"KAU apa cerita sekarang?" Suasana Hayaki yang agak bingit itu tidak mengganggu perbualan mereka bertiga. Tak jadi jugak nak pergi McD.
"Aku? Macam ni la. Tengah gigih nak mencari kerja. Tak macam Si Han ni. Keluar je U, ayah dia dah book untuk kerja kat office diorang. Aku jugak yang terkapai-kapai sendirian." Sarah buat muka sedih.
"Wallaweey! Sejak bila jadi A. Samad Said Junior ni? Tu la kau. Aku ajak, tak nak."
"Aku nak usaha sendiri."
"Ha, dah tu. Bagus la."
Aku senyum aje dari tadi. Dah lama tak dengar diorang bercakap macam ni.
"Kau ni, senyum-senyum, apa cerita?" Sarah.
"Aku...tengah usaha bukak bakery sekarang ni." Aku jawab dengan teragak-agak.
"Bakery??!!" Sarah menjauhkan straw dari mulutnya.
Han yang sedang bercakap dengan pelayan, terus berpaling. "Like seriously??!! Kau nak buka bakery? You can go now." Pelayan tadi berlalu.
"Dah tu? Kau ingat aku memain ke dengan apa yang aku belajar selama ni?"
Emm... "Dah sewa tapak?" Soalan Han.
Aku menimbang sesuatu dalam kepala. "Beli dah pun. Sekarang ni, tengah renovate kedai tu. Nak touch up sikit."
"Okay. Aku rasa macam aku dah boleh agak apa yang kau nak bukak." Sarah bermain-main dengan dagunya.
"Cupcake!" Han dah mengangkat tangannya macam nak jawab soalan zaman sekolah menengah dulu.
"Well, you know me..." Aku buat muka angkuh sikit.
"Eh, chop-chop. Aku macam ada ingat satu benda penting la. Let's drop about this. Kita cakap pasal 'The Blue Guy' nak?" Sarah buat muka betul-betul teruja dan tersenyum lebar.
"Oh. My. Gad!" Han meletakkan sikunya diatas meja dan dagu dipangku dengan kedua-dua tangan. "Tell me some more about him!"
"Korang ni, dah la kita baru jumpa. Tiba-tiba, mamat tu pulak yang jadi main topic. By the way, that guy..."
MURID yang lalu-lalang masuk ke kelas dipandang. Jam ditangan dikerling. 7:30 pagi. Aku nak kawan dengan siapa? Semua nampak macam sombooong je.
Tiba-tiba, kedengaran kerusi disebelahnya ditarik dan beg galas Nike merah hitam diletak diatas meja. Spontan, kepalanya berpaling ke sebelah. Iris mengukir senyuman. A girl. Tudung dilipat kemas. Bahagian lengan baju elok je. Tidak dilipat seperti pelajar lain. Ni kawan aku? Okey. I'll try.
"Err.. Hye." Ditegur orang sebelah apabila orang sebelah hanya diam sambil menongkat dagunya diatas telapak tangan.
Lala berpaling. Mukanya yang suram bertukar pelik. New student?
"New student?"
"Yeah. Kinda."
"I'm Lala. You?" Tangan dihulur. Senyuman segaris.
Lala? Aku rasa, aku kenyang lagi ni. Iris membetulkan suara. "Iris."
"Lawa nama tu. You know, sometimes I feel like I want to get back to the past and told my mother what name I want when I was the baby."
Iris tersenyum dan mereka terus berbual. First day kat sekolah ni, memang BEST!
SUSUNAN barang-barang diatas rak dipandang, membuat perbandingan harga.
Yang ni murah, tapi yang ni okey jugak. Yang ni memang la lagi mahal. Tapi branded. Kira dah murah la ni. Akhirnya, ubat gigi DARLIE dimasukkan ke dalam troli.
"Punya la lama! Pilih ubat gigi je pun."
"Kita ni, kena jadi..."
"Pengguna yang bijak dan berjimat-cermat." Iris memotong percakapan abangnya. Tau sangat tagline favourite abang dia.
"Good."
Suasana senyap seketika. Iris menolak troli sambil memandang barangan di kiri dan kanannya.
"How's school?"
"Never better."
Muka si abang kelam.
"Huhh.. Okey la." Iris tiba-tiba tersenyum lebar. "Best sangat!"
Sekali lagi muka abangnya kelam.
"KITA ni, kalau nak jodoh yang baik, kena cek diri kita dulu. Setakat mana sangat diri kita ni kalau nak impi benda tu semua?" Kata-kata Kak Aina sewaktu dia belajar di luar negara dulu masih kemas diingat dalam ingatan.
"Nak jadi bagus, kena buat Allah suruh, tinggal Allah larang kan? Saya yakin semua orang dah tau hal ni." Dirinya turut sama mengangguk ketika mendengar ayat itu.
"Allah suruh kita tutup aurat. Tutup aurat tak semestinya pakai tudung labuh. Tak semestinya pakai purdah. Cukup la kalau kita pakai tudung labuh sampai ke dada, baju dan seluar yang tak ketat, stokin di kaki. Yang lebih-lebih tu, kalau nak buat, baguslah. Alhamdulillah." Tatkala itu, dia memandang kakinya. Alhamdulillah.
"Saya selalu dengar orang cerita." Kak Aina berdehem, membetulkan suara. "Budak sekolah agama, maaf ye. Saya hanya berkongsi. Mereka akan memandang pelik kalau schoolmate dia tak pakai tudung labuh. It's not about the length, the width of your hijab. It's about your aurat. As long as you can keep whole of your body except your palms and face closed, then you have covered your aurat. You have perform your obligations. Isn't it right?"
Kak Aina menyambung lagi, "Remember! Don't judge the book by it's cover. Baca dan selami dulu buku tu."
Syirin menatap wajah Kak Aina. Lama. Terima kasih, ya Allah kerana telah membawa aku ke jalan yang benar, ke usrah ini.
-----------------------------------------------------------------------
tett.. tett.. amacam? tulis gaya macam ada orang nak baca kan? HAHA
Nanti guwa sambung lepas raya. Biskut tak buat lagi ada hati nak sambung tulis!
ReplyDelete-anischan-
HAHA. ok-ok.
ReplyDelete-orkid =)-
babe!! yg last tu dalam maksud..hahahaha
ReplyDelete-NIA