Tuesday, 29 November 2011

P/s I Love You 2



2

TOYOTA Prius Silver itu laju meluncur di atas jalan. Lagu-lagu rancak dengan senang hati di pasang bagi menghilangkan sunyi yang semakin parah.

Am mengetuk stereng mengikut rentak lagu yang rancak serta membingitkan telinga itu. Kepala turut bergerak. "Am."

"Yup?" Volume radio diturunkan sedikit. Kan sedap telinga di dengar!

"Tak baik tau awak buat macam tu tadi kat saya." Yasmin menunduk, bermain dengan sepuluh jari runcingnya.

"Eh? Really tak baik?" Senyuman nakal mula menghiasi wajah putih kemerahan itu.

Yasmin mengangguk perlahan. Lah, apasal parah sangat bunyinya ni? "Kalau macam ni?" Tangan mulus  milik Yasmin dicapai. Lalu dikucup dan diramas perlahan. " I love you." Tiga kata itu disebut, masih menumpukan kepada pemanduan.

Erk. Aku rasa dah dua minggu aku tak cuci lubang telinga. Teruk bebenornya tersumbat! Ya Allah. Mintak-mintaklah aku salah dengar tadi. 

"Oh ya. Min, minggu depan kita pindah masuk rumah baru, okay? Rumah tu rumah saya dulu. Minggu lepas Mama dah pergi cucikan. Kita pindah, okay?" Am masih menggenggam tangan Yasmin dengan muka berharap.

Alah. Bagi aje lah. Kesian sangat dah nampaknya. Lagipun ada kebaikan juga untuk aku, kan? Dapat bilik asing-asing. "Rumah tu kat mana?" Yasmin cuba melepaskan pegangan tangan Am yang mula merimaskan.

"PJ. Dekat aje dengan tempat kerja awak. Tu jangan risau," Am boleh nampak muka Yasmin yang sedikit risau. Faham benar dia dengan Yasmin yang tidak suka memandu jauh.

***

"BANYAKNYA kek Hannan tempah. Bertunang aje kot!" Am mengomel sambil mengangkat kotak kek di seat belakang kereta. "Door gift pun ada. Ish." Yasmin menjeling Am. Banyak cakap pulak dia ni. Siku kang!

"Balik ni nak sentap habis semua. Menyusahkan aje." Aku siku sungguh ni. "Mujur la Hannan dah bayar dulu." Kan ada kebaikan dia jugak cakap benda positif ni. Am buka salah satu daripada kotak kek tersebut dan mencapai satu muffin yang comel.

"Laparlah. Tadi tak makan lagi," Am mengunyah dan bercakap serentak. Tak senonoh. Tersembur nanti, I'll sue you! "Awak ni banyak la cakap dalam hati tu. Sudah-sudah la tu kutuk saya, siap nak siku lagi," Woah! Impressive. Tepat kena batang hidung. Boleh pulak baca hati aku ni.

Yasmin terus mengelamun. Sedar-sedar kereta sudah berhenti di hadapan banglo milik Encik Radzi, juga adalah bapa mentua Yasmin. "Cepat angkat kotak-kotak ni bawa masuk," Selepas memberi arahan, Am melulu masuk ke dalam rumah. Langsung tak angkat pun kek ni.

"Saya masuk dalam kejap aje lah, mulut dah cot cet cot cet. Nasib tak bunyi," Yasmin terkebelakang. Nasib tak jatuh. "Ke tepi. Ke tepiii." Tiru Usop pulak dah. Angkat semua la terus! "Nah, bawak masuk dalam. Hannan dah macam hilang anak aje kek tak sampai lagi," Yasmin menyambut huluran kotak kek yang besar itu, lalu di bawa masuk ke dalam rumah.

"Oh thank godness!" Hannan mengejutkan Yasmin yang berada di muka pintu. "Kot ye pun, biar la akak masuk letak dulu. Jatuh kek ni kang." Hannan tarik muka lima belas. Apa? Ingat tak boleh ke tarik muka lima belas? Asyik empat belas aja.

Rumah yang bising dengan suara-suara yang bercakap lagi menyerabutkan Hannan. "Ni, bila start majlis ni?" Yasmin melihat jam di tangan setelah meletakkan kek di atas meja. Hannan ditarik masuk ke dalam biliknya. "Sepatutnya, lagi setengah jam. Tapi tadi Faris call kata jalan jammed." Hannan mengambil baju yang penuh berlabuci itu lalu diletakkan di atas katil.

"Nanti sampai la tu. Jangan stress sangat. Cepat pakai baju," Yasmin menolak Hannan masuk ke dalam bilik air. "Nak tukar kat sini tak boleh?" Hannan menjelirkan lidah. "Try la buat kalau tak malu." Yasmin menggelengkan kepala. Sebijik aje dengan abang dia.

***

MAJLIS pertunangan Hannan dengan Faris berlangsung dengan lancar. Hannan Nabilah bahagia di samping tunangnya, Syed Mohd Faris. Wek. Ayat tak boleh blah.

Menurut apa yang didengar oleh Yasmin, Hannan dengan Faris akan diijabkabulkan dua bulan dari sekarang. Tapi lagi cepat dia dan Am berkahwin. Bertunang pun tidak. Am kata, bertunang ni membazir aje. Kena beli banyak cincin. Senang kahwin aje terus. Hati pun senang.

Rumah yang tadinya dipenuhi tetamu, kini sudah surut pulang. Kelihatan pinggan dan gelas polisterin kotor berterabur di atas lantai. Teruklah! Macam party late night dah. Kita la jugak yang nak kena simpan. Yang lain-lain goyang kaki aje.

"Bibik!" Mama jerit panggil bibik kat dapur. "Ada apa, Bu?" Bibik tercungap-cungap datang dekat Mama a.k.a Puan Raudhah. "Kemas ni semua sampah berterabur." Mama berlalu ke dapur untuk berbual dengan Mak Su.

Yasmin gelak sendiri dalam hati. Wah! Mama baca hati aku.

"Suka la tu tak payah kemas." Aku tahu suara tu. Am lah. Dah tak ada orang lain lagi. "So kenapa?" Yasmin makan sebiji cupcake yang berada di atas meja. "Bibik, pergi sambung buat kerja kat dapur." Am mengarahkan bibik untuk kembali ke dapur. Bibik tersenyum, dan berlalu ke dapur.

"Min, kemas." Yasmin melopong. Am mengambil sepinggan chocolate cupcake yang berada di atas meja. Yasmin masih membatu di situ. "Lah, pergi la kemas. Bibik ada banyak kerja kat dapur. Takkan dia sorang je nak kena buat kerja?" Mulut Yasmin memuncung sambil bangun untuk mengemas. Dapat sangkut hanger dah
kat situ.

Yasmin mengutip sampah yang berselerak di atas lantai lalu dibuang ke dalam tong sampah. Pinggan dan gelas polisterin yang kotor juga dibuang. Kuah kuzi ayam yang tumpah dilap menggunakan kain buruk yang basah. Am memerhati kerja-kerja yang dibuat Yasmin dengan lirikan mata.

Wah. Siap dah! Yasmin menggeliat untuk membetulkan urat sendi yang lenguh. Kain buruk diletakkan kembali di sinki dapur. Plastik hitam besar yang memenuhkan sampah sarap diikat lalu diletakkan di luar rumah.

Yasmin melihat sekeliling ruang tamu yang sudah licin. Senangnya dalam hati, kalau semua sudah kemas! Yasmin menyanyi lagu  Allahyarham P. Ramlee, tetapi yang sudah diubahsuaikan liriknya. Mata Yasmin jatuh pada sofa yang menempatkan Am yang sedang duduk. Terkejut dibuatnya Yasmin melihat Am yang sedang merenungnya sambil tersenyum manis. Lupa pula pada Am tadi!

"Erk. Awak buat apa tu?" Yasmin melihat Am atas bawah. "Takda apa. Tengok bini buat kerja. Salah ke?" Am masih tersenyum tanpa kata. "Err. Salah! Memang salah. Takkan tengok aje bini buat kerja. Suami tak pergi tolong ke? Bini dah terbongkok-bongkok buat kerja. Tak takut ke bini ni hudoh, nanti tak cantik dah!" Yasmin buat-buat merajuk.

"Alah. Sayangku intan payung. Saje aje tadi nak test, sanggup ke tak buat ape yang suami suruh, walaupun benda tu berat ke tak." Am sudah berdiri sambil menggosok bahu Yasmin dengan kedua belah tangannya.

"Wah wah. Berasrama pulak dah kat ruang tamu ni. Nak berasrama pergi naik masuk dalam bilik la." Hannan senyum meleret. Yasmin dah ditonyoh blusher habis merah. Am tetap cool yaw!

"Apa asrama? Budak kecik tak pandai cakap duduk senyap aje lah." Am jelir lidah kat Hannan. Hannan ketap bibir. Diambilnya kusyen diatas sofa lalu dibaling ke arah Am. Am pantas berselindung di belakang Yasmin yang kaku berdiri di tengah-tengah ruang tamu itu.

"Hei! Kenapa pula akak yang jadi mangsa keadaan ni? Tak sukalah! Report Mama kang!"Yasmin memuncung. Am tunjuk Hannan. "Hannan la ni, eksyen lebih. Habis bini Abang jadi mangsa buli Hannan ye. Ni la, orang kata jangan gayut lebih-lebih dengan cik abang intan payung sayang tu. Kan hormon dah menggelegak, suka meloncat-loncat dalam badan tu."

Hannan sengih.Memang kerjanya bergayut aje dengan Faris sejak Faris dan keluarga mereka bertolak pulang setelah majlis pertunangan mereka tamat. "Abang! Apa pulak kaitan dia hormon dengan bergayut dengan Faris pulak? Dah la susun ayat tak betul. Ptuihh." Hannan berlalu ke dapur. Buat-buat merajuk. Haram Am nak pujuk.

"Hah. Pergi la pujuk Han tu." Yasmin turut berlalu ke dapur. "Han tak merajuk pun lah." Habis semua nak merajuk, susah la.

***

"NOT bad." Yasmin bersuara selepas dua minit diam. Yasmin dan Am menaiki kereta yang berasingan kerana Yasmin juga mempunyai keretanya sendiri. Nanti siapa nak datang hantar.

"Sememangnya. Tengoklah siapa tuan dia." Yasmin mencebik. Bagasi besar yang memuatkan bajunya diangkat lalu diletakkan di tepi pintu utama rumah itu. Cantik. Yasmin tersenyum sendiri.

"Min, angkat beg. Bilik kita kat atas." Am segera berlalu ke atas. Yasmin mengeluh. Argh! Takkanlah kena duduk sebilik lagi? Dengan longlainya, Yasmin mengatur langkah mendaki dua puluh anak tangga.

"There. Tu bilik awak. Ni bilik saya. Okay?" Oh? Bilik asing? Yahuu! Yasmin tersenyum sendiri lagi. "Okay. Deal. Tak boleh tukar-tukar lagi." Yasmin segera masuk ke dalam biliknya. Pintu dihempas (dengan tidak sengaja) dan tombol pintu dikunci.

Calling you for freedom, freedom 
We know you can hear our call ooh 
We're calling for freedom, fighting for freedom 
We know you wont let us fall oh 
We know you're here with us

Yasmin yang sedang mandi di dalam bilik airnya menyanyikan lagu Freedom nyanyian Maher Zain. Betapa indahnya malam mu tanpa sesiapa disisi. Haha. Yasmin dah mula meroyan.

***

"YASMINKU sayang!" Yasmin yang sedang tidur bertemankan bantal peluknya bangun. Wargh! Tak tenang jugak macam ni. "Apa? Jangan panggil saya sayanglah! Geli lubang telinga." Yasmin memeluk tubuh.

"Sejak bila lagi ni tidur?" Am melihat Yasmin yang lengkap memakai baju tidur Winnie the Pooh. "Pukul lima. Kenapa? Ni baru pukul enam kan?" Katil bagai dah memanggilnya untuk kembali tidur 'Yasmin! Datanglah tidur atas saya yang lembut ni!'

Am tersenyum sinis. "Sayang. Sekarang dah pukul sepuluh dah. Period eh? Tak solat maghrib tadi?" Am kelihatan segak walaupun cuma menyarung t-shirt Hard Rock dan seluar track. Yasmin membulatkan mata. "Apa? Pukul sepuluh?" Yasmin menjeling jam di atas meja solek. Kenapa kau tak bunyi tadi?! Kan dah malu aku depan Am. Kantoi je tadi tak solat.


"Ye. Dah, saya dah siapkan makan malam kat bawah. Awak tak makan sejak petang tadi kan? So, shall we?" Am dah jadi gentleman. "Oh. Okay. Awak turun dulu. Saya nak basuh muka kejap." Ops! Aduhai. Kan dah terbukti terkantoi!


Am senyum meleret. "Kan dah kata, nak tipu tak pandai." Yasmin masuk ke dalam bilik dan pintu dihempas kuat. Yang ni memang sengaja! Rambut yang berserabut disikat lalu diikat. Yasmin mengambil bantal lalu ditekup ke mukanya dan menjerit kuat. "Malunya, Ya Allah!"


xoxo, 
Kahlia.





No comments:

Post a Comment