat minggu tu sama macam sebulan lah kan? Apasal aku tak cakap sebulan aje tadi?

"Yeay."

"Kenapa?"

"Kita dah nak kawinlah. Sebulan tu kejap je lah sayang." Lepas dia kata macam tu baru aku perasan. Ye lah! Kejap je lagi.

Lepas tu ada budak tolong hantar air dekat meja aku tengah makan. "Dating ke bang?" Dia tanya Afiq lepas tu senyum dekat aku. Afiq angkat kening double jerk lepas tu budak tu ketawa.

Alamak, aku dah nak kawinlah.


"KAK Long, bangunlah. Hari ni kan nak kena buat banyak kerja." Mama kejut aku tidur. Ye lah, sehari dua ni penat tahu. Dah tu semua benda nak buat last minute!

"Ye ye mama. Kak Long bangun ni." Aku bangun lipat selimut, betulkan cadar lepas tu mandi dan solat subuh. Minggu ni bakery tu tak buka. Semua budak tu pun aku bagi gaji free untuk minggu ni. Kadang-kadang sedekah jariah tu perlu juga.

Mula-mula nak kena basuh baju. Lepas tu nak kena siram bunga. Lepas tu sapu halaman rumah. Lepas tu nak kena siapkan goodies bag. Lepas tu nak kena pergi ambil baju dekat kedai. Tapi sebelum buat semua tu sarapan jangan lupa pula.

Lepas dua jam buat kerja dengan mama, Lala dan Kak Jaja tolong, siaplah juga. Tengah aku berehat depan tv tengok Spongebob sambil minum air Milo celup biskut Hup Seng, phone aku bunyi.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam. Masa-masa macam ni baru nak call eh."

"Sori la Yiiiiin." Dia ni selalu macam ni. Mintak maaf selalu nama aku kena sebut panjang-panjang. "Ah tak kira. Belanja aku makan." Ada hati lagi nak makan banyak-banyak walaupun lusa dah nak kawin.

"Ha okay. Tapi aku call ni nak belanja kau pergi spa. Nak tak nak tak? Nak la eh. Sarah pun ikut sekali."

"Rujhan tak ikut?"


"Dia ada hallah."

"Okaylah. Set. Bila?" Aku habiskan air dalam mug lepas tu turn off tv. Nak kena mandi lagi sekali lah. Badan melekit tak hengat.

"Sekarang." Han cakap macam tu lepas tu dia gelak. "Sekarang?!" Aku dah terjerit dekat situ. Kenapalah dia ni suka buat aku menderita macam ni selalu.

"Ye lah sekarang. Aku datang ambil kau."

"Bagi aku masa 5 minit nak siap." Terus aku letak phone dan lari masuk bilik air. Haruslah mandi dengan segera. Han tu bawa kereta macam pelesit. Kata 5 minit lagi nak sampai tapi 1 minit setengah lepas tu dia sampai. Auta banyak.

Masa aku tengah siap-siap dalam bilik aku dengar ada bunyi hon kereta kat bawah 3 kali. Tu tandanya Han dah sampai. Kalau hon macam tu Hanlah. Semua orang dekat taman perumahan ni dah tau.

"Kak Long nak pergi mana?" Mama tanya aku masa aku tengah sarung kasut. "Han nak belanja pergi spa." 

"Ha baguslah tu. Pergi sental daki tu. Daki dah 3 inci dah mama rasa."

"Ok ma, Kak Long pergi dulu. Assalamualaikum." Aku terus jalan keluar nak masuk dalam kereta. Tiba-tiba aku nampak Payed datang ke arah aku dengan naik motor.

"Yin! Jap." Aku pergi dekat dia. "Ni." Dia bagi aku empat keping sampul surat. "Tolong bagi dekat semua eh. Aku kena gerak dulu ni." Terus dia pecut motor dia laju-laju.

Aku masuk kereta dan bagi Han sampul surat yang Payed bagi aku tadi. Ada nama Han atas tu. Macam pelik je sampul surat ni. Sampul surat wangi.

Da da da da. Skip je lah baca yang atas tu. Sekarang ni nak tengok nama pengantin je.


Muhamad Farid bin Dato' Muhamad Faris
dengan pasangan pilihan hatinya
Dalili Safiyyah binti Dato' Adam

Biar betul?



ps;
i) sori sebab saya pemalas
ii) sori sebab saya pemalas
iii) sori sebab saya pemalas
iv) sori sebab saya ada banyak kerja sekarang tapi saya tak buat pun kerja tu. i prefer to do dum things more. heh  
v) sori sebab pendek dan tak best. nak habiskan benda ni cepat-cepat tapi ada orang tu kata tinggal je gantung tak bertali macam tu. tapi saya baiklah sikit. bajet.

Thursday 4 April 2013

cerita kita 18 - orkid =)

AFIQ merenung jauh kedalam tasik. Tangannya diletakkan diatas paha dan badannya ditundukkan sedikit. Huhhh... Kalau kayak masa ni pun, okey jugak ni.

Nafasnya masih lagi tercungap-cungap. Lelah berjoging tadi masih belum hilang. Selalunya dia ada Taufiq untuk teman. Tak pun, Hafiz. Tapi, tak tau lah kenapa hari ni semuanya aci buat pakatan tak nak turun padang joging dengan dia. Amalan tak sihat betul. Tiba-tiba, sekeping kertas terbang jatuh tepat dihadapan kasut sneakers nya.

Eh? Tangannya panjang mengutip kertas tersebut. Belum sempat dibuka, dia ditegur.

"Err... Encik." Kedengaran teragak-agak suara itu menegur. Afiq mengangkat kepala.

Terkejut dengan apa yang dilihatnya, dia spontan bangun dari duduk. "Basyar." Rendah suaranya menuturkan sepotong nama yang masih terlekat di fikiran.


BASYAR menghirup sedikit milo panasnya. Agak kekok sebenarnya. Jumpa dengan orang yang kita tak sangka. Tambah-tambah lagi kalau orang tu crush kita dulu. Ha. Macam mana tu? Itulah. Yang kau pandai-pandai terima pelawa dia ni apekehei nya?

"You still look like the old Basyar. Same headband. Same fashion." Dari tadi lagi sebenarnya dia duk usha cara pemakaian Basyar.

O o. Dia dah mula bersuara! Relax Basyar, relax!

Tuan badan dihadapan masih senyap. "With the same heart that will never change. The heart that I will never ever can possess it." Afiq sambung lagi.

Okey. Dia dah mula ungkit hal lepas.

"Ada lagi ke peluang tu untuk I, Basyar?"

Air dihirup lagi sebelum bercakap. "Nampaknya I dah bagi you banyak peluang untuk bercakap kan?" Matanya tepat merenung sepasang mata dihadapan. Sepasang mata yang masih diingat sehingga kini.

"Aaa...ingat tak nak bercakap tadi. Kot la ada rantai emas dalam mulut tu sampai sayang sangat nak bukak mulut tu, kan?" Oh. Nak main lawan mata? Okey. We'll see.

"Enough is enough, Afiq. Past is past. Kenapa you still lagi nak ingat benda yang lepas? Even I pun dah tak kisah apa pun."

"This is what we call loyalty."

"Heh. Go damn with your loyalty la, Afiq." Rendah suaranya.

Afiq terdiam. I am so wrong. This Basyar is totally different. What makes you change, dear?

Basyar menundukkan kepalanya sedikit. Tangan kemas memegang cawan dihadapan. Walaupun cawan itu panas dek haba air milonya, panas itu ditahan. "FYI Encik Afiq, I'm getting married and of course I want to forget all of this. I hope you won't appear in my life any more."

Diam lagi. Afiq! Wake up! Don't look stupid in front of her. Afiq membetul-betulkan rambutnya dengan jari. "You got me wrong, Basyar. You got me wrong. Do you think I'm still waiting for you? Boleh dikatakan bodoh la kalau I tunggu you selama ni. It's been 3 years, Basyar. 3 years. I'm not that stupid to waste my time, waiting for you that not sure will come back or not. Am I right, Miss?" Tajam kata-katanya. Heh. Ingat kau bagus sangat ke sampai aku nak sanjung? Tapi, Afiq... Dear? What's all that, man?

Basyar diam di kerusinya. Dia tersenyum sinis. "Good for yourself, then." Dia menghirup sisa airnya. Bersedia untuk beredar. Tapi, belum sempat dia berbuat demikian, lelaki dihadapannya terlebih dahulu bangun.

Afiq menghulurkan not RM 10. "Please pay for this and keep the change. I've got things to do." Afiq berpaling ke belakang. Belum sempat dia membuka langkah, dia berpaling semula. "And by the way, Miss. Thanks for accepting my treat." Dia berpaling semula dan meneruskan langkah ke keretanya. Let go, Afiq. Let go.

Badan yang tadinya tegak, terus jatuh. Dia tersenyum hambar melihatkan duit yang ditinggalkan oleh tuannya tadi. Basyar melangkah ke kaunter. "Meja nombor 15 ye, cik."

Cashier itu tersenyum. "Semuanya RM 5.50, cik." Basyar menghulurkan duit tadi. Cashier itu membuka mesin untuk mengambil baki.

"Cik. Just keep the change." Basyar tersenyum dan berlalu pergi.


"YOU look good in blue." Yes. She is the reason why I like to wear blue, actually.

Aaahh!!! Afiq bangun dari perbaringan. Why things have to turn out like this when I've found someone who will perfectly match with me?

Basyar. Manusia yang pernah jadi orang istimewa bagi dia dulu. Nama dan sifat peribadi yang menarik. Lembut percakapannya. Sama lah jugak dengan tingkah laku dia. Kalau buat isteri, memang tak nak keluar rumah rasanya. Tapi sayang. She's free hair. Kalau pakai headband atas kepala boleh nampak sweet, mestilah kalau pakai tudung super duper lagi kan?

Sebenarnya, Basyar ni anak kepada kenalan ayah dia. Dia kenal waktu keluarga Basyar datang dinner kat rumah. Tak sangka lah pulak dia dengan Basyar ni sama umur, sama course dan parah lagi, sama universiti! Jadi, waktu dia dan Basyar belajar tahun terakhir di universiti, dia beranikan diri untuk confess kat Basyar. Sebab keberanian dia, ini yang Basyar balas kat dia.

"I'm so sorry. I anggap you macam kawan. Lagipun, my parents dah ada future planning untuk I, Afiq."

Sekali kena ayat tu, fuhh!! Rasa macam nak terjun lombong. Nak cakap tak ada rasa malu, memang tipu la kan?

Ye. Memang dia dah tau. Memang dia dah boleh agak jawapan Basyar macam tu. Bukan dia tak dapat baca dari segi Basyar layan dia sepanjang diorang jadi kawan. Ha dah kau tau kenapa kau buat jugak macam yang lima tahun lepas tu?

Basyar is your past. Syirin is your future. Move on. That's the reality.


RIGHT! You're in big trouble! Patutnya, aku tolak aje Payed dulu. Bukannya aku tak pernah fikir sebelum ni yang aku dan dia HANYA boleh jadi kawan. Lagipun, kalau aku tolak Payed, dia ada lagi yang berderet tunggu. Fei pun tengah tunggu dia, kan?

Aku memang dah tak senang duduk sekarang.

"Kau nak makan apa? Aku belanja. Just order." Payed terus bertanya selepas duduk. Dia tersengih, buat muka tak bersalah. Okey tak jadi. Muka dia ada je riak bersalah tu. Mana tak nya! Dia lewat 20 minit! Tapi disebabkan keresahan yang menggunung tinggi dalam hati ni, aku tak jadi nak marah langsung kat Payed yang dah buat aku bazirkan masa aku 20 minit.

Aku jatuhkan pandangan ke tangan dia yang sedang memegang handphone dan wallet. Sebenarnya, dia ni baru sampai lepas dia suruh aku datang sini, jumpa dia.

"Aku...actually..." Aku berkira-kira nak straight to the point dah ni. Padahal, dia yang ajak aku jumpa. Tapi, gaya aku cakap macam aku yang ajak dia jumpa aku. Aku tarik nafas panjang-panjang. Payed angkat kening. "Actually, Lala's at the counter. Aku dah suruh dia beli makanan dulu. Kau selalunya makan Zinger Burger kan?"

Payed mengangguk.

"Ha. Aku dah pesan untuk kau sekali."

"Lah. Kira kau la ni belanja?" Payed mengangkat tangan keatas kepala, membetulkan rambutnya.

Oh mai. Aku terus tengok kaunter, tempat Lala berdiri. Lambat macam kura-kura la pulak budak ni! "Ala. Bukan selalu. Lagipun tadi, budak Lala tu yang lapar sangat. Baru balik sekolah kan. Biasanya budak tu terus mengadap nasi." Okey. Dah mula rasa okey sikit. See? Aku dengan dia ni memang layak jadi kawan je. Kan cool je ni aku cakap dengan dia.

"Kalau kau nak tau kau suka dia atau tak, bila kau duduk dengan dia tu, kau rasa berdebar je. Tak kira la benda apa pun yang dia buat."

Tiba-tiba aku teringatkan apa yang Han cakap. Dia ni memang. Ayat cheesy bagi je kat dia, memang tak boleh guna dalam karangan SPM terus! Tapi, nak hantar manuskrip untuk alaf 21, mungkin orang layan jugak. Sudah-sudah! Syirin, kau jangan fikir dah ayat tu! Disaster! Disaster!

"These are your orders, Encik dan Cik." Lala dah ambil tempat sebelah aku. "Abang Payed baru sampai eh?"

Payed mengangguk, sambil mencapai burgernya.

"Jalan jam ke? Ke baru nak buat jalan? Lewat ke main sampainya." Lala suap fries masuk ke mulut. Budak ni la. Bebel macam taraf mak cik-mak cik dah.

"Baru ukur jalan tadi. Nak tabur batu dulu. Baru boleh lalu." Mamat ni pun la. Boleh pulak dia layan adik aku ni? Aku tiba-tiba jadi hairan dengan tahap IQ dia ni. Tapi, dia graduate overseas. "Alah 20 minit je. Lagipun, kakak awak ni tak marah pun. Senyap je tadi." Payed sambung lagi.

"Itulah. Pelik kan? Biasanya Kak Long ni ada je idea nak membebel. Tapi..." Lala berpaling menghadap kakaknya. "What's wrong with you, sister?" Fries disuap lagi.

"Lala. I have something to discuss with this guy. Can you excuse us for a moment?"

Lala memegang kemas burgernya. Sedia nak bangun. "Of course. I'll sit there." Lala menunjukkan kearah satu tempat. Aku angguk je. Aku hantar Lala dengan mata. Now my task has started!

"Okey. Kau nak cakap apa sebenarnya sampai kena jumpa segala?"

Payed angkat kening. Aku dah mula berdebar. "I'm going to fly to Europe."

Aku terkejut. "For what?"

"Visiting my bro. Dia kan dah final year kat sana. Aku tak pergi lagi. Mana boleh aku lepaskan peluang macam tu aje."

"Oh."

"Ada lagi."

Aku angkat kening. Tapi tak angkat muka sebab mata memang dah terpaku kat pocket twister dah. "Apa dia?"

Diam sekejap. Payed suap burger dia. "About us."

Ayat penyata yang hampir buat aku rasa nak tercekik. "Kenapa...dengan kita?" Kau ni Syirin! Tak pandai langsung nak buat ayat. Padanlah yang hal kau dengan Afiq hari tu, kau punya ayat entah apa-apa!

Payed diam. Agaknya, dia nak aku faham sendiri kot. Aku gumpal kertas balut pocket twister tadi dan diletakkan diatas dulang KFC.

"I have something to say about us too." Satu step je lagi. Come on. "About the proposal..." Payed angkat kening lagi. Dia macam nak senyum sikit. "I'm sorry but I don't think I can Payed." Lepas je aku cakap macam tu, aku terus hulur bekas cincin yang dia bagi.

Payed? Senyuman yang aku tengok macam nak terbentuk tadi terus hilang. Terkejut. Payed tarik kotak cincin tu dekat dengan dia. "Tak sangka aku kena reject dengan kawan aku sendiri." Dia tersenyum hambar. "No. Sepatutnya, aku dah boleh agak benda ni, kan? Nak ke kau kawin dengan kawan kau sendiri. Betul tak?" Payed angkat muka tengok aku.

Aku terkejut tengok muka dia. Mata dia? Suara dia? Macam...sedih?

"Payed. It's not like that. Bukan aku...yang..." Ergghh!! "You'll find someone better than me, man. Bukan kau yang tak layak untuk aku. Tapi aku." Macam mana aku nak bagi dia hint pasal Fei minat dia ni?

Payed tersenyum pahit. "You don't have to comfort my heart. Dulu, time aku kat U, aku yang reject orang. Sekarang ni, orang yang aku betul-betul sayang pulak reject aku. Mesti kau dah ada someone special kan? Tell me, who is he?"

"I'm sorry." Dah tak tau nak cakap apa.

"Never mind. Tu, Lala dah siap makan tu. Jom la balik. Lagipun, aku nak packing lagi ni. Lusa, nak pergi sana dah." Payed bangun dari kerusinya. Kotak cincin disimpan kedalam poket seluar. Lala dah datang kat meja ni. Jadi, aku pun ikut bangun.

"Kenyang?" Payed tanya sepatah kat Lala.

"Mestilah. Dah orang belanja kan. Haruslah kenyang. Nak balik dah ehh? Jom." Lala pegang lengan aku. Aku kontrol riak muka. Payed senyum segaris.

"Lala, pergi kat kereta dulu." Aku hulur kunci kereta. Lala sambut tanpa banyak cakap.

"You'll be okay, right?" Pergghh ayat kau! Gaya macam Payed ni berharap kat kau sorang je kan, Syirin kan?

"Aku? You know me kan? Lama-lama elok la tu. Tapi tipu la kalau aku cakap aku tak terkilan langsung. Just need time."

Ayat yang buat aku rasa bersalah gila. Aku sengih bersalah. Rasa macam nak menangis pulak.

Tiba-tiba handphone Payed berbunyi. "Aku balik dulu. Mak aku mesej suruh balik awal. Assalamualaikum." Payed terus pergi.

Dia tak berpaling pun. Aku tak sempat nak tanya flight dia. Tak sempat nak tanya dia naik kat mana. Aeroplane mana.

He just need time, Syirin. Time. So let him be.


SKRIN handphone disentuh. Telinga tetap mendengar bebelan adiknya, Iris.

"You met her abang?"

"Iye. Berapa kali orang nak cakap? Nak main sudoku pun tak senang."

"Abang, can't you just forget her? Kenapa yang cerdik sangat nak ajak dia minum sekali? Revise the past, huh?"

"Iris. Abang pun manusia biasa. Yang pernah suka kan orang. Abang ada perasaan la." Mendatar.

"Memang la. Tak ada la pulak Iris cakap abang ni orang utan. Tapi, apa perasaan Kak Syirin kalau dia tau semua ni?"

"Tak payah la bagi tau dia. The end."

"Senang kan abang cakap?"

"Memang la senang. Macam yang Iris cakap, can't I just forget her? I'm trying. So, don't mention her. Anything about her."

"Eh. Ha'a kan. Cerdik la pulak rasa. Ha tak pa lah. Orang naik dulu. Homework segelen ni." Iris melangkah ke tangga.


HARI ni hantar Payed kat airport. Nasib mamat tu nak jugak balas mesej aku bila aku tanya pasal flight dia. Aku tak berani la nak call dia. Keberanian aku automatik jadi senipis kulit bawang when it comes to him.

Aku tengok tanpa perasaan Payed yang sedang memeluk ahli keluarganya. Oh. Lupa pulak nak cakap. Fei pun ada. Aku yang ajak dia. Ye lah. Dia kan dah confess kat aku yang dia jatuh suka kat Payed. Jadi, aku rasa tak patutlah kalau aku hantar Payed tak ajak dia. Nanti, dia pesimis pulak. Wah kau! Matchmaker bertauliah sekarang ye!

Payed berjalan kearah aku dan Fei.

"Fei." Dia tengok Fei. Kenapa aku rasa macam ada something yang aku tak tau ni? "About your words last night..." Words? Last night? Diorang ada apa ni? Aku dah rasa macam orang tak berapa nak ceredek sekarang ni. "Just wait for my proposal." Pro-what??!!

Aku terkejut tengok Payed. Fei macam dah tak tau nak buat muka macam mana. Macam happy gila! Logik la kan? Dah orang yang dia suka.

Tapi, hal aku dengan dia dua hari lepas. Dan sekarang...? Ni la kut masa yang dia cakap tu. Optimis. Optimis.

Payed kalih tengok aku. Dia tersenyum. Tapi, kenapa aku rasa dia sinis sangat?

"Aku pergi dulu. Nanti aku call kalau aku dah sampai sana, insya-allah." Aku dan Fei mengangguk.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."

Payed berpaling menuju ke balai pelepasan.

Aku tengok semula Fei disebelah. Kemudian tengok badan Payed yang membelakangkan kitorang.

Tak rasa benda ni cepat sangat ke? Payed, what is your game? Aku kenal kau la.


"SO? Anything to say?"

"Last night, I confessed to him about my feelings. But I don't expect I'll get the answer this sooner. Well, sooner is better."

"Confess?!"

Fei mengangguk. Tiba-tiba aku rasa tak sedap hati.

Thursday 28 March 2013

cerita kita 17 - anischan xoxo


IRIS kata dia nak pergi tandas, buat aku rasa tak selesa. Takkan nak tinggal aku dengan abang dia ni dekat sini, berdua lagi. Hampeh hampagas betul.

"So..."

"I'll give you the answer... soon. In sha Allah." Terus aku potong dia cakap sebab aku tak sanggup nak dengar.

"I wasn't going to ask you about that." 

Annoyed. Totally annoyed.

"Dah tu?" Aku angkat kening double jerk. Tangan sudah disilangkan ke dada. Ni yang rasa nak lenyek je dia ni macam buat ayam penyet. Tak kisahlah aku sayang ke tak, geram tetap geram!

"Nak tanya khabar... Salah?" Kenapa je manusia ni sukaaaa buat suara macam... macam annoying gila tu. Yang tak fahamnya kenapa aku boleh angau dengan dia ni!

"Saya baik. Alhamdulillah masih sihat walafiat dengan izin Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang." Saja nak cakap panjang-panjang. Salah?

"Alhamdulillah." Senyum dengan lesung pipit yang menawan. Terus aku tunduk. Parah!

Senyap dua minit. Dua-dua tak ada idea nak cakap pasal apa-apa. Ha baguslah! Tambah pulak dengan Iris yang lama tak boleh blah dalam bilik air. Macam sengaja je?

"Jadi awak dari mana ni?" 

"Kedai."

"Buat apa?"

"Jenguk budak-budak buat kerja. Saya datang sini nak cari barang sikit. Lepas tu nak balik kedai balik." Spaghetti dalam pinggan diputar-putar sebelum dimasukkan ke dalam mulut. Sedap! Tambah dengan orang belanja lagi, bertambah-tambah kelazatannya! 

"Awak ni sejak bila lagi kerja eh?" Afiq tanya macam tu lepas tu hirup latte dalam cawan. Samsung Galaxy S II diletak di tepi cawan untuk menampakkan keseriusan percakapan. Heh.

"I am twenty-five years old and..." Spaghetti carbonara disuap lagi ke dalam mulut sebelum meneruskan percakapan. "... I've been doing the cupcakes since October, if I'm not wrong." Fresh orange disedut. "Yes, October."

Aku ni sebenarnya dan sepatutnya ditakdirkan untuk menjadi seorang engineer yang berjaya. Tapi nak buat macam mana kerja payah tahap bapak nak cari jadi aku kerja tanam anggur je dekat rumah, sampailah mama bagi idea yang agak bernas supaya aku bukak bakery. Dan... aku sekarang dah kira agak berjayalah juga, sebab aku nilai diri aku sendiri berjaya. Tak patut.

Afiq angguk sebelum sambung makan. "Banyak projek eh sekarang?"

"Boleh tahan la." Memanglah banyak. Allah nak bagi rezeki tu tak kira masa. Kita ni sebagai hamba kenalah bersyukur, bukannya nak menunjuk-nunjuk ke, riya' ke atau apa-apa je lah perkara yang tak baik.

"Nanti letak la phone untuk kedai, senang nak call. Sekarang orang hidup zaman teknologi, semua nak segera semua nak cepat. Nanti tak adalah orang nak order cheese cake sebijik pun nak kena pergi kedai." Aku faham kalau dia nak bagi nasihat, tapi kenapa macam aku rasa dia nak tembak atas hidung aku je ni haaa?

"Will be proceeded, in sha Allah."

Aku kerling jam di tangan kiri. Eh kalau kira lama lah juga. Iris, I need you now! Apasai lama sangat dalam tandas tu hah. Aku rasa macam nak nangis je ni ha.

"Can I ask something, Syirin?" Afiq dah sudah makan.

"You've already asked one."

"Another."

"Shoot."

"Are you that close with the guy named Payed?" Afiq angkat kening sambil buat muka innocent. Korang paham tak perasaan nak tampar diri sendiri bila tengok dia buat muka macam tu, paham tak?!

Aku senyum. Apasal aku rasa ada aura cemburu disini eh? Ke aku perah santan? "Kenapa?" Aku senyum lagi. I just can't stop smiling with this question.

"Just asking." Latte diteguk habis. One shot.

"Agaklah." Jeda. "I grew up with him. Kalau ditakdirkanlah satu hari nanti kita kawin kan, awak jangan cemburu sangatlah. You know how close are we. Tapi kitorang cuma kawan biasa je la." Eh ye ke? Adakah ini bermaksud kau telah menolak Payed mentah-mentah?

Afiq senyum. "Kalau ditakdirkan?"

Aku jadi malu sendiri. Tu la mulut celopar sangat. Sendiri dapat malu.

"Kalau macam tu, kalau ditakdirkan kita kawin, boleh tak awak jadi suri rumah sepenuh masa hari-hari tolong gosok baju saya, masak untuk saya, layan saya je. Boleh?" Aku palinglah tak suka cakap pasal masa depan macam ni.

"Kedai saya?" Takkan nak bagi budak-budak tu handle? Heh?

"I was just joking." Afiq gelak kecil.

Iris dah duduk tepi aku. "Kenapa lama sangat bertapa dalam bilik air?" Sisa fresh orang disedut. Aku nampak bahu kanan dia basah. 

"Ada problem sikit tadi."

"Mandi ke hape?" Afiq tanya soalan nak kena siku perut.

"Mana ada."

"Yang bahu tu basah kenapa?"

Iris lepas keluhan perlahan. "Tadi ada jumpa classmate dalam tandas tengah nangis. Dia pinjamlah bahu ni kejap nak buat nangis. Tu yang lama sangat tu. Budak tu ada masalah dengan boyfriend dia." 


"Boyfriend lagi. Macam ni lah hidup budak-budak sekarang. Tak habis-habis nak couple je. Baiklah buat kerja amal bantu Gaza ke, ada lah juga pahalanya. Ni hari-hari duduk dengan boyfriend tak halal. Buat tambah dosa adalah." Aku rasa macam nak gelak je. Afiq tengah membebel bagi nasihat, Iris pulak muncung dah sedepa sebab kena jadi tempat tadahan bebelan walaupun dia tak salah.

Calon suami yang bagus, eh?



"PADAHAL mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus dan supaya mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus."


(al-Bayyinah : 5)

"Maka sembahlah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya. Ingatlah, hanya kepunyaan  Allah lah agama yang bersih (dari syirik)."

(az-Zumar : 2-3)

"Katakanlah: 'Jika kamu menyembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu melahirkannya, pasti Allah mengetahui.' "

(Ali -Imran : 29)

"Ketiga-tiga ayat yang ana baca tadi tu semua ada kaitan mengenai perkara, niat dan yang berkaitan dengannya. Contohnya kita berbuat baik, tapi dalam hati mengutuk-ngutuk. Hanya Allah sajalah yang tahu. Buat segala perkara ni, cuba buat secara ikhlas. Kalau buat perkara nak minta balasan, niat tu dah kurang betul. Cuba buat secara ikhlas. Lagilah baik. Tambah berkat. Allah redha, pahala pun dapat. Kita pun senang hati."  kata Kak Aina lepas tu sambung tengok dekat al-Quran. 

"Daripada Saidina Umar al-Khattab r.a. katanya : Aku mendengar Rasulullah saw bersabda : Adalah bahawasanya segala amal itu adalah dengan niat dan hanya sesungguhnya bagi setiap seseorang mengikut apa yang diniatkannya."

"Maka barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang akan ia memperolehinya atau kepada perempuan yang ingin dikahwininya maka hijrahnya itu adalah mengikut apa yang ia berhijrah kepadanya. Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim."

"Amalan lain pun macam tu juga. Amalan kerana takutkan Allah. Amalan kerana mengharapkan syurga dan takutkan neraka. Dan last sekali, amalan kerana malu terhadap Allah SWT dan kerana menunaikan hak-hak kehambaan dan kesyukuran terhadap Allah. Masya Allah, amalan yang last sekali ni kalau dapat buat bayangkan betapa besarnya ganjaran Allah akan bagi."

"Contohnya solat. Kalau dapat solat sebab nak menunaikan hak kehambaan dan kesyukuran kepada Allah, bertambah-tambah ganjaran Allah bagi, in sha Allah."

"Hadis tadi tu bermaksud niat ni adalah timbangan bagi sah dan dibilangkan segalan amalan yang kita semua lakukan. Bila elok niat, eloklah segala amalan. Bila niat tidak elok, binasalah amal itu. Sebab tu syariat meletakkan bahawasanya syarat penerimaan ibadat di sisi Allah SWT ialah keikhlasan."

"Martabat inilah sebagaimana yang disyariatkan oleh Rasulullah saw kepada Aisyah r.a. pada satu malam ketika baginda sedang bersolat sehingga bergerak-gerak kaki baginda akibat terlalu lama berdiri."

"Rasulullah saw jawab : 'Apakah tidak boleh aku menjadi hamba yang bersyukur.' apabila Aisyah r.a. bertanyakan kenapa Rasulullah memberati diri baginda sedangkan telah diampunkan segala dosa baginda yang telah lalu dan akan datang."

"Rasulullah yang tak ada dosa pun selalu bersyukur dan bertaubat. Kita macam mana?"

Aku macam mana?

"Niat ni pun diperlukan untuk membezakan adat dan ibadat. Contoh kalau kita nak solat. Kalau tak niat tak sahlah solat kita. Kira macam adat pula, atuk moyang kita solat. Kita pun solat tapi tak niat. Ni contoh. Ana saja nak pilih tajuk yang ringan sikit malam ni, nak recall balik takut kita ada yang tersalah ke apa. Sebab kita kena titikberatkan solat. Solat tu kan tiang agama. Solat tu kan pencegah segala maksiat. Jadi kalau kita solat secara betul dan Allah pun terima ibadah kita, automatik benda lain pun akan jadi betul. Aurat terjaga, pergaulan di antara lelaki dan perempuan pun terjaga."

Niat.

Tiba-tiba pula aku ingat dekat Afiq dan Payed. Kalau aku tolak dua-dua tak boleh? Niat nak kawin kalau tujuan utama nak bersuka ria je, tu salah.

Dengan kawin, boleh buat anjakan paradigma tak? Niat nak kawin nak ikut sunnah Rasulullah saw. Niat nak kawin nak jadi manusia yang lebih baik. Niat nak kawin, nak cari pembimbing yang boleh bimbing aku ke arah jalan kebenaran.

Ingat dekat Payed, aku rasa bersalah pula dengan Allah. Dengan Payed aku keluar tak bawak muhrim pun, sebab ingat aku dengan dia ni kawan biasa. Tapi bila dengan Afiq kenapa pulak aku boleh teringat yang nak keluar berdua-duaan tu berdosa? Dengan Payed tak berdosa ke?

Ya Allah berikanlah kami hidayahMu. Berikanlah kami dapat memilih yang lebih baik, malah yang terbaik buat kami. Amin.

Dah dekat sebulan tak ikut usrah. Jadi berkarat pula otak lama tak dengar tazkirah. Malam ni ingat nak mula buat istikharah. Tiba-tiba pula aku berdebar. Payed dengan Afiq dua-dua aku sayang, macam mana?



HARI ni aku ajak Rujhan keluar jalan-jalan. Budak ni mula-mula kawin hari tu cakap nak cari kerja. Dah pregnant tiga bulan ni pun tak jumpa-jumpa lagi.

"Kau larat tak ni?" Aku ni bimbanglah juga. Melecet kaki ke, letih ke. Tak ke kira berdosa naya orang pregnant, tak pasal-pasal nanti Khaleel lancar perang dengan aku.

"Larat lah! Janganlah layan aku macam ni. Buat biasa-biasa je. Kalau aku letih baru kita berhenti mana-mana." Aku angguk tanda faham.

"Aku nak masuk F.O.S." Rujhan cakap dekat aku.

"Kau buat apa masuk situ."

"Nak beli t-shirt la."

"Baiklah kau pergi cari baju untuk golongan macam kau ni."

"Beli t-shirt la. Baru seksi sikit pakai dengan aku macam ni." Astaghfirullah, dia ni apehekei.

"Suka hati kau lah."

Kitorang masuk F.O.S. Lepas tu Rujhan dah rambang mata sebab semua baju cantik. "Can I ask your opinion?" Aku tanya Rujhan sambil tolong selerakkan baju. Bukannya nak beli sangat pun. Kalau cantik betul-betul nanti aku ambiklah.

"Pasal apa?"

"About the proposal?"

Terus Rujhan berhenti belek-belek t-shirt. "Kau tak tau nak pilih yang mana?"

Angguk.

"Dah buat istikharah?"

Angguk.

"Macam mana?"

Geleng.

"Tak ada jawapan lagi?"

Angguk.

"Kalau boleh pilih la yang baik." Gaya macam Payed tak pun Afiq tu jahat je dia ni cakap.

"Dua-dua baik." 

"Yang sweet."

"Boleh masuk dalam list-ciri-suami-patut-dipilih ke?"

"Mestilah boleh. Kau nak buat kawan seumur hidup. Bukannya kau nak kawin dengan Afiq lepas tu dua tahun kawin dengan Payed pulak."

Ya tak ya.

"Afiq."

"Aku pun rasa kau patut pilih Afiq." Rujhan dah berjalan ke kaunter.

"Sebab?"

"Dia mula-mula yang ajak kau kawin."

Boleh masuk dalam sebab jugakah?


RUJHAN cakap patut pilih Afiq. Lepas tu aku call Han nak tanya pendapat dia pulak.

"Aku rasa kau patut pilih Payed."

"Kenapa pulak?"

"Kau kenal dia dah lama. Mana tau kalau Afiq tu jahat ke. Kau mana tau. Kenal dia tak sampai setahun lagi pun kan."

Jahatnya Han bagi pendapat.

Jadi Afiq satu, Payed satu.

Lepas tu aku drive pergi rumah sewa Sarah dan Luth. Budak dua orang ni nampak macam happy family je lepas kawin ni. Tak adalah pula Sarah nak cakap buruk-buruk pasal Luth ke. Nak call aku tiap-tiap malam sebab takut nak tidur sekali dengan Luth ke. Tak ada. Baguslah juga Sarah ni. Dulu dia cakap kawin ni boleh buat anjakan paradigma. 

"Kau happy ke hidup lepas kawin ni?"

"Okey je. Tak ada masalah." Sarah senyum. Tak plastik. Ha okey la tu. Membina cinta selepas kawin, lagi indah. Acey.

"Aku nak tanya kau benda ni." Teh panas dihirup.

"Luth pergi mana?"

"Kau datang rumah aku semata-mata ni nak tanya Luth pergi mana?"

"Tak, nak tanya benda lain."

"Amende?"

"Kau rasa kan, Afiq dengan Payed, mana patut aku pilih?"

Sarah jawab Afiq sebab Sarah kata bila aku teringat Afiq mesti cakap pasal benda baik-baik je. Jadi boleh jadi baiklah. Sarah cakap macam tu kira macam Payed ni jahat pula.

Afiq dua, Payed satu.

Aku nak tanya pendapat mama. Tapi mesti mama cakap Payed. Mama kan minat Payed.

Afiq dua, Payed dua.

Tapi aku gagahkan jugalah nak cakap dekat mama pasal proposal tu. Two men in a week. Lepas dengar masalah aku mama pun senyum. Macam senyum bangga cegitu. Aku rasalah.

"Banyak spare part rupanya anak mama ni." Mama cakap macam tu sambil tepuk-tepuk belakang aku.

Terus terbeliak mata aku. Nasib baik aku tak minum lagi air depan aku ni kalau tak aku rasa tersembur dah. 

"Lepas tu mama rasa Kak Long kena pilih yang mana?" Aku tikam fishball dalam pinggan lepas tu masuk mulut.

"Siapa yang nak kawin dekat sini? Mama ke Kak Long?" Mama dah bercekak pinggang lepas tu keluarkan air sejuk dari peti ais.

"Entah." Aku jawab macam tu, lepas tu sambung makan mee goreng lagi.

"Buat la istikharah."

"Hari tu bukan ke mama yang bersungguh nak suruh Kak Long kawin dengan Payed?" Aku dah garu pelipis kanan.

"Kak Long nak ambik buat laki seumur hidup ni. Takkan nak pakai tangkap muat pulak." Mama cekak pinggang lagi.

Ye tak ye.

Nanti aku buat istikharah lagi.


AKU tengah layan Hot FM sambil sarapan masa Hannan tarik kerusi depan aku dan duduk. Gaya macam nak mintak benda.

"Kak Syirin, Hannan nak cakap benda ni." Hannan nampak macam serba salah. Kejap-kejap betulkan tudung, kejap-kejap betulkan duduk.

"Cakaplah." Terus aku tenung anak mata dia yang warna hazel tu. Cantik betul.

"Han.. Hannan nak kawin."

Aku tak terkejut pun.

Ok tipu. Aku terkejut lah juga... sikit.

Budak ni kalau tak silap aku baru masuk tahun dua jurusan perubatan dekat Universiti Al Azhar, Kaherah, Mesir.

Ah ya. Budak Mesir selalunya kawin awal. Lol. "Oh ya? Tahniah. Bila tu?" Milo suam diteguk sedikit. 

"In three weeks from now." Hannan hulur kad kawin, dengan berat hati. Dah kenapa? Sepatutnya gembira bersuka ria la kan?

"Do you have something to share with me by the way?" 

"Hannan tak nak kawin sebenarnya. Ni semua umi dan abi yang suruh." Keluhan dilepaskan.

Kenapa ramai sangat orang kena kawin paksa ni, lately?


AKU text Afiq tadi cakap nak jumpa dekat kafe tepi office dia hari ni. I'm going to make a big move today.

"So what is it, Syirin?" Afiq senyum sambil sedut fresh orange dalam gelas.

Aku keluarkan cincin yang Afiq bagi hari tu dan letak atas meja sambil senyum. Senyum sahaja.

"And?" 

"This ring..."

"I don't think that..." Cis. Gaya macam cool sangatlah cakap gantung-gantung macam ni?

"I should not take it."

Eh? Aku rasa ayat aku dah salah. Tu la, gaya macam tengah shoot drama.

Muka dia nampak sedih sikit. Eh?

"Tak tak. Maksud saya, I'll accept this. I'll take this ring." Cincin yang ada atas meja tu aku ambil cepat dan sarung dekat jari.

Afiq senyum balik sampai nampak lesung pipit. "Thanks a lot."

Sekarang, macam mana aku nak reka ayat nak cakap dekat Farid?
0417.050113. 0256. 290313.

                                                                                                                                  








Friday 28 December 2012

cerita kita 16 - orkid =)

TERKEDU. Terkelu. Terkaku. Cukup pekej. Habis lah aku. Memang kena sembur dengan Fei jawabnya! Pinggan berisi fish and chip ditolak tepi. Sungguh la aku tak sangka reaksi aku enam hari lepas berulang lagi. Tapi, dengan Afiq relaks lagi kot sebab aku baru je kenal dia. Kalau budak Payed ni, memang tak boleh relaks rasanya. Dah la best buddy aku sendiri. Nak cakap bukak mulut ni pun terketar-ketar rasa.

Aku tengok Payed dihadapan yang duk setia tengok aku dari tadi. Mata dibawa ke tempat lain. Hati dah mula buat pemerhatian. Lagi.

Payed dengan gaya cool dia. Afiq dengan gaya sweet dia. Payed kawan aku yang aku kenal hati budi dia. Cukup kenal. Tapi, aku tak rasa kalau masuk mode macam ni aku kenal dia. Afiq pulak, aku baruuuuu je kenal dia. Ikutkan conclusion aku, lebih baik aku ambil Payed. Mana lah tau Afiq tu tiba-tiba propose aku semata-mata nak lari daripada ugutan mak dia. Sekarang ni kan, jenis yang macam tu. Tak ke naya aku tu? Walaubagaimanapun, cincin Payed ni, aku tak tau berapa bijik dia letak permata atas tu. Tak sempat nak kira. Cincin Afiq, simple. Ada satu je permata yang dia letak atas tu. Sejujurnya, aku lagi suka cincin Afiq. Iya la. Nanti, cincin tu jugak aku nak pakai. Kut la aku pegang title mak datin lepas kawin dengan budak Payed ni, boleh la jugak aku nak bangga-bangga dengan kumpulan mak-mak datin yang lain kan? Eheh. Jadi, patut ke sekarang aku cakap 'NO' kat Payed dan terus call Afiq cakap 'YES'?

Aku hela nafas berat. "Kau nak buat lawak tiga kupang kat aku ke?" Cuba relaks sebab aku tengok Payed ni dari tadi je muka dia bereaksi macam tu. Sungguh lah tenang.

"Tak." Payed tegakkan badan dia. "Aku tak pernah main-main dengan apa yang aku cakap. Muka aku ada tulis 'Sorry, I'm kidding' ke? Ada?"

Aku tenung muka dia lagi. Mencari tulisan itu. Harap-harap ada. Kemudian, muka ditundukkan. Tak ada. Tangan bermain dengan straw didalam gelas. Please someone. Come and help me. Kepala digeleng-gelengkan beberapa kali. Tak boleh. Tak boleh. Dibuatnya langit terbukak masa ni. Allah makbulkan doa kau, Yin dengan hantar Iris jadi penyelamat. Tak pun Afiq. Nak?

Itu bukan penyelamat tu. Itu disaster namanya! Eh, yang aku tiba-tiba ingat diorang ni kenapa? Ni mesti dah takut sangat ni. Bibir diketap. Kuat. Haihh! Tension-tension.


"SARAH! Tahniah. Tahniah. Tahniah." Aku tak tau kali ke berapa dah aku ucap tahniah kat budak ni. Bukan apa. Susah nak percaya dia dah kawin. Dah la anti-lelaki. Tiba-tiba pulak kawin awal daripada aku. Aku jugak la single-mingle sampai ke sekarang.

Cantik je wedding Sarah ni. Simple pun simple. Warna pink muda dengan cream. Bila masuk rumah dia tadi, memang terus rasa nak kawin lah! Tangga yang mengiringi pengantin perempuan kebawah dililit dengan kain berwarna sesuai dengan tema. Lepas tu, tabur bunga lili warna putih. Lawa okey. Lawa. Tu pun, mujur tak tabur dengan bunga ros. Kalau tak, mau luka Sarah dalam masa nak sampai ke tempat duduk untuk akad nikah. Bukan apa. Aku dengar Sarah suggest bunga ros warna putih sebab tu kesukaan dia kan. Dah lah dia tak kasi buang tangkai. Waras ke tak budak tu pun aku tak tau. Baju dia pulak, jubah yang bawah dia tu kembang sikit. Warna pink muda. Veil warna putih. Aku malas nak ulas yang lelaki punya sebab kebanyakannya sama aje dengan pengantin lain. Ehehe.

Sarah pandang aku macam nak tembus. Tau la baju aku cantik. Tak pasal-pasal aku kena pakai baju warna pink muda hari ni. Nasib baju kurung aku semua lawa. "Yin. You better stop." Dia menyampah kut dengan ucapan tahniah banyak kali.

"Yelah. Yelah." Aku ambil satu coklat Toblerone yang berada didalam bekas dan disuap ke mulut. "Luth kau mana?"

Makanan, dia hidang nasi minyak. Ada ayam sambal, dalca, gulai daging dan macam-macam lagi lah. Cupcake aku tak terkecuali. Ramai orang puji sedap. Lepas tu, siap kata nak tempah situ jugak. Kaya la aku nanti. Terima kasih lah Sarah dengan Han sebab sudi guna khidmat aku. Eheh.

Sarah angkat bahu. "Tak tahu." Bibirnya setia tersenyum kepada tetamu yang semakin ramai.

"Habislah kau Sarah. Kalau lari laki kau tu, naya kau..." Sedap oiii coklat ni. "Majlis kesyukuran tak buat lagi ni."

"Kut ye pun nak cakap, biar la logik sikit." Selalu macam ni ayat dia. "Yang lari tu, bukan dia tau. Aku sepatutnya."

"Aaahh. Sudah. Sudah. Aku tak nak dah cakap pasal ni. Tak pasal-pasal aku tambahkan kemenyesalan kau kawin dengan Luth nanti." Tisu dicapai dan tangan dilap bersih.

"Hello." Rujhan dengan Han serentak menyapa.

"O mai gad. Dah datang dah geng kau Sarah." Beg yang tersedia diatas kerusi disangkut ke bahu. "Aku rasa aku kena pergi dulu ni. Macam tak kamceng je."

"Nak bagi kamceng, kawin la cepat Yin!" Rujhan dah mula.

Han mengangguk. "Entah la kau ni. Takkan tak de satu orang pun minat kat kau kut?" Okey. Pertanyaan kejam gila. Kalau diorang tau aku kena propose dua kali oleh orang yang berbeza, mesti diorang duk tengah melutut depan aku dah ni.

"Kau rembat je mana satu yang kau nak kat sini Yin. Tu...aku tengok yang tu okey jugak." Ah sudah. Sarah betul-betul dah masuk geng ni.

Aku angkat tangan kanan paras pipi. "Talk to the hand."

Ketawa.

Nanti, tak boleh dah nak lepak macam ni selalu-selalu. Masing-masing dah ada keluarga. Aku senyum pahit sekejap. "Ni, mana pasangan masing-masing ni? Main hide and seek ke apa?"

"Tu Khaleel. Terjumpa member kat sini. Borak lah sekejap."

"Rafiq is on the way. Tuuu...dengan Luth sekali." Aku tengok Sarah dah julingkan mata keatas. Aku sengih. Eh cop. Siapa tadi? Rafiq is on the way?! Mati kau! Malu yang hari tu tak habis lagi ni. Aku rasa Han tak tau apa-apa.

"Ladies." Luth dah berdiri sebelah Sarah dan tersenyum. Rafiq dibelakang Han. "Syirin, hai." Rafiq tegur aku. Budak ni la. Ini majlis orang lain. Yang tegur aku tu kenapa? Aku hanya senyum segaris. Mata memang dah tengok benda lain.

"So, Sarah. Bila aku boleh balik ni? Lama lagi ke aku kena bertapa kat sini?"

"Kau duk je la sini, teman aku. Kau bukan ada laki pun nak kena jaga."

"Auchh.. That's hurt." Rujhan sengih.

"Kau diam." Ahhh.. Tension la macam ni! Aku call Afiq kang... Ajak dia kawin sekarang. Fikir pasal ni, baru ingat yang aku tak berpeluang lagi nak cakap dengan Mama dan Ayah. Sibuk sangat. Heee... Bila lah aku nak kawin ni? Jodoh aku siapa?

Diam. Sarah dengan Luth dah masuk dalam. Berkenalan dengan kawan-kawan mak Sarah kut. Rujhan dah pergi kat Khaleel. Jadi, sekarang ni tinggal aku, Han dan Rafiq. One word. Awkward. Apasal yang Han diam sangat lepas kawin ni?

"So, Syirin. Bila nak kawin?" Suara Rafiq memecahkan susasana. Aku buat tak tau lagi. Cuba fikir jawapan nak kelentong orang. "Baru ni dah kena propose kan?" Mata aku dengan Han dah bulat kat situ. Han berpaling menghadap Rafiq. "Seriously?" Angguk. Aku tepuk dahi perlahan. Tak sempat nak halang apa yang terjadi sebab cepat sangat.

Rafiq senyum lagi. "Dekat Restoran Wow baru ni kan?" Aku tak ingat pulak yang Rafiq terserempak dengan aku masa elok je aku duk menagih bantuan. Tak sangka dia yang datang.

Han dah berpaling kat aku. Mata dan muka dia menggambarkan segalanya. Tak ingat pulak nak cerita kat budak-budak ni. Tu lah kau. Nak rahsia sangat. Kononnya nak tunggu bila dah decide tarikh wedding baru nak cakap. Tengok sekarang dah jadi apa?

"You. Didn't. Say. A. Word. To. Me." Sebijik-sebijik Han bagi. Mujur tak tolong eja sekali.

"Aku..." Tak tau nak cakap apa. Aku kalih tengok Rafiq. Dia sengih. Heee.. Dia ni nak balas dendam ke apa? Kan aku dah pesan benda yang jadi depan mata dia hari tu, let it be a history. "Rafiq, probably you want to leave us alone for a while cause I believe that I have something to talk with your wife." Aku tekan 'something' tu kuat-kuat. Sakit gigi aku wooo...

"Of course." Rafiq berlalu. Aku kalih tengok Han balik.

"Macam mana husband aku boleh tau tapi aku tak tau?" First attack.

"Why didn't you say a word to me? Am I not your friend?" Second.

"Tell me everything." Third and maybe it's the last one.

"First, kebetulan husband kau ada kat situ. Second, aku tak ready. Aku cadang nak cakap nanti. And for the third one..." Pause sekejap. "Aku kena propose dengan dua orang lelaki." Mata Han memang bulat balik. Tangan dia dah genggam tangan aku. "Afiq and Payed." Senafas aku cakap.

"Slap me." Han buat request tiba-tiba. Muka dia dah tak tegang sangat. "Betul ke ni? Eeeiii... Alhamdulillah. Afiq dah buat move." Han angkat tangan gaya mengaminkan doa. Aku sengih kelat. "Cop. Payed?"

Aku angguk.

"Payed?!"

Aku angguk lagi. "Iya. Pelan-pelan la sikit."

"Payed as Farid??!!"

Mulut aku dah terlopong. Bukan suara Han tu. Tapi, suara...

Rujhan dan Sarah dah bercekak pinggang.

Aiyooo! Pengsan. Sekali kena dengan tiga orang minah ni. Rafiq! Kau tanggung. Aku nampak dia sengih dari hujung sana. Aku nampak. Aku nampak.


AKU bersandar keletihan di dinding kereta. Ready nak balik dari rumah Sarah. Dah malam dah. Tak sangka lama pulak duduk kat sini.

"So, how was it?" Rafiq bersandar di bonet kereta. Tangan disilangkan ke dada. One word. Cool. Ehhh... Laki orang tu, Yin!!! Come to your sense!

"How was it? You still can ask me that?"

"At least, I've helped you to tell it to your friends."

"Friends? Awak sengaja panggil diorang kan?"

Rafiq angguk selamba. "Saya cakap, kalau nak dengar cerita best, pergilah sana. Diorang pergi and puhhh...jadilah Koko Krunch."

Ketawa. Out of topic, tiba-tiba koko krunch muncul.

"Thanks then."

"Macam tak ikhlas je."

Hela nafas. "Mr. Rafiq si pengantin baru sepuluh hari, saya Syirin Insyirah dengan ini mengucapkan terima kasih kerana membantu saya disamping menjadi disaster dalam hidup saya. Nak kena sign apa-apa ke?"

Rafiq ketawa lagi. "Naaa... Now is much better."

Aku buat rolling eyes. Kemudian kitorang diam. Dia tengah tunggu Han yang kat dalam tu. Gaya macam tak nak balik lagi budak tu. "You know what..."

"Soalan or pernyataan?" Dia potong dulu.

Rolling eyes lagi. Cakap aci potong orang je dia ni. "Pernyataan. Farhan is so so so so lucky to have you. Awak relaks je join dia pergi majlis kawin kawan dia sampai ke malam baru balik."

"Baru sepuluh hari kawin kan. Mana sanggup nak duduk jauh-jauh lagi." Dia ketawa. Lagi. Aku sengih memang tak cukup muka dah. Ni la kut nikmat kawin. Nak buat apa pun, tak ragu lagi dah.

"Itu pasal la, kawin cepat-cepat. Baru boleh tau macam mana nikmat perkahwinan tu." Ikhlas.

"I have two men to consider, remember? And it's not an easy task, y'know."


BALANG yang mengandungi biskut oreo ditutup. "Ma..." Pembukaan ayat.

"Yes, dear?"

"Kak Long ada benda nak cakap kejap ni."

"Seems like serious." Mama dah letak buku akaun diatas meja. "Okay. I'm all ears now."

"Emm..." Pause. "Hari tu Kak Long keluar dengan kawan." Pause lagi.

"Ye dan mama tau." Mama buat ayat sebab aku ambil masa lama dengan pause aku tu.

"Then, we come for a decision..." Jap. Jap. "...well, it's not a decision lagi, actually."

Muka mama nampak bercahaya. "Oh. Yang keluar dengan Farid hari tu?"

Aku nak potong sebab aku bukan cakap pasal tu lagi. Nak cakap pasal hal aku dengan Afiq dulu. Tapi...

"Umi Farid cakap, dia nak datang hujung minggu ni. Nak tanyakan Kak Long rasanya sebab hari tu, ada la jugak duk bual-bual kosong pasal hal ni." Patut pun muka mama nampak happy. Tapi...

Aku, Lala dengan Abang Man serentak menjerit. "Hahhh???!!!" Bila diorang ada kat sini?

Dan...apakah??!! Aaaa... Mama!


IRIS membelek-belek buku dihadapan. Yang ni dah ada. "Abang, jom ke sana."

Afiq mengeluh. Aihh. Penat betul kalau teman budak ni masuk kedai buku. "Iris. Iris, nak cari buku apa ni?"

"Nak tengok-tengok dulu lah. Mana orang ingat orang ada buku apa kat rumah tu. Ingat library babah tu kecik ke?" Iris membelek lagi buku di tangan dan kemudiannya diletakkan semula. Aktiviti yang sama sejak 15 minit mereka berada di Popular. Afiq mengeluh lagi.

"Abang. Abang nak tunggu sini ke? Iris nak pergi sana lah." Afiq mengangguk tanpa mengangkat wajah.

"Akak!" Iris menyergah seseorang.

Buku di tangan jatuh. Badan dipalingkan ke belakang. "Iris! Ingat siapa tadi. Kalau tak dah keluar jurus ninja dah." Aku kutip balik buku yang jatuh dan diletakkan ke rak.

Iris masih dengan senyuman tak lekang dia dari tadi. "Iris datang sini cari buku dengan abang. Akak sorang je ke? Lala tak ikut?"

Aku senyum kelat. Abang dia ada. Tiba-tiba rasa berdebar. "Lala tak. Akak dari bakeri ni. Terus ke sini. Itu yang Lala tak ada tu."

"Iris..." Suara Afiq terhenti. Dia senyum segaris dan menundukkan kepala sedikit. Buah hati kat depan. Jaga tatasusila sikit. Eheh. Tak payah gedik sangat, Afiq Haikal!

Aku turut senyum segaris. Iris tersengih. "Okey. So, sekarang semua dah kat sini kan? Jom pergi makan!" Iris dah tarik lengan aku terlebih dahulu. Mujur tak jatuh tersembam. "Iris, akak dah kenyang. Kena balik ni."

"Alah. Kejap je. Tak berpeluang lagi nak makan sama dengan bakal kakak ipar ni. Hari tu pun, abang tak bagi duduk sekali." Aku berdebar balik ingat hal tu. Semakin bertambah rasanya masalah aku ni. Patut ke aku bagitau dia? Atau...pandai-pandai buat keputusan sendiri?

Eh? "Habis tu, buku-buku ni?" Afiq meluruskan jari telunjuk ke bakul diatas lantai. Iris terhenti dan tersenyum kembali. "Abang bayar. Cepat sikit tau. Kitorang tunggu dekat Secret Recipe."

-------------------------------------------------------------------------------------------

Siap. Siap. Lepas satu beban. Tak boleh nak hupdate laju-laju sebab idea entah apa-apa yang saya merapu. Tambah lagi bila tiba bab-bab wedding dan kejut-mengejut ni. Memang part lemah la tu. Eh. Eh. Asyik wedding je kan? Takpelah. Dah kawan dia buat pakatan aci nak kawin hari dekat-dekat. Eheh. And. Ni banyak part Syirin kan? Hentam je la. Dah idea datang belah situ. Tulis je la.