AFIQ merenung jauh kedalam tasik. Tangannya diletakkan diatas paha dan badannya ditundukkan sedikit. Huhhh... Kalau kayak masa ni pun, okey jugak ni.
Nafasnya masih lagi tercungap-cungap. Lelah berjoging tadi masih belum hilang. Selalunya dia ada Taufiq untuk teman. Tak pun, Hafiz. Tapi, tak tau lah kenapa hari ni semuanya aci buat pakatan tak nak turun padang joging dengan dia. Amalan tak sihat betul. Tiba-tiba, sekeping kertas terbang jatuh tepat dihadapan kasut sneakers nya.
Eh? Tangannya panjang mengutip kertas tersebut. Belum sempat dibuka, dia ditegur.
"Err... Encik." Kedengaran teragak-agak suara itu menegur. Afiq mengangkat kepala.
Terkejut dengan apa yang dilihatnya, dia spontan bangun dari duduk. "Basyar." Rendah suaranya menuturkan sepotong nama yang masih terlekat di fikiran.
BASYAR menghirup sedikit milo panasnya. Agak kekok sebenarnya. Jumpa dengan orang yang kita tak sangka. Tambah-tambah lagi kalau orang tu crush kita dulu. Ha. Macam mana tu? Itulah. Yang kau pandai-pandai terima pelawa dia ni apekehei nya?
"You still look like the old Basyar. Same headband. Same fashion." Dari tadi lagi sebenarnya dia duk usha cara pemakaian Basyar.
O o. Dia dah mula bersuara! Relax Basyar, relax!
Tuan badan dihadapan masih senyap. "With the same heart that will never change. The heart that I will never ever can possess it." Afiq sambung lagi.
Okey. Dia dah mula ungkit hal lepas.
"Ada lagi ke peluang tu untuk I, Basyar?"
Air dihirup lagi sebelum bercakap. "Nampaknya I dah bagi you banyak peluang untuk bercakap kan?" Matanya tepat merenung sepasang mata dihadapan. Sepasang mata yang masih diingat sehingga kini.
"Aaa...ingat tak nak bercakap tadi. Kot la ada rantai emas dalam mulut tu sampai sayang sangat nak bukak mulut tu, kan?" Oh. Nak main lawan mata? Okey. We'll see.
"Enough is enough, Afiq. Past is past. Kenapa you still lagi nak ingat benda yang lepas? Even I pun dah tak kisah apa pun."
"This is what we call loyalty."
"Heh. Go damn with your loyalty la, Afiq." Rendah suaranya.
Afiq terdiam. I am so wrong. This Basyar is totally different. What makes you change, dear?
Basyar menundukkan kepalanya sedikit. Tangan kemas memegang cawan dihadapan. Walaupun cawan itu panas dek haba air milonya, panas itu ditahan. "FYI Encik Afiq, I'm getting married and of course I want to forget all of this. I hope you won't appear in my life any more."
Diam lagi. Afiq! Wake up! Don't look stupid in front of her. Afiq membetul-betulkan rambutnya dengan jari. "You got me wrong, Basyar. You got me wrong. Do you think I'm still waiting for you? Boleh dikatakan bodoh la kalau I tunggu you selama ni. It's been 3 years, Basyar. 3 years. I'm not that stupid to waste my time, waiting for you that not sure will come back or not. Am I right, Miss?" Tajam kata-katanya. Heh. Ingat kau bagus sangat ke sampai aku nak sanjung? Tapi, Afiq... Dear? What's all that, man?
Basyar diam di kerusinya. Dia tersenyum sinis. "Good for yourself, then." Dia menghirup sisa airnya. Bersedia untuk beredar. Tapi, belum sempat dia berbuat demikian, lelaki dihadapannya terlebih dahulu bangun.
Afiq menghulurkan not RM 10. "Please pay for this and keep the change. I've got things to do." Afiq berpaling ke belakang. Belum sempat dia membuka langkah, dia berpaling semula. "And by the way, Miss. Thanks for accepting my treat." Dia berpaling semula dan meneruskan langkah ke keretanya. Let go, Afiq. Let go.
Badan yang tadinya tegak, terus jatuh. Dia tersenyum hambar melihatkan duit yang ditinggalkan oleh tuannya tadi. Basyar melangkah ke kaunter. "Meja nombor 15 ye, cik."
Cashier itu tersenyum. "Semuanya RM 5.50, cik." Basyar menghulurkan duit tadi. Cashier itu membuka mesin untuk mengambil baki.
"Cik. Just keep the change." Basyar tersenyum dan berlalu pergi.
"YOU look good in blue." Yes. She is the reason why I like to wear blue, actually.
Aaahh!!! Afiq bangun dari perbaringan. Why things have to turn out like this when I've found someone who will perfectly match with me?
Basyar. Manusia yang pernah jadi orang istimewa bagi dia dulu. Nama dan sifat peribadi yang menarik. Lembut percakapannya. Sama lah jugak dengan tingkah laku dia. Kalau buat isteri, memang tak nak keluar rumah rasanya. Tapi sayang. She's free hair. Kalau pakai headband atas kepala boleh nampak sweet, mestilah kalau pakai tudung super duper lagi kan?
Sebenarnya, Basyar ni anak kepada kenalan ayah dia. Dia kenal waktu keluarga Basyar datang dinner kat rumah. Tak sangka lah pulak dia dengan Basyar ni sama umur, sama course dan parah lagi, sama universiti! Jadi, waktu dia dan Basyar belajar tahun terakhir di universiti, dia beranikan diri untuk confess kat Basyar. Sebab keberanian dia, ini yang Basyar balas kat dia.
"I'm so sorry. I anggap you macam kawan. Lagipun, my parents dah ada future planning untuk I, Afiq."
Sekali kena ayat tu, fuhh!! Rasa macam nak terjun lombong. Nak cakap tak ada rasa malu, memang tipu la kan?
Ye. Memang dia dah tau. Memang dia dah boleh agak jawapan Basyar macam tu. Bukan dia tak dapat baca dari segi Basyar layan dia sepanjang diorang jadi kawan. Ha dah kau tau kenapa kau buat jugak macam yang lima tahun lepas tu?
Basyar is your past. Syirin is your future. Move on. That's the reality.
RIGHT! You're in big trouble! Patutnya, aku tolak aje Payed dulu. Bukannya aku tak pernah fikir sebelum ni yang aku dan dia HANYA boleh jadi kawan. Lagipun, kalau aku tolak Payed, dia ada lagi yang berderet tunggu. Fei pun tengah tunggu dia, kan?
Aku memang dah tak senang duduk sekarang.
"Kau nak makan apa? Aku belanja. Just order." Payed terus bertanya selepas duduk. Dia tersengih, buat muka tak bersalah. Okey tak jadi. Muka dia ada je riak bersalah tu. Mana tak nya! Dia lewat 20 minit! Tapi disebabkan keresahan yang menggunung tinggi dalam hati ni, aku tak jadi nak marah langsung kat Payed yang dah buat aku bazirkan masa aku 20 minit.
Aku jatuhkan pandangan ke tangan dia yang sedang memegang handphone dan wallet. Sebenarnya, dia ni baru sampai lepas dia suruh aku datang sini, jumpa dia.
"Aku...actually..." Aku berkira-kira nak straight to the point dah ni. Padahal, dia yang ajak aku jumpa. Tapi, gaya aku cakap macam aku yang ajak dia jumpa aku. Aku tarik nafas panjang-panjang. Payed angkat kening. "Actually, Lala's at the counter. Aku dah suruh dia beli makanan dulu. Kau selalunya makan Zinger Burger kan?"
Payed mengangguk.
"Ha. Aku dah pesan untuk kau sekali."
"Lah. Kira kau la ni belanja?" Payed mengangkat tangan keatas kepala, membetulkan rambutnya.
Oh mai. Aku terus tengok kaunter, tempat Lala berdiri. Lambat macam kura-kura la pulak budak ni! "Ala. Bukan selalu. Lagipun tadi, budak Lala tu yang lapar sangat. Baru balik sekolah kan. Biasanya budak tu terus mengadap nasi." Okey. Dah mula rasa okey sikit. See? Aku dengan dia ni memang layak jadi kawan je. Kan cool je ni aku cakap dengan dia.
"Kalau kau nak tau kau suka dia atau tak, bila kau duduk dengan dia tu, kau rasa berdebar je. Tak kira la benda apa pun yang dia buat."
Tiba-tiba aku teringatkan apa yang Han cakap. Dia ni memang. Ayat cheesy bagi je kat dia, memang tak boleh guna dalam karangan SPM terus! Tapi, nak hantar manuskrip untuk alaf 21, mungkin orang layan jugak. Sudah-sudah! Syirin, kau jangan fikir dah ayat tu! Disaster! Disaster!
"These are your orders, Encik dan Cik." Lala dah ambil tempat sebelah aku. "Abang Payed baru sampai eh?"
Payed mengangguk, sambil mencapai burgernya.
"Jalan jam ke? Ke baru nak buat jalan? Lewat ke main sampainya." Lala suap fries masuk ke mulut. Budak ni la. Bebel macam taraf mak cik-mak cik dah.
"Baru ukur jalan tadi. Nak tabur batu dulu. Baru boleh lalu." Mamat ni pun la. Boleh pulak dia layan adik aku ni? Aku tiba-tiba jadi hairan dengan tahap IQ dia ni. Tapi, dia graduate overseas. "Alah 20 minit je. Lagipun, kakak awak ni tak marah pun. Senyap je tadi." Payed sambung lagi.
"Itulah. Pelik kan? Biasanya Kak Long ni ada je idea nak membebel. Tapi..." Lala berpaling menghadap kakaknya. "What's wrong with you, sister?" Fries disuap lagi.
"Lala. I have something to discuss with this guy. Can you excuse us for a moment?"
Lala memegang kemas burgernya. Sedia nak bangun. "Of course. I'll sit there." Lala menunjukkan kearah satu tempat. Aku angguk je. Aku hantar Lala dengan mata. Now my task has started!
"Okey. Kau nak cakap apa sebenarnya sampai kena jumpa segala?"
Payed angkat kening. Aku dah mula berdebar. "I'm going to fly to Europe."
Aku terkejut. "For what?"
"Visiting my bro. Dia kan dah final year kat sana. Aku tak pergi lagi. Mana boleh aku lepaskan peluang macam tu aje."
"Oh."
"Ada lagi."
Aku angkat kening. Tapi tak angkat muka sebab mata memang dah terpaku kat pocket twister dah. "Apa dia?"
Diam sekejap. Payed suap burger dia. "About us."
Ayat penyata yang hampir buat aku rasa nak tercekik. "Kenapa...dengan kita?" Kau ni Syirin! Tak pandai langsung nak buat ayat. Padanlah yang hal kau dengan Afiq hari tu, kau punya ayat entah apa-apa!
Payed diam. Agaknya, dia nak aku faham sendiri kot. Aku gumpal kertas balut pocket twister tadi dan diletakkan diatas dulang KFC.
"I have something to say about us too." Satu step je lagi. Come on. "About the proposal..." Payed angkat kening lagi. Dia macam nak senyum sikit. "I'm sorry but I don't think I can Payed." Lepas je aku cakap macam tu, aku terus hulur bekas cincin yang dia bagi.
Payed? Senyuman yang aku tengok macam nak terbentuk tadi terus hilang. Terkejut. Payed tarik kotak cincin tu dekat dengan dia. "Tak sangka aku kena reject dengan kawan aku sendiri." Dia tersenyum hambar. "No. Sepatutnya, aku dah boleh agak benda ni, kan? Nak ke kau kawin dengan kawan kau sendiri. Betul tak?" Payed angkat muka tengok aku.
Aku terkejut tengok muka dia. Mata dia? Suara dia? Macam...sedih?
"Payed. It's not like that. Bukan aku...yang..." Ergghh!! "You'll find someone better than me, man. Bukan kau yang tak layak untuk aku. Tapi aku." Macam mana aku nak bagi dia hint pasal Fei minat dia ni?
Payed tersenyum pahit. "You don't have to comfort my heart. Dulu, time aku kat U, aku yang reject orang. Sekarang ni, orang yang aku betul-betul sayang pulak reject aku. Mesti kau dah ada someone special kan? Tell me, who is he?"
"I'm sorry." Dah tak tau nak cakap apa.
"Never mind. Tu, Lala dah siap makan tu. Jom la balik. Lagipun, aku nak packing lagi ni. Lusa, nak pergi sana dah." Payed bangun dari kerusinya. Kotak cincin disimpan kedalam poket seluar. Lala dah datang kat meja ni. Jadi, aku pun ikut bangun.
"Kenyang?" Payed tanya sepatah kat Lala.
"Mestilah. Dah orang belanja kan. Haruslah kenyang. Nak balik dah ehh? Jom." Lala pegang lengan aku. Aku kontrol riak muka. Payed senyum segaris.
"Lala, pergi kat kereta dulu." Aku hulur kunci kereta. Lala sambut tanpa banyak cakap.
"You'll be okay, right?" Pergghh ayat kau! Gaya macam Payed ni berharap kat kau sorang je kan, Syirin kan?
"Aku? You know me kan? Lama-lama elok la tu. Tapi tipu la kalau aku cakap aku tak terkilan langsung. Just need time."
Ayat yang buat aku rasa bersalah gila. Aku sengih bersalah. Rasa macam nak menangis pulak.
Tiba-tiba handphone Payed berbunyi. "Aku balik dulu. Mak aku mesej suruh balik awal. Assalamualaikum." Payed terus pergi.
Dia tak berpaling pun. Aku tak sempat nak tanya flight dia. Tak sempat nak tanya dia naik kat mana. Aeroplane mana.
He just need time, Syirin. Time. So let him be.
SKRIN handphone disentuh. Telinga tetap mendengar bebelan adiknya, Iris.
"You met her abang?"
"Iye. Berapa kali orang nak cakap? Nak main sudoku pun tak senang."
"Abang, can't you just forget her? Kenapa yang cerdik sangat nak ajak dia minum sekali? Revise the past, huh?"
"Iris. Abang pun manusia biasa. Yang pernah suka kan orang. Abang ada perasaan la." Mendatar.
"Memang la. Tak ada la pulak Iris cakap abang ni orang utan. Tapi, apa perasaan Kak Syirin kalau dia tau semua ni?"
"Tak payah la bagi tau dia. The end."
"Senang kan abang cakap?"
"Memang la senang. Macam yang Iris cakap, can't I just forget her? I'm trying. So, don't mention her. Anything about her."
"Eh. Ha'a kan. Cerdik la pulak rasa. Ha tak pa lah. Orang naik dulu. Homework segelen ni." Iris melangkah ke tangga.
HARI ni hantar Payed kat airport. Nasib mamat tu nak jugak balas mesej aku bila aku tanya pasal flight dia. Aku tak berani la nak call dia. Keberanian aku automatik jadi senipis kulit bawang when it comes to him.
Aku tengok tanpa perasaan Payed yang sedang memeluk ahli keluarganya. Oh. Lupa pulak nak cakap. Fei pun ada. Aku yang ajak dia. Ye lah. Dia kan dah confess kat aku yang dia jatuh suka kat Payed. Jadi, aku rasa tak patutlah kalau aku hantar Payed tak ajak dia. Nanti, dia pesimis pulak. Wah kau! Matchmaker bertauliah sekarang ye!
Payed berjalan kearah aku dan Fei.
"Fei." Dia tengok Fei. Kenapa aku rasa macam ada something yang aku tak tau ni? "About your words last night..." Words? Last night? Diorang ada apa ni? Aku dah rasa macam orang tak berapa nak ceredek sekarang ni. "Just wait for my proposal." Pro-what??!!
Aku terkejut tengok Payed. Fei macam dah tak tau nak buat muka macam mana. Macam happy gila! Logik la kan? Dah orang yang dia suka.
Tapi, hal aku dengan dia dua hari lepas. Dan sekarang...? Ni la kut masa yang dia cakap tu. Optimis. Optimis.
Payed kalih tengok aku. Dia tersenyum. Tapi, kenapa aku rasa dia sinis sangat?
"Aku pergi dulu. Nanti aku call kalau aku dah sampai sana, insya-allah." Aku dan Fei mengangguk.
"Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam."
Payed berpaling menuju ke balai pelepasan.
Aku tengok semula Fei disebelah. Kemudian tengok badan Payed yang membelakangkan kitorang.
Tak rasa benda ni cepat sangat ke? Payed, what is your game? Aku kenal kau la.
"SO? Anything to say?"
"Last night, I confessed to him about my feelings. But I don't expect I'll get the answer this sooner. Well, sooner is better."
"Confess?!"
Fei mengangguk. Tiba-tiba aku rasa tak sedap hati.