"LAWA tak? Lawa tak?" Rujhan yang dah macam model dihadapan dijeling.
"Lawa je baju ni. Tak sarat sangat. Pandai jugak Khaleel kau pilih ehh?" Baru hari ni dia nak tunjuk baju kahwin dia kat aku.
"Dah nama pun Khaleel aku kan? Kau tu, kena la cari 'Khaleel' kau cepat-cepat." Rujhan buat muka slenge dia. Memang aku rasa macam nak jemur kat luar minah ni. Cair maskara dia nanti kang, tak pasal-pasal aku pulak kena marah dengan mak andam nanti.
"Kau boleh tak kalau jumpa aku, tak cakap pasal subjek ni? Kau macam tak tau. Aku dekat rumah tu, mak aku dah tolong bebelkan." Aku buat muka sedih sambil bermain dengan kipas tangan Rujhan yang berbulu ni.
Rujhan mengambil tempat di birai katil. Dah nak mula dah. "Babe. Mak kau bebel, for your good."
"Hello! Aku dua puluh lima baru. And kau kena ingat, aku muda dari kau." Kipas ditutup dan dibuka.
"Muda by? 4 months? Tolong la." Rujhan buat aksi rolling eyes. "And kau boleh tolong berhenti main tak kipas ni?" Rujhan merampas kipas yang aku pegang tadi.
"Hehhhh!!! Apa yang berbual lagi ni? Hehhhh!!! Yang duduk tu siapa suruh? Berkedut la baju ni nanti." Tiba-tiba je suara mak andam tadi berkumandang lepas bilik dicerobohi. Tangan Rujhan ditarik. "Cepat-cepat. Dah sampai tu."
"Hahhh?!" Rujhan pulak menjerit. Yang semua orang duk sibuk menjerit ni apasal?
Tiba-tiba Rujhan berpaling kat aku sebelum keluar bilik. Muka dia cuak. "Babe. Kalau aku pengsan jap lagi, aku mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki tau."
"Ah? Aaa.. Okey-okey." Dengan aku-aku pun blank. Dah la tangan dia tadi sejuk gila. Kalah tangan aku yang sejuk time nak ambil result SPM dulu.
"ABANG."
Afiq berpaling dengan gelas di tangan. "Amende?"
"Pengapit tu bukan kakak yang terlanggar adik ke baru ni?" Iris berpaling kepada Afiq. "Apa ni? Belum apa-apa lagi, dah santap." Iris memukul lengan abangnya.
Afiq menjauhkan semula gelas yang berada di mulutnya. Bahunya sedikit terhinggut, terkejut dengan pukulan adiknya. "Iris Humaira. Kita datang sebagai tetamu. Makanan atas tu, tersedia untuk kita. Yang kahwin tu, bukan kita. So, santap je la. Lagipun, ingat orang tak penat ke nak pandu datang sini? Khaleel tu pun satu. Yang nak buat kat sini tu kenapa? Sesat free-free je tadi." Afiq menebarkan pandangan ke sekeliling. Mamat ni, memang aku sekeh dia jap lagi. Tak pun, ambil kipas pengapit, ketuk dia kuat-kuat. Bagi peta pun tak de guna. Sesat jugak tadi. Susah payah kena tanya orang kat mana tempat dia ni.
Iris menggeleng kepala. "Abang. Dah siap la. Pengantin dah turun. Pergi la jumpa Abang Khaleel tu."
"Baik dia je datang sini sebelum abang baling gelas ni kat kepala dia. Tak pasal-pasal, main topic berita harian esok, 'Pengantin mati dibaling gelas oleh kawan baik'."
Haha. Abang ni la pun. Iris mengalihkan pandangan ke tangga, memandang pengapit pengantin perempuan yang baru turun dari ruangan atas. It's her! Kakak ni nampak macam baik je. Tanpa sedar, Iris menapak kearah pengapit itu dan meninggalkan abangnya di belakang.
"Eh, eh. Nak ke mana tu?" Afiq menarik hujung lengan baju kurung adiknya hingga terdorong ke belakang. "Jap la. Nak jumpa kawan ni." "Kawan?" "Iye. Just tunggu sini dah la."
Sejak bila minah ni ada kawan kat sini? Ni dah masuk fasa pelik ni. Aku ajak dia, teman datang majlis Khaleel. So, kesimpulannya dia memang takde kawan kat sini sebab orang kat sini baya-baya aku je. Afiq menghirup lagi airnya.
"Kak."
Aku berpaling ke kiri. Eh. Ni budak comel hari tu. "Yes?"
"Ingat lagi tak?"
"Ingat. Girl yang dekat cafe tu kan?" Mana sandal aku ni? Jangan cakap yang Rujhan dah ambil. Mana la tau. Kut-kut dia malas nak pakai kasut kahwin dia tu.
"Nama kakak apa ehh? Kakak ni nampak baik la."
Ehhh? Muka aku macam penjenayah bersiri ke yang dia cakap macam tu? Aku dah buat muka pelik.
"Kak? Nama." Iris melambaikan tangan.
"Oh. Syirin. Syirin Insyirah." Aku hulur tangan. Kut-kut la dia nak rasa kulit tangan aku ni. Aku dah rasa macam artis dah ni bila dia sibuk tanya nama aku.
Iris menyambut huluran tangan itu dan tersenyum. "Nama abang saya Afiq Haikal."
Okey. Salam perkenalan yang pelik. Apahal dia bagitau nama abang dia?
Afiq tersedak. Kenapa aku rasa macam ada orang sebut nama aku?
Monday, 4 June 2012
cerita kita 1 - anis chan xoxo
AKU dah menjelir lidah. Geli sebenarnya. Mahu taknya, Rujhan dah mula cerita pasal Khaleel, calon jodoh yang Mamanya pilihkan, yang adalah satu masa dahulu sangat dibenci oleh Rujhan. Sumpah aku nak muntah.
Orange juice disedut sedikit. “Kau, sekarang dah boleh berhenti cerita pasal Khaleel okay. Aku rasa kepala kau tu dah weng mana-mana, tak pun ada yang dah putus fius.” Aku sembunyi senyum.
Muka Rujhan dah merah. Ala, dia ni kan tak sporting langsung. Aku baru kutuk sikit, seciput je. “You better shut up atau habislah kau mandi dengan orange juice kau ni.” Kening Rujhan, tok sah nak cakap la. Memang berkerut.
Aku dah letak jari telunjuk di bibir. "Can you please.. Aku nak menghayati roti naan cheese paling sedap atas dunia ni.” Rujhan dah geleng kepala bila aku letak jari telunjuk di bibir.
“So, cerita pasal Khaleel ni, bila kau nak jumpa kau punya ‘Khaleel’?” Roti naan cheese dah disuap ke mulut. “Kau tak sedar ke kau tu dah masuk zon bahaya andalusia?” Rujhan dah nak start buat senyum menjengkelkan. Aku tak suka tau!
“Hello. I’m only twenty five okay. Lagipun, maybe jodoh aku tak sampai lagi sambil-sambil aku boleh menghayati hidup zaman bujang neh.” Aku dah senyum meleret.
Rujhan dah berkira nak baling dompet dia yang sebesar gajah tu. “Kau ni, habis benda nak hayati kan. Aku rasa nama kau ni tak sepatutnya Syirin Insyirah lah, kena letak nama Siti Norhayati kau tau.”
“Eh, tu bukan ke nama Mama kau?”
Rujhan dah tersedak. “Mama mintak ampun banyak-banyak.”
IPhone 4S Rajhan galak berbunyi tiba-tiba. Dan tak payah nak perah otak kena fikir siapa yang call sebab Rujhan dah senyum sampai langit. Mesti Khaleel yang telefon!
“Hello. Waalaikumussalam.”
“Ha? Oh. Ye ke. Bila tu?”
“Pukul 3?” Automatik Rujhan kerling Guess di tangan kirinya. “Ok. Ok.”
“InshaAllah. Waalaikumussalam.” Telefon dah diletakkan di atas meja.
“Syirin, kau tau apa.” Kedua-dua belah tangan Rujhan dah terkup di mulut, dan… “Arghhhh! OMG, OMG, OMG.” Tangan Rujhan dah mula mengibas. Panas lah kononnya. Gedik je dia ni tau.
“Yes, yes. You may go. Bye.” Aku dah buat nada merajuk. Cit! Merajuklah sangat kan. ‘It’s already 2.15. Kau better gerak sekarang. Kang heart-breaking nanti…” Aku tak habis cakap lagi.
“KHALEEL NAK DATANG RUMAH!” Rujhan tiba-tiba menjerit depan aku. “Dan… jeng jeng jeng. It’s merisik time!”
“I’ve got to go. Bye.” Rujhan kiss pipi aku sebelum peluk aku rapat-rapat. “I love you so much.” Rujhan dah lambai tangan sambil IPhone 4Snya diterkup di telinga kanan. Benda tu dah jadi tabiat Rujhan dah sejak kitorang jadi kawan. So, jangan nak pelik sangatlah.
Aku dah takda mood nak makan.
Beg di kaki ditarik sebelum kerusi ditolak. Sekeping not 50 ringgit yang Rujhan dah bagi awal-awal tadi dikeluarkan dari poket jeans. Rujhan dah janji nak belanja, dan dia dah cakap maybe dia sibuk hari ni dan kena cepat. See, dia maybe dah sampai rumah pun sekarang ni.
Duit baki dah bertukar tangan.
Aku dah berhenti di tengah-tengah jalan orang, berfikir . Aku rasa aku ada kerja nak kena buatlah. Aku petik jari. Ah, yes. Nak kena pergi cari buku latihan SPM buat Lala. Mama dah pesan tadi.
Aku dah bergerak tiba-tiba, dan… gedebuk. Aku dah langgar siapa entah. Habis bukunya berterabur di lantai. Aku dah cemas. Cepat-cepat aku kutip semua sebelum bagi balik dekat tuan dia. “I’m so very very very sorry.” Memang sekarang ni aku yang rasa bersalah gila sebab memang aku yang dduk di tengah-tengah jalan orang.
“Takpe lah kak. Benda dah jadi. Terima kasih tolong kutip buku tadi. Saya yang salah jugak tadi.” Gadis comel yang sedang berdiri di hadapan aku tersenyum manis. Langsung tak ada perasaan marah sebab aku dah menonong langgar dia tadi. Mujur je dia tak jatuh. Kalau tak, kena saman ke aku ni?
“Takpe lah kak. Nice meeting you. Saya nak cepat ni. Bye.”Gadis tu dah hilang dari pandangan mata sbeblum aku sempat nak cakap bye.
DUA HARI KEMUDIAN
AKU pakai nokia C3 je. Tu pun dah bersyukur. Tak adalah aku pakai 3310 kan.
Rujhan Poyo is calling…
Cepat-cepat aku tekan punat hijau. “Hai.”
“Assalamualaikum.” Rujhan dah masuk part ustazah dia.
“Waalaikumussalam . Ha, kau bila nak kawin.” Aku tau dia tengah senyum.
“Ah, aku rasa terharu gila. Aku nak kawin bulan depan dah!”
“Amboi. Cepatnya. Aku cop jadi bridesmaid!”
“No way!”
“Kenapa pulak?” Rujhan ni kan. Takkan tak bagi kot.
“Kau, jadi pengapit aku!”
Aku senyum je.
---------------------------------------------------------------------------------------------
ps: Sori! Baru perasan keluar no 2 dulu baru yang ni nak keluar.
---------------------------------------------------------------------------------------------
ps: Sori! Baru perasan keluar no 2 dulu baru yang ni nak keluar.
Subscribe to:
Comments (Atom)