Wednesday, 5 June 2013

cerita kita 19 - anischan xoxo


"LALAAAA." Aku jalan menjengket sebelum jerit macam tu dekat telinga Lala. Sungguhlah tak ada motif aku ni.

"Nak apa?"

"Free tak?"


"Free la kot. Homework dah siap dah tadi. Nak ajak pergi mana ni?" 

"Kenduri."

"Kenduri?!" Dah agak dah tak nak pergi. Budak-budak zaman sekarang kan, heh.

"Nak pergi ke tak ni?" Aku dah bercekak pinggang depan dia lepas tu tengok-tengok jam dekat tangan kanan, buat gaya macam dah lambat.

"Ha, bolehlah." Lala dah bangun dan naik ke bilik untuk bersiap-siap.

"7 minit je tau!" 

"Ya la Kak Long!"


AKU dan Lala jalan masuk pagar rumah Hannan yang besar gedabak ni dengan rahang dah 34 saat jatuh ke bawah. Mak aii, keturunan Sultan Brunei ke dia ni?

Baru je berapa langkah jalan, Ain adik Hannan dah sambut aku. "Kak Syirin. Jemput masuk. Kakak ada dekat dalam." Aku senyum lepas tu masuk dalam rumah nak cari pengantin.

Bagus juga keluarga Hannan ni buat kenduri hari Jumaat. Tak adalah nak bersesak-sesak dengan orang lelaki masa nak ambik nasi. Masa ni pun orang lelaki tengah solat lagi. Tapi sebab budak Lala ni ambik masa 10 minit nak pakai baju saja, nampaknya kena bersesak-sesak dengan orang lelaki juga la ni.

"Kak Syirin!" Hannan macam suka gila dapat jumpa aku. Tak tau la kenapa. Cantik lah Hannan hari ni. Eceh, memanglah. Dah nama pun pengantin.

Aku salam dia lepas tu peluk. "Alaaa. Hannan kenapa kawin dulu pada akak. Malu la cemni. Anak dara tak laku." Bajet macam tak ada orang masuk meminang lagi. 

Hannan gelak je aku kata macam tu. "Aimi dengan Basyirah dah datang?"

"Belum lagi. Kata on the way. Tapi tak sampai-sampai." 

Baru aku nak borak panjang-panjang, mak Hannan dah datang dekat Hannan. Aku suspek tu mak dialah sebab muka fotostat je dengan Hannan. "Dhu tak solat lagi kan. Pergi solat cepat sebelum lagi ramai orang datang." Aku cepat-cepat salam dengan mak dia.

"Ni Kak Syirin, umi. Dhu punya bos." Aku senyum dekat mak dia. "Oh, dah makan? Pergi makan cepat ye. Nanti ramai orang susah pula nak makan." Lepas tu mak dia dah pergi ke luar rumah.

"La, kenapa tak cakap panggil Dhu. Kalau tak akak panggil Dhu juga." Ye lah. Nama budak ni best lah juga sebab ada keturunan arab. Dhu Al Hannan binti Abdul Rahman Khudri. Kelas tak nama?

"Buat beza la family dengan kawan-kawan. Hannan nak pergi solat dulu la. Akak pergi makan la dulu eh." Terus dia panjat tangga dan hilang macam tu je.

Dah budak Lala ni hilang pergi mana?

Aku seluk handbag nak cari phone. Tak boleh cemni. Aku ajak dia datang sini nak suruh teman aku makanlah. Aku tak suka makan sorang-sorang dekat kenduri dengan pengantinnya tak ada nak layan aku. Nampak macam tetamu tak diundang pula.

"Heloo cik kak. Kat mana ni?"

"Kat taman ni. Keluarlah." Aku pun keluar nak cari Lala. Tengok dia tengah makan dekat kerusi batu dengan seorang budak perempuan sebaya dia. Aku tak boleh nak tengok muka dia sebab dia membelakangi aku. 

Aku pergi dekat lagi lepas tu aku perasan macam kukenal budak ni. "Iris?!" Terjerit jap aku kat situ. Apekehalnya nak kena jumpa Iris kat sini?!

Iris pun macam terkejut je sebab aku tak pasal-pasal jerit dekat dia tadi, tapi dia salam jugalah dengan aku. Bakal kakak iparlah katakan.

"Iris buat apa kat sini?" Aku terus duduk depan Iris sambil kening berkerut dan tangan aku dah capai air oren Lala tanpa minta izin dia.

"Pengantin ni sepupu Iris la kak." Dia senyum. La, apasal nak kena jadi sepupu dia pula ni? Kenapa aku tak puas hati pun aku tak tau.

"Tak ada iras pun muka."

"Sepupu wajib kena iras muka ke?" Lala tengok aku pelik.

"Tak kisah la. Sebelah mak cik ke sebelah pak cik?" Sekarang ni mak cik pak cik la dulu sebab tak kawin lagi kan. Kot kot lah tak jadi kawin. Haa, ada jugalah aku fikir macam tu.

"Sebelah ibu." Aku angguk.

"Eh, Lala pun ada juga?" Ada suara dari belakang. Suara yang aku kenal. Aku berpaling lepas tu nampak Afiq. Oh patutlah.

"Hai." Dia senyum. Aku senyum balik lepastu cepat-cepat berpaling tengok Iris balik. Rasa malu tiba-tiba sebab dah dekat dua minggu jugalah tak jumpa dia. Motif tak jumpa tu sebab Sebulan lepas dia dah masuk meminanglah. Kedua sebab dia busy kerja.

"Dah makan?" Dia tanya aku. Iris dan Lala ni sengal juga. Nampak je Afiq terus pindah meja. Macam bagi canlah, konon.

"Belum."

"Makan dengan sayalah." DIa terus pergi ambil makanan tanpa sempat aku nak bantah apa-apa. Redha je lah.

Dua minit lepas tu dia datang balik dengan tangan kiri kanan pegang pinggan. Satu dia letak depan aku, satu lagi dia punya. "Mak aii. Banyaknya lauk. Kenapa nak kena paksa saya makan banyak-banyak pula ni?" Aku marah dia tanda tak puas hati. Habis segala lauk yang ada dia ambik. Aku dahla tengah diet. Kan nak kawin!

"Makan je lah." Dia baca doa makan lepas tu mula makan.

"Awak ni merosakkan plan diet saya je." Tengah-tengah membebel tu makan juga. Hari ni je, aku janji dalam hati.

"Tak nak bagi saya je la."

"Awak ni kena diet juga."

"Kenapa pula?" Dia tengok aku sambil suap nasi dalam mulut. "Kan dah nak kawin. Kenalah jaga body." 

Dia senyum sebelum cakap, "Bila dah tarikh tu?" Aku tengok dia macam tak percaya. Nak merajuklah cemni. Tarikh kawin pun tak ingat. Tapi aku gagahkan jugalah cakap. "Lagi empat minggu." Empat minggu tu sama macam sebulan lah kan? Apasal aku tak cakap sebulan aje tadi?

"Yeay."

"Kenapa?"

"Kita dah nak kawinlah. Sebulan tu kejap je lah sayang." Lepas dia kata macam tu baru aku perasan. Ye lah! Kejap je lagi.

Lepas tu ada budak tolong hantar air dekat meja aku tengah makan. "Dating ke bang?" Dia tanya Afiq lepas tu senyum dekat aku. Afiq angkat kening double jerk lepas tu budak tu ketawa.

Alamak, aku dah nak kawinlah.


"KAK Long, bangunlah. Hari ni kan nak kena buat banyak kerja." Mama kejut aku tidur. Ye lah, sehari dua ni penat tahu. Dah tu semua benda nak buat last minute!

"Ye ye mama. Kak Long bangun ni." Aku bangun lipat selimut, betulkan cadar lepas tu mandi dan solat subuh. Minggu ni bakery tu tak buka. Semua budak tu pun aku bagi gaji free untuk minggu ni. Kadang-kadang sedekah jariah tu perlu juga.

Mula-mula nak kena basuh baju. Lepas tu nak kena siram bunga. Lepas tu sapu halaman rumah. Lepas tu nak kena siapkan goodies bag. Lepas tu nak kena pergi ambil baju dekat kedai. Tapi sebelum buat semua tu sarapan jangan lupa pula.

Lepas dua jam buat kerja dengan mama, Lala dan Kak Jaja tolong, siaplah juga. Tengah aku berehat depan tv tengok Spongebob sambil minum air Milo celup biskut Hup Seng, phone aku bunyi.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam. Masa-masa macam ni baru nak call eh."

"Sori la Yiiiiin." Dia ni selalu macam ni. Mintak maaf selalu nama aku kena sebut panjang-panjang. "Ah tak kira. Belanja aku makan." Ada hati lagi nak makan banyak-banyak walaupun lusa dah nak kawin.

"Ha okay. Tapi aku call ni nak belanja kau pergi spa. Nak tak nak tak? Nak la eh. Sarah pun ikut sekali."

"Rujhan tak ikut?"


"Dia ada hallah."

"Okaylah. Set. Bila?" Aku habiskan air dalam mug lepas tu turn off tv. Nak kena mandi lagi sekali lah. Badan melekit tak hengat.

"Sekarang." Han cakap macam tu lepas tu dia gelak. "Sekarang?!" Aku dah terjerit dekat situ. Kenapalah dia ni suka buat aku menderita macam ni selalu.

"Ye lah sekarang. Aku datang ambil kau."

"Bagi aku masa 5 minit nak siap." Terus aku letak phone dan lari masuk bilik air. Haruslah mandi dengan segera. Han tu bawa kereta macam pelesit. Kata 5 minit lagi nak sampai tapi 1 minit setengah lepas tu dia sampai. Auta banyak.

Masa aku tengah siap-siap dalam bilik aku dengar ada bunyi hon kereta kat bawah 3 kali. Tu tandanya Han dah sampai. Kalau hon macam tu Hanlah. Semua orang dekat taman perumahan ni dah tau.

"Kak Long nak pergi mana?" Mama tanya aku masa aku tengah sarung kasut. "Han nak belanja pergi spa." 

"Ha baguslah tu. Pergi sental daki tu. Daki dah 3 inci dah mama rasa."

"Ok ma, Kak Long pergi dulu. Assalamualaikum." Aku terus jalan keluar nak masuk dalam kereta. Tiba-tiba aku nampak Payed datang ke arah aku dengan naik motor.

"Yin! Jap." Aku pergi dekat dia. "Ni." Dia bagi aku empat keping sampul surat. "Tolong bagi dekat semua eh. Aku kena gerak dulu ni." Terus dia pecut motor dia laju-laju.

Aku masuk kereta dan bagi Han sampul surat yang Payed bagi aku tadi. Ada nama Han atas tu. Macam pelik je sampul surat ni. Sampul surat wangi.

Da da da da. Skip je lah baca yang atas tu. Sekarang ni nak tengok nama pengantin je.


Muhamad Farid bin Dato' Muhamad Faris
dengan pasangan pilihan hatinya
Dalili Safiyyah binti Dato' Adam

Biar betul?



ps;
i) sori sebab saya pemalas
ii) sori sebab saya pemalas
iii) sori sebab saya pemalas
iv) sori sebab saya ada banyak kerja sekarang tapi saya tak buat pun kerja tu. i prefer to do dum things more. heh  
v) sori sebab pendek dan tak best. nak habiskan benda ni cepat-cepat tapi ada orang tu kata tinggal je gantung tak bertali macam tu. tapi saya baiklah sikit. bajet.