IRIS kata dia nak pergi tandas, buat aku rasa tak selesa. Takkan nak tinggal aku dengan abang dia ni dekat sini, berdua lagi. Hampeh hampagas betul.
"So..."
"I'll give you the answer... soon. In sha Allah." Terus aku potong dia cakap sebab aku tak sanggup nak dengar.
"I wasn't going to ask you about that."
Annoyed. Totally annoyed.
"Dah tu?" Aku angkat kening double jerk. Tangan sudah disilangkan ke dada. Ni yang rasa nak lenyek je dia ni macam buat ayam penyet. Tak kisahlah aku sayang ke tak, geram tetap geram!
"Nak tanya khabar... Salah?" Kenapa je manusia ni sukaaaa buat suara macam... macam annoying gila tu. Yang tak fahamnya kenapa aku boleh angau dengan dia ni!
"Saya baik. Alhamdulillah masih sihat walafiat dengan izin Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang." Saja nak cakap panjang-panjang. Salah?
"Alhamdulillah." Senyum dengan lesung pipit yang menawan. Terus aku tunduk. Parah!
Senyap dua minit. Dua-dua tak ada idea nak cakap pasal apa-apa. Ha baguslah! Tambah pulak dengan Iris yang lama tak boleh blah dalam bilik air. Macam sengaja je?
"Jadi awak dari mana ni?"
"Kedai."
"Buat apa?"
"Jenguk budak-budak buat kerja. Saya datang sini nak cari barang sikit. Lepas tu nak balik kedai balik." Spaghetti dalam pinggan diputar-putar sebelum dimasukkan ke dalam mulut. Sedap! Tambah dengan orang belanja lagi, bertambah-tambah kelazatannya!
"Awak ni sejak bila lagi kerja eh?" Afiq tanya macam tu lepas tu hirup latte dalam cawan. Samsung Galaxy S II diletak di tepi cawan untuk menampakkan keseriusan percakapan. Heh.
"I am twenty-five years old and..." Spaghetti carbonara disuap lagi ke dalam mulut sebelum meneruskan percakapan. "... I've been doing the cupcakes since October, if I'm not wrong." Fresh orange disedut. "Yes, October."
Aku ni sebenarnya dan sepatutnya ditakdirkan untuk menjadi seorang engineer yang berjaya. Tapi nak buat macam mana kerja payah tahap bapak nak cari jadi aku kerja tanam anggur je dekat rumah, sampailah mama bagi idea yang agak bernas supaya aku bukak bakery. Dan... aku sekarang dah kira agak berjayalah juga, sebab aku nilai diri aku sendiri berjaya. Tak patut.
Afiq angguk sebelum sambung makan. "Banyak projek eh sekarang?"
"Boleh tahan la." Memanglah banyak. Allah nak bagi rezeki tu tak kira masa. Kita ni sebagai hamba kenalah bersyukur, bukannya nak menunjuk-nunjuk ke, riya' ke atau apa-apa je lah perkara yang tak baik.
"Nanti letak la phone untuk kedai, senang nak call. Sekarang orang hidup zaman teknologi, semua nak segera semua nak cepat. Nanti tak adalah orang nak order cheese cake sebijik pun nak kena pergi kedai." Aku faham kalau dia nak bagi nasihat, tapi kenapa macam aku rasa dia nak tembak atas hidung aku je ni haaa?
"Will be proceeded, in sha Allah."
Aku kerling jam di tangan kiri. Eh kalau kira lama lah juga. Iris, I need you now! Apasai lama sangat dalam tandas tu hah. Aku rasa macam nak nangis je ni ha.
"Can I ask something, Syirin?" Afiq dah sudah makan.
"You've already asked one."
"Another."
"Shoot."
"Are you that close with the guy named Payed?" Afiq angkat kening sambil buat muka innocent. Korang paham tak perasaan nak tampar diri sendiri bila tengok dia buat muka macam tu, paham tak?!
Aku senyum. Apasal aku rasa ada aura cemburu disini eh? Ke aku perah santan? "Kenapa?" Aku senyum lagi. I just can't stop smiling with this question.
"Just asking." Latte diteguk habis. One shot.
"Agaklah." Jeda. "I grew up with him. Kalau ditakdirkanlah satu hari nanti kita kawin kan, awak jangan cemburu sangatlah. You know how close are we. Tapi kitorang cuma kawan biasa je la." Eh ye ke? Adakah ini bermaksud kau telah menolak Payed mentah-mentah?
Afiq senyum. "Kalau ditakdirkan?"
Aku jadi malu sendiri. Tu la mulut celopar sangat. Sendiri dapat malu.
"Kalau macam tu, kalau ditakdirkan kita kawin, boleh tak awak jadi suri rumah sepenuh masa hari-hari tolong gosok baju saya, masak untuk saya, layan saya je. Boleh?" Aku palinglah tak suka cakap pasal masa depan macam ni.
"Kedai saya?" Takkan nak bagi budak-budak tu handle? Heh?
"I was just joking." Afiq gelak kecil.
Iris dah duduk tepi aku. "Kenapa lama sangat bertapa dalam bilik air?" Sisa fresh orang disedut. Aku nampak bahu kanan dia basah.
"Ada problem sikit tadi."
"Mandi ke hape?" Afiq tanya soalan nak kena siku perut.
"Mana ada."
"Yang bahu tu basah kenapa?"
Iris lepas keluhan perlahan. "Tadi ada jumpa classmate dalam tandas tengah nangis. Dia pinjamlah bahu ni kejap nak buat nangis. Tu yang lama sangat tu. Budak tu ada masalah dengan boyfriend dia."
"Boyfriend lagi. Macam ni lah hidup budak-budak sekarang. Tak habis-habis nak couple je. Baiklah buat kerja amal bantu Gaza ke, ada lah juga pahalanya. Ni hari-hari duduk dengan boyfriend tak halal. Buat tambah dosa adalah." Aku rasa macam nak gelak je. Afiq tengah membebel bagi nasihat, Iris pulak muncung dah sedepa sebab kena jadi tempat tadahan bebelan walaupun dia tak salah.
Calon suami yang bagus, eh?
"PADAHAL mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus dan supaya mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus."
(al-Bayyinah : 5)
"Maka sembahlah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya. Ingatlah, hanya kepunyaan Allah lah agama yang bersih (dari syirik)."
(az-Zumar : 2-3)
"Katakanlah: 'Jika kamu menyembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu melahirkannya, pasti Allah mengetahui.' "
(Ali -Imran : 29)
"Ketiga-tiga ayat yang ana baca tadi tu semua ada kaitan mengenai perkara, niat dan yang berkaitan dengannya. Contohnya kita berbuat baik, tapi dalam hati mengutuk-ngutuk. Hanya Allah sajalah yang tahu. Buat segala perkara ni, cuba buat secara ikhlas. Kalau buat perkara nak minta balasan, niat tu dah kurang betul. Cuba buat secara ikhlas. Lagilah baik. Tambah berkat. Allah redha, pahala pun dapat. Kita pun senang hati." kata Kak Aina lepas tu sambung tengok dekat al-Quran.
"Daripada Saidina Umar al-Khattab r.a. katanya : Aku mendengar Rasulullah saw bersabda : Adalah bahawasanya segala amal itu adalah dengan niat dan hanya sesungguhnya bagi setiap seseorang mengikut apa yang diniatkannya."
"Maka barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang akan ia memperolehinya atau kepada perempuan yang ingin dikahwininya maka hijrahnya itu adalah mengikut apa yang ia berhijrah kepadanya. Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim."
"Amalan lain pun macam tu juga. Amalan kerana takutkan Allah. Amalan kerana mengharapkan syurga dan takutkan neraka. Dan last sekali, amalan kerana malu terhadap Allah SWT dan kerana menunaikan hak-hak kehambaan dan kesyukuran terhadap Allah. Masya Allah, amalan yang last sekali ni kalau dapat buat bayangkan betapa besarnya ganjaran Allah akan bagi."
"Contohnya solat. Kalau dapat solat sebab nak menunaikan hak kehambaan dan kesyukuran kepada Allah, bertambah-tambah ganjaran Allah bagi, in sha Allah."
"Hadis tadi tu bermaksud niat ni adalah timbangan bagi sah dan dibilangkan segalan amalan yang kita semua lakukan. Bila elok niat, eloklah segala amalan. Bila niat tidak elok, binasalah amal itu. Sebab tu syariat meletakkan bahawasanya syarat penerimaan ibadat di sisi Allah SWT ialah keikhlasan."
"Martabat inilah sebagaimana yang disyariatkan oleh Rasulullah saw kepada Aisyah r.a. pada satu malam ketika baginda sedang bersolat sehingga bergerak-gerak kaki baginda akibat terlalu lama berdiri."
"Rasulullah saw jawab : 'Apakah tidak boleh aku menjadi hamba yang bersyukur.' apabila Aisyah r.a. bertanyakan kenapa Rasulullah memberati diri baginda sedangkan telah diampunkan segala dosa baginda yang telah lalu dan akan datang."
"Rasulullah yang tak ada dosa pun selalu bersyukur dan bertaubat. Kita macam mana?"
Aku macam mana?
"Niat ni pun diperlukan untuk membezakan adat dan ibadat. Contoh kalau kita nak solat. Kalau tak niat tak sahlah solat kita. Kira macam adat pula, atuk moyang kita solat. Kita pun solat tapi tak niat. Ni contoh. Ana saja nak pilih tajuk yang ringan sikit malam ni, nak recall balik takut kita ada yang tersalah ke apa. Sebab kita kena titikberatkan solat. Solat tu kan tiang agama. Solat tu kan pencegah segala maksiat. Jadi kalau kita solat secara betul dan Allah pun terima ibadah kita, automatik benda lain pun akan jadi betul. Aurat terjaga, pergaulan di antara lelaki dan perempuan pun terjaga."
Niat.
Tiba-tiba pula aku ingat dekat Afiq dan Payed. Kalau aku tolak dua-dua tak boleh? Niat nak kawin kalau tujuan utama nak bersuka ria je, tu salah.
Dengan kawin, boleh buat anjakan paradigma tak? Niat nak kawin nak ikut sunnah Rasulullah saw. Niat nak kawin nak jadi manusia yang lebih baik. Niat nak kawin, nak cari pembimbing yang boleh bimbing aku ke arah jalan kebenaran.
Ingat dekat Payed, aku rasa bersalah pula dengan Allah. Dengan Payed aku keluar tak bawak muhrim pun, sebab ingat aku dengan dia ni kawan biasa. Tapi bila dengan Afiq kenapa pulak aku boleh teringat yang nak keluar berdua-duaan tu berdosa? Dengan Payed tak berdosa ke?
Ya Allah berikanlah kami hidayahMu. Berikanlah kami dapat memilih yang lebih baik, malah yang terbaik buat kami. Amin.
Dah dekat sebulan tak ikut usrah. Jadi berkarat pula otak lama tak dengar tazkirah. Malam ni ingat nak mula buat istikharah. Tiba-tiba pula aku berdebar. Payed dengan Afiq dua-dua aku sayang, macam mana?
HARI ni aku ajak Rujhan keluar jalan-jalan. Budak ni mula-mula kawin hari tu cakap nak cari kerja. Dah pregnant tiga bulan ni pun tak jumpa-jumpa lagi.
"Kau larat tak ni?" Aku ni bimbanglah juga. Melecet kaki ke, letih ke. Tak ke kira berdosa naya orang pregnant, tak pasal-pasal nanti Khaleel lancar perang dengan aku.
"Larat lah! Janganlah layan aku macam ni. Buat biasa-biasa je. Kalau aku letih baru kita berhenti mana-mana." Aku angguk tanda faham.
"Aku nak masuk F.O.S." Rujhan cakap dekat aku.
"Kau buat apa masuk situ."
"Nak beli t-shirt la."
"Baiklah kau pergi cari baju untuk golongan macam kau ni."
"Beli t-shirt la. Baru seksi sikit pakai dengan aku macam ni." Astaghfirullah, dia ni apehekei.
"Suka hati kau lah."
Kitorang masuk F.O.S. Lepas tu Rujhan dah rambang mata sebab semua baju cantik. "Can I ask your opinion?" Aku tanya Rujhan sambil tolong selerakkan baju. Bukannya nak beli sangat pun. Kalau cantik betul-betul nanti aku ambiklah.
"Pasal apa?"
"About the proposal?"
Terus Rujhan berhenti belek-belek t-shirt. "Kau tak tau nak pilih yang mana?"
Angguk.
"Dah buat istikharah?"
Angguk.
"Macam mana?"
Geleng.
"Tak ada jawapan lagi?"
Angguk.
"Kalau boleh pilih la yang baik." Gaya macam Payed tak pun Afiq tu jahat je dia ni cakap.
"Dua-dua baik."
"Yang sweet."
"Boleh masuk dalam list-ciri-suami-patut-dipilih ke?"
"Mestilah boleh. Kau nak buat kawan seumur hidup. Bukannya kau nak kawin dengan Afiq lepas tu dua tahun kawin dengan Payed pulak."
Ya tak ya.
"Afiq."
"Aku pun rasa kau patut pilih Afiq." Rujhan dah berjalan ke kaunter.
"Sebab?"
"Dia mula-mula yang ajak kau kawin."
Boleh masuk dalam sebab jugakah?
RUJHAN cakap patut pilih Afiq. Lepas tu aku call Han nak tanya pendapat dia pulak.
"Aku rasa kau patut pilih Payed."
"Kenapa pulak?"
"Kau kenal dia dah lama. Mana tau kalau Afiq tu jahat ke. Kau mana tau. Kenal dia tak sampai setahun lagi pun kan."
Jahatnya Han bagi pendapat.
Jadi Afiq satu, Payed satu.
Lepas tu aku drive pergi rumah sewa Sarah dan Luth. Budak dua orang ni nampak macam happy family je lepas kawin ni. Tak adalah pula Sarah nak cakap buruk-buruk pasal Luth ke. Nak call aku tiap-tiap malam sebab takut nak tidur sekali dengan Luth ke. Tak ada. Baguslah juga Sarah ni. Dulu dia cakap kawin ni boleh buat anjakan paradigma.
"Kau happy ke hidup lepas kawin ni?"
"Okey je. Tak ada masalah." Sarah senyum. Tak plastik. Ha okey la tu. Membina cinta selepas kawin, lagi indah. Acey.
"Aku nak tanya kau benda ni." Teh panas dihirup.
"Luth pergi mana?"
"Kau datang rumah aku semata-mata ni nak tanya Luth pergi mana?"
"Tak, nak tanya benda lain."
"Amende?"
"Kau rasa kan, Afiq dengan Payed, mana patut aku pilih?"
Sarah jawab Afiq sebab Sarah kata bila aku teringat Afiq mesti cakap pasal benda baik-baik je. Jadi boleh jadi baiklah. Sarah cakap macam tu kira macam Payed ni jahat pula.
Afiq dua, Payed satu.
Aku nak tanya pendapat mama. Tapi mesti mama cakap Payed. Mama kan minat Payed.
Afiq dua, Payed dua.
Tapi aku gagahkan jugalah nak cakap dekat mama pasal proposal tu. Two men in a week. Lepas dengar masalah aku mama pun senyum. Macam senyum bangga cegitu. Aku rasalah.
"Banyak spare part rupanya anak mama ni." Mama cakap macam tu sambil tepuk-tepuk belakang aku.
Terus terbeliak mata aku. Nasib baik aku tak minum lagi air depan aku ni kalau tak aku rasa tersembur dah.
"Banyak spare part rupanya anak mama ni." Mama cakap macam tu sambil tepuk-tepuk belakang aku.
Terus terbeliak mata aku. Nasib baik aku tak minum lagi air depan aku ni kalau tak aku rasa tersembur dah.
"Lepas tu mama rasa Kak Long kena pilih yang mana?" Aku tikam fishball dalam pinggan lepas tu masuk mulut.
"Siapa yang nak kawin dekat sini? Mama ke Kak Long?" Mama dah bercekak pinggang lepas tu keluarkan air sejuk dari peti ais.
"Entah." Aku jawab macam tu, lepas tu sambung makan mee goreng lagi.
"Buat la istikharah."
"Hari tu bukan ke mama yang bersungguh nak suruh Kak Long kawin dengan Payed?" Aku dah garu pelipis kanan.
"Kak Long nak ambik buat laki seumur hidup ni. Takkan nak pakai tangkap muat pulak." Mama cekak pinggang lagi.
Ye tak ye.
Nanti aku buat istikharah lagi.
AKU tengah layan Hot FM sambil sarapan masa Hannan tarik kerusi depan aku dan duduk. Gaya macam nak mintak benda.
"Kak Syirin, Hannan nak cakap benda ni." Hannan nampak macam serba salah. Kejap-kejap betulkan tudung, kejap-kejap betulkan duduk.
"Cakaplah." Terus aku tenung anak mata dia yang warna hazel tu. Cantik betul.
"Han.. Hannan nak kawin."
Aku tak terkejut pun.
Ok tipu. Aku terkejut lah juga... sikit.
Budak ni kalau tak silap aku baru masuk tahun dua jurusan perubatan dekat Universiti Al Azhar, Kaherah, Mesir.
Ah ya. Budak Mesir selalunya kawin awal. Lol. "Oh ya? Tahniah. Bila tu?" Milo suam diteguk sedikit.
"In three weeks from now." Hannan hulur kad kawin, dengan berat hati. Dah kenapa? Sepatutnya gembira bersuka ria la kan?
"Do you have something to share with me by the way?"
"Hannan tak nak kawin sebenarnya. Ni semua umi dan abi yang suruh." Keluhan dilepaskan.
Kenapa ramai sangat orang kena kawin paksa ni, lately?
AKU text Afiq tadi cakap nak jumpa dekat kafe tepi office dia hari ni. I'm going to make a big move today.
"So what is it, Syirin?" Afiq senyum sambil sedut fresh orange dalam gelas.
Aku keluarkan cincin yang Afiq bagi hari tu dan letak atas meja sambil senyum. Senyum sahaja.
"And?"
"This ring..."
"I don't think that..." Cis. Gaya macam cool sangatlah cakap gantung-gantung macam ni?
"I should not take it."
Eh? Aku rasa ayat aku dah salah. Tu la, gaya macam tengah shoot drama.
Muka dia nampak sedih sikit. Eh?
"Tak tak. Maksud saya, I'll accept this. I'll take this ring." Cincin yang ada atas meja tu aku ambil cepat dan sarung dekat jari.
Afiq senyum balik sampai nampak lesung pipit. "Thanks a lot."
Sekarang, macam mana aku nak reka ayat nak cakap dekat Farid?
0417.050113. 0256. 290313.