Friday, 13 September 2013

Hijau Lumut dan Biru Laut 2


HARI tu.. Hari yang hujan lepas dia habis kelas Biologi yang dia berlari-lari anak masuk dalam kereta. Mama terus tanya dia, "Macam mana kelas? Okey? Sedap?"

Aku ukir senyum sambil tangan sibuk nak menutup payung yang basah. Along drive hari ni. "Okey. Kalau exam sekali lagi nanti, bolehlah dapat separuh markah, Ma."

"Isy. Ada pulak. Orang tak nak separuh markah. Zaman sekarang ni Nabil.." Dah mula dah...

Aku jenguk ke luar tingkap. Lebat juga hujan kali ni.

"..berlambak orang nak kalau kita tak layak, Nabil." Lah. Tak habis lagi ke? Aku angguk je macam burung belatuk sebab tau Along tengah tengok ikut cermin belakang. Rimas lah.

"Ni dah kenapa jeling orang dari tadi ni?" Aku pukul bahu Along perlahan. Depan Mama, kena sopan sikit walhal Mama dah arif dengan perangai anak-anak dia. Mama menjeling ke sebelah.

"Saje." Yeah right, Along.

"Siapa tadi tu, Nabil." Mama keluar suara balik.

Aku menimbang jawapan dalam kepala. "Oh. Yang tu..anak Cikgu Serina."

"Yang tunggu nak masuk universiti tu ke?" Along bertanya sambil tangannya memperlahankan volume radio.

"Ha'ah." Kenal?

"Dia muda dua tahun dari Along kan, Ma?"

"Betullah tu. Baik benar budaknya tu." Oh ye? Patut nampak suci je muka.

"Anak Mama kat sebelah ni baik jugak."

"Bijak." Hmm.. Padanlah dengan muka yang nampak suci tu. Eh?

"Sama lah dengan yang sebelah ni."

"Ada rupa." Tidak dinafikan.

"Sama lagi. Heh. Ma, your sons can't be defeated."

"Ye lah. Anak Mama semua baik. Kan?"

Aku juling mata ke atas. "Yeah right." Perlahan suara menuturkan.

"Are you trying to defend him, sis?"

"You're talking nonsense, big bro and I'm talking about the fact."

Itu cerita yang hari tu. Telinga dah dipekakkan dengan MP4 di tangan. Fikiran dah ke lain. Really? I've falled for him? At the first sight? Nonsense. Astaghfirullahalazim. Tak baik betul otak aku ni. Bad brain! Bad brain! Padan lah biologi tak pernah dapat A. Banyak fikir benda lain rupanya. Tapi sungguh la. Bila fikir balik, lelaki ni ada aura yang namanya.. bila-dia-senyum-mesti-buat-orang-jatuh-hati-sebab-that-killer-smile. Ha, lebih kurang macam tu. Padanlah dia tak senyum sangat. Mungkin dia dah tau dia ada sindrom ni kut. Haha. Masa dia bercakap dengan aku pun, senyum 3 saat je.

Sudah! Sudah! Baik aku buat esei BI yang cikgu nak kutip tu. Kalau tak, mampus aku kena marah dengan Cikgu Ros tu. Headphone dilurutkan ke leher. MP4 dimasukkan kedalam poket seluar dan dia bangun dari duduk menuju ke rak buku. I want to be like him. At the same level like him. Like my two brothers. I can do this! Yes!

The rest is over. Next year is your nightmare. And please, realization, come to me. Help me.



IS this my fate? Tangannya melarikan pensel di atas kertas kajang untuk menulis ayat yang terakhir. Fuhh. Lenguh kejap, tulis tak berhenti. Pensel dilepaskan sejurus tangannya meletakkan satu titik noktah pada pengakhiran ayat. Tangan dibawa ke belakang leher, mengurut tengkuk. Aku bangun dari duduk dan meluruskan urat-urat badan. Mata mengerling jam dinding di dalam bilik. It's been 1 hour 45 minutes to do a continuous writing, huh? Teruk ni. Kena practise lagi.

Tekak yang terasa haus membuatkan tiba-tiba rasa nak turun ke dapur. Pintu bilik dibuka dan kaki menuruni tangga. Aku bawa tangan kiri ke tangan kanan untuk mengurut tangan yang masih terasa lenguh. Why am I so suffering, meh? Apabila sampai di dapur, gelas yang tersusun elok diambil dan diisi dengan air putih, menuruni kerongkong. God, heaven!

Ting tong.

Someone's coming home? Nawal dah habis kelas ke? Hmm..

Aku menjengukkan kepala ke ruang tamu. Mencari manusia kut-kut ada yang nak tolong bukak pintu untuk Nawal tu.

Kosong. Nil. Zero.

Aku mengeluh. Aku jugak la ni? Malas nyaaaa.. Aku berjalan ke pintu utama dengan perasaan malas. Langsir pada tingkap di sebelah pintu utama itu diselak terlebih dahulu. Nak memastikan itu betul-betul Nawal. Kalau orang lain, naya aku. Dah la tingkat bawah ni kosong.

Ssup! Langsir ditutup dengan cepat. Jantung dah terasa nak melompat keluar. Heartbeat rate tak payah tanya berapa. Crap! He's looking at me. HE. Again. HE! That means it's not Nawaaalll!!! Rambut yang berjuntai di dahi yang terasa serabut diselak ke tepi. Hisy. Wait! I'm... Berdesup dia lari keatas, masuk bilik hendak mengambil benda. Penting.

I'm free hair when he saw me like this just now!!!



"ILHAM!" Puan Serina memanggil anak terunanya yang sedang menonton Kick Buttowski dihadapan televisyen sambil menghadap biskut weetameal. Cantik betul perangainya. Lepas balik solat, terus bukak televisyen. Tengok kartun pulak tu. Tak padan dengan 18 tahun.

"Ye ibu?" Ilham melangkah masuk ke dapur. "Ada apa?"

"Ni ha. Ibu ada buat tat nenas. Banyak pulak tu. Ingat nak bagi kat Mak Cik Hajar. Emak nya Nabil tu."

"Ooo...key." Masih tak dapat nak menangkap ke mana tujuan perbualan ibunya.

"Jadi, sekarang ni, ibu nak minta tolong kamu hantarkan kat rumah diorang. Boleh?"

Oh. "Boleh. Sekarang ke?"

"Dah habis ke cerita kamu tu?"

"Boleh tengok bila-bila, ibu. Sekarang ehh? Pergi dengan motor la ye?"

"Ikut kamu lah, Ilham. Kamu pergi la tukar seluar dulu. Takkan nak tunggang motor dengan kain pelikat. Biar ibu letak delam bekas elok sikit biskut ni." Puan Serina mencapai bekas Tupperware yang selalu digunankannya kalau nak memberi makanan kepada jiran-jiran. Alah, bekas plastik yang murah tu.

Teringat yang dia baru balik dari solat Asar tadi, Ilham merenung refleksi diri dalam cermin. Kopiah putih, T-shirt hitam dan kain pelikat biru muda. Memang tak lah aku nak pakai macam ni kalau tunggang motor. Agak-agak kalau aku pakai kopiah sebagai helmet, polis tahan tak? Jangan nak buat mengarut, Ilham. Ilham menuju ke biliknya.

Dia turun selepas 10 minit kemudian.

"Lamanya. Bukan ibu nak suruh pergi pinang anak dia pun sampai nak bersiap lama macam ni." Puan Serina menghulur plastik yang berisi tat kepada anaknya.

"Ilham masuk tandas tadi. Tu yang take time sikit tu." Ada pulak ibu bergurau benda macam ni. Tangan Ilham mencapai plastik yang dihulurkan ibunya. "Ilham pergi dulu. Assalamualaikum." Tangan ibu disalami.

"Waalaikumussalam. Hati-hati. Nanti sampai kan salam ibu sekali ye."

"Iye, insya allah." Dia menuju ke raga yang menempatkan segala jenis kunci di situ. Kunci motor dan wallet dicapai. Wallet dimasukkan ke dalam poket seluar. Helmet di atas rak kasut dicapai dan kaki menyarung selipar Batanya. "Bye, ibu." Motor dihidupkan. Bismillahirrahmanirrahim.

20 minit kemudian dia sampai. Laju dia mematikan enjin motor dan helmet dibuang dari kepala. Ilham menuju ke pintu utama rumah tersebut dan menekan loceng yang tersedia di sebelah pintu. Takkan tak de orang kut. Bagi salam ke tak? Bagi salam ke tak?

Dalam dia menimbang-nimbang tiba-tiba dia terasa ada benda bergerak di sebelah pintu utama dari dalam. Refleks, dia memandang kearah itu.  Langsir. Diselak.

Secepat mana dia berpaling kearah langsir yang diselak itu tadi, secepat itu jugalah manusia yang berada di dalam itu menutup kembali langsir tersebut.

What was that? I thought I just saw...



PINTU utama dibuka sedikit. Dia berdehem seketika, ingin membetulkan suara. "Ye? Ada apa?" Mata memang dah terarah kepada pokok dandelion Mama. Malu! Dah la tadi muka serabai habis.

"Ni, nak bagi biskut. Cikgu buat. Nak bagi dekat Mak Cik Hajar. Mak Cik ada?"

"Tak ada."

"Tak pe lah. Nanti tolong bagi ye. Oh ye, cikgu kirim salam dekat Mak Cik." Ilham menghulurkan plastik yang berwarna merah itu.

Aku mengangguk sedikit. Plastik bertukar tangan. "Terima kasih."

"Sama-sama." Ilham berpatah balik menuju ke motorsikal.

Aku pula menunggu motor Ilham sampai hilang dari pandangan. Orang tua-tua cakap, kena tunggu sampai kenderaan tetamu pergi baru boleh tutup pintu. Dah hilang. Pintu ditutup dan dikunci. Aku memegang dada. Taubat! Aku tak buat dah lain kali!




Hijau Lumut dan Biru Laut 1


TADI masa di sekolah dah keluar keputusan peperiksaan pertengahan tahun. Sedih yang amat bila tengok kertas putih tu. Rasa nak keronyok lepas tu baling ke lombong. Tapi takkan sampai hati nak buat macam tu la kan. Sebab mama akan tanya hari-hari keputusan tu mula dari hari pertama habis exam.

Siapa tak lelah kan?

Sebab dia tak berapa nak faham kenapa la susah tahap petala kelapan belas dah subjek Biologi tu ha. Ujian pengesanan hari tu dapat cukup-cukup makan je. Dapat 40 peratus. Mama dah bagi warning, kalau lagi sekali dapat markah macam ni memang mama akan hantar masuk kelas intensif sampailah habis SPM tahun depan.

Terduduk dia di kerusi batu tepi koperasi sekolah disitu. Sambil beg digalas di belakang dan sambil kertas putih ditenung macam nak tembus.

I am totally dead meat.


ADA segumpal kertas yang masih bersih di bawah meja. Kaki mula menguis serta ditimang rendah. Nak buat gaya macam Zidane, tapi macam perasan lebih pula aku ni kan. Takpa lah, nanti bila balik nak pinjam bola angah. Bayang la bola tu macam Biologi. Sepak sampai lebam. Puas sikit hati aku yang membara ni.

"Nabil?"

Tersentak. Kepala didongakkan sedikit. Mata mula menyapa wajah bersih Cikgu Serina. "Jom ikut cikgu masuk kelas."

Minggu lepas, masa tangan masih terketar-ketar, masa jantung masih mengepam laju darah ke arteri-arteri yang sepatutnya seperti lajunya Hamilton bawa McLaren Mercedes masa zaman-zaman kegemilangannya dulu, tetap aku hulur juga kertas yang sehelai tu.

Mata bundar mama mula menjelajah isi kandungan kertas tersebut. Aku tau subjek mula-mula mama akan lihat ialah subjek Biologi. Ye lah, mama kan Guru Cemerlang subjek Biologi. Malu lah bila anak dia dapat D untuk subjek dia kan.

Aku tengok mama dah terkedu sambil tangan kiri dah menutup mulut. Aku tau mama sedih, tapi nak buat macam mana. Nak kata mama tak ada alternatif nak ajar aku, dah tiap-tiap minggu mama sental aku suruh buka buku Biologi tiap-tiap hari Rabu lepas isyak.

Dengan terkilannya mama, kena juga mama hantar aku ke kelas tuisyen Biologi Cikgu Serina ni. Mama kata untuk kebaikan aku juga. Aku iyakan saja. Tapi yang tak tahannya, bukan Biologi saja subjeknya. Biologi, Kimia, Fizik dan Matematik Tambahan! Pengsan sekejap aku dibuatnya lepas mama kata macam tu.

Dah, berhenti ingat cerita lama. Sekarang ni kaki aku dah menuju ke kelas. Berdebar-debar juga aku. Bukan apa, sebab aku ni bangsa yang tak reti nak cari kawan baru. Sejak darjah satu tu la aku hadapi susah senang dengan dua orang sahabat aku sekarang ni - Nas dan Put.

"Nabil boleh duduk dekat situ. Ni anak-anak cikgu. Amni dan abang dia, Ilham." Aku hadiahkan senyuman untuk dua-dua anak cikgu tu sambil kaki aku dah melangkah untuk duduk di tepi Amni.

Nak atau tak nak, aku kena buat kawan juga Amni ni atau tak aku takkan dapat faham apa-apa. Ye lah sebab aku dah banyak sangat dah ketinggalan. Tu la pasal, awal tahun dulu mama dah kata nak daftar aku masuk Klinik Biologi ni tapi aku tak berminat.

"Sila buka nota yang cikgu dah edarkan minggu lepas." 



HARI ni hujan. Hujan rahmat la kot. Rahmat yang Allah bagi sebab Cikgu Serina dah mula buat aku suka subjek Biologi. Kalau aku bagitau mama ni boleh jadi mama buat sujud syukur. Boleh jadi. Sebab mama cakap along dengan angah tak ada lah seteruk aku. Paling-paling tidak, markah Biologi diorang B. 

Dah lah. Tak mahu fikir lagi. Lagi fikir lagi banyak buat aku sesak nafas sorang-sorang. Tak pasal-pasal semput nanti siapa nak bertanggungjawab.

"Hai."

Ya Allah. Sumpah aku kata aku tak mau cakap dengan siapa-siapa pun masa ni. Nak nikmati hujan-hujan renyai dengan duduk berlunjur bawah gazebo ni ha.

Bila aku berpaling ke kanan, aku tengok anak lelaki cikgu Serina tu dah duduk bersila menghadap ke arah yang sama aku memandang.

O...k? Am I supposed to hi back... or what?

"Awak lupa ni." Ilham, atau siapa dah nama dia tadi? Ok you don't really give a damn or something right. Anak cikgu Serina tu hulur file aku - atau lebih tepat file Nawal sebenarnya sebab aku tak ada file lebih nak buat simpan nota-nota Biologi aku, yang warna merah jambu tu. Ya warna merah jambu. Aku tak selalu jambu mana dengan minat warna merah jambu sebab aku suka warna hijau ; hijau lumut. Aku selalu akan guna warna pink bila mana aku sedih atau mood tak terkawal. Jadi macam mana dengan kata-kata orang-orang putih tu yang kata 'in the blues'? Adakah ia turut bermakna seseorang itu akan beralih arah kepada warna biru apabila sedang menghadapi hari-hari sedih? Ya ke?

"Terima kasih." Aku tarik file tu letak di sisi sebelum aku sedar aku sedang duduk dalam keadaan kurang senonoh di tempat awam.

"Saya Ilham, Ahmad Ilham."

Mama selalu cakap, kalau orang tengah bercakap dengan kita, dengar dan fokus serta bagi perhatian. Lagi bagus kalau boleh bagi respond yang baik. "Saya Nabil, Nabil Aulia. Nice to meet you." Aku hadiahkan senyuman manis sambil merenung ke mata dia dua saat dan lebih. Ye lah. Ajnabi kot. Kalau rasa memang nak minta menanah telinga kena usrah dengan kakak naqibah buat la lagi tenung anak teruna orang lama-lama.

Aku senyum dalam hati. Dua saat dan lebih tu aku sempat imbas lelaki ni dengan baik, dan aku berpuas hati sebab bak kata orang-orang putih (lagi), first impression is important. Rambut kemas. Baju kemas. Muka jernih - beriman la sikit, mungkin. Dan aset paling penting dia - jambang sejemput yang menarik hati. 

"Nak tanya sikit boleh?" Tiba-tiba rasa nak tanya. Apasal aku tiba-tiba jadi talkative dengan stranger ni? Apasal?!

"Ya?" Dia senyum sedikit sambil masukkan kedua-dua tangan ke dalam poket jeans. Hujan dah semakin lebat.

"Awak dan Amni tu twins ke?"

Senyum lagi. "Everyone asked the same question. Tak ada lah. I'm older by two years. Saja masuk tuisyen ni sambil-sambil tunggu tawaran masuk universiti." Senyum.

Aku angguk sedikit tanda faham.

Kereta Perodua Kenari merah mama dah menyapa mata aku. Aku keluarkan payung kecil yang sentiasa menjadi peneman dimana aku berada. Mama juga selalu pesan bawa payung nak pergi mana-mana. Semua anak dia, dia nasihat yang sama. Aku dan Nawal ikut saja, tapi along dan angah tak. Diorang kata, diorang kan lelaki. Takkan nak bawa payung. Tak macho lah. Macho tak macho, hari tu balik pergi kedai basah kuyup sebab tak bawa payung, sedangkan hari memang dah gelap. Aku gelak kuat sebab bangun pagi esok hari along dah kena demam panas. 

"Saya balik dulu." Dia angguk.

Aku berjalan - atau lebih tepat berlari-lari anak ke arah kereta mama sambil senyum. Senyum di bibir, juga senyum dalam hati.

Mama, hari ni Nabil jatuh hati dengan Biologi dan anak teruna cikgu Biologi!