Saturday, 20 October 2012

cerita kita 6 - orkid =)

TANGANNYA menekan keypad, mencari nama. Mana nama Taufiq ni? Aku tak save ke? Siti, Su Na, Syirin, Taufiq! Yes! Dah jumpa. Jari menekan butang hijau dan telefon ditekap ke telinga sambil menunggu panggilan disambung.

Tiba-tiba, dirinya tersedar. Aik? Kenapa aku macam pelik ehh? Butang merah ditekan dan list contacts dibuka semula. Scroll, scroll, scroll... Ehh? Syirin? Who the heck nama Syirin ni? Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu.


"Abang cakap nak suruh tolong cari calon bini." Iris senyum meleret nampak gigi taringnya.

"Abang tak serious pun."

"Tapi Iris serious gila kot!"

"What have you done?" Jeda.

"Tak ada apa pun. Tapi Iris dah letak nombor Kak Syirin dalam phone Abang. So, buatlah apa yang perlu." Iris senyum senget.

"Abang nak kena buat apa?"

"Saja je kan.. Macam tak tahu." Iris ketap bibir bila abang dia buat muka donno lagi takda perasaan.

"Masuk line teruslah. Abang ni kan!"

Am I suppose to do it now?

Naaahhh... Jangan nak berangan la! Sejak bila kau macam ni, Afiq?

Tiba-tiba, telefon di tangan berdering. Afiq berpaling terkejut. Wuisy! Kus semangat. Baling jugak phone ni kang.

Taufiq is calling...

"Assalamualaikum." Salam diberi.

"Waalaikumussalam. Kau call aku tadi? Baru berapa deringan orang tak angkat, dah letak?" Taufiq di hujung talian bersuara.

"Aku ada hal la tadi. Aku call, nak tanya. Kau pergi dengan siapa rumah Khaleel nanti?"

"Khaleel? Oh. Barbekeu tu?"

"Ha. Ye lah tu." Apasal la aku ada kawan yang cepat sangat amnesia ni? Padahal petang semalam baru cakap pasal ni.

"Well...you know me, right?" Yeah. Well known. Afiq menggumam dibawah sedar. "Disebabkan aku ni, seorang yang mesra alam, tak nak menyusahkan Hafiz cari gali minyak semata-mata untuk aku, aku tumpang kau lah." Afiq meniup rambut yang jatuh di dahi. Banyak simpang pulak mamat ni. Nak cakap, benda sikit tu je. Nak-nak pulak, Hafiz jugak yang dia kaitkan. Mentang-mentang la Hafiz tu kerja di tengah-tengah laut, cari minyak, kan?

"Mulianya hati kau. Okey lah. Letak dulu. Salam." Afiq dah letak ganggang.

"Eh, eh, Fiq!" Taufiq merenung telefon di tangan. Sikit punya sadis mamat ni. Nak cepat sangat sampai perkataan pun jimat je bercakap. "Wassalam!"

"Is this Khaleel's or..."

"His parents'." Afiq tolong jawab pertanyaan Taufiq bila dah sampai di rumah mak ayah Khaleel.

"Oh. No wonder la."

"Kau agak-agak la, nak kutuk dia pun. Tunggu depan-depan dengan dia. Lagipun, dia kan baru kerja. Nak ada rumah macam istana kat Kubang Kerian tu memang tak la kan?" Afiq melangkah keluar dari kereta.

"Saja je la cakap cam tu. Aku tengok kau ni, dari hari ke hari makin serius. Kau dah nak kawin ke bro?"

Tangan berhenti daripada terus menekan alarm kereta. Dia menjeling Taufiq di seberang sana. Taufiq tersengih sambil mengangkat kening beberapa kali. "Takde maknanya." Alarm ditekan.

Mereka berjalan kearah Khaleel dan yang lain. Tiba-tiba, time tu jugak dia dengar orang bercakap, "Yin, yang tu handsome wei."

Hafiz berpaling kearah Afiq. "Siapa? Aku? Memang." Bahu Hafiz ditumbuk. Mak aaii! Kenapalah kawan aku semuanya spesis masuk lif tekan sendiri ni?! Afiq berpaling kearah taman, tempat empat orang perempuan sedang duduk. Tiga daripadanya, ada pinggan di tangan. Seorang lagi, isteri Khaleel. Ni memang aku cam. Berapa minggu kot minah ni buat kawan aku gila bayang sebelum kawin. Pandangannya dialih pula ke kanan. Perempuan itu sedang memegang ayam di tangan yang terhenti di pertengahan jalan. Mata diangkat lagi untuk melihat gerangannya.

Ehh? Si lesung pipit?

Aik? Minah ni ada lagi kat sini? Eh. Tapi betul ke dia? Alah. Kalau betul pun, bukannya aku nak pergi tegur. Ye tak?

Tapi...

I know! Afiq dah tak peduli Khaleel yang sedang bercakap di hadapan. Telefon dikeluarkan dan matanya mencari nama. S, s, s, s... "Gotcha!" Why not we give a try, kan?

Khaleel yang sedang bercakap, berhenti. "Dapat apa, Fiq?"

"Tak de apa lah. Sambung lah bercakap. Aku nak call orang jap." Calling... Matanya tidak lepas memandang gerak-geri perempuan itu dihujung sana.

"Sarah. Tolong amik phone aku jap." Telefon bertukar tangan.

"Hello?" Afiq mendengar orang disebelah sana memberi mukadimah.

Talian diputuskan. Confirm.

"Eh? Main putus-putus pulak." Syirin dah rasa macam nak campak telefon di tangan ke dalam tangki rumah jiran sebelah.

Confirm! Afiq tersenyum.


"SARAH! Kau tak nak tegur dia ke?" Han dah bagi idea pelik-pelik.

Sarah meletakkan pinggan diatas meja. "Han, kau sekarang ni nak makan ayam ke nak makan pelempang aku?"

"Sarah, why don't you give yourself a try? Aku ada soul mate aku. Yin dengan the-so-called-blue-guy tu. Kau?" Soul mate la sangat. Kan?

Hello! The-so-called-blue-guy aku tu yang kau tengah duk usha untuk Sarah sekarang!! Ahhh!!! Stressnya berperang dengan diri sendiri macam ni. Fed-up. Aku dah letak pinggan diatas meja. Riak muka cuba dikawal. Air oren diteguk. One shot!

Sarah buat muka tak puas hati. "Kau ingat ni wine ke nak main teguk one shot je?" Tiba-tiba je lepas kat Syirin. Benci betul la aku dengan Han ni. Bukannya aku tak nak cuba. Tapi...biarlah dulu. Kalau dah jodoh, tak ke mana jugak, kan? Kang kalau aku sambar abang dia, menangis tak bunyi suara pulak. Kut la tak nak aku jadi kakak ipar dia kan? Lagipun, bukan Sarah tak perasan muka Syirin tadi tu. Macam muka orang telan sabun Daia 5 plastik! Syirin ni la pun. Pandai-pandai la cover, kak. Mesti ada something wrong somewhere ni.


BERDENTUM lagu Inggeris berselang seli dengan Korea, nasyid Melayu dan Jepun di telinganya. Malties diambil lagi dan disumbat ke dalam mulut. Mata tetap di TV. Tapi, sepatah hape yang diorang cakap pun, tak dengar.

Remote diatas meja kaca dicapai. Diam ahh kau! TV ditutup. Kepalanya menengadah siling. Boring nya! Butang off pada MP4 ditekan dan dia bangun dari duduk.

"Nampak takde kerja sangat ni, kenapa? Berapa hari lagi exam?" Lala dah buat rolling eyes lepas bertembung dengan Luqmanul Hakim, abangnya di tangga. Malties di dalam mulut digerakkan dengan lidah ke kiri dan kanan. "Nak pergi la ni..." Dia menjawab malas. Tangannya turut melurut earphone di telinga.

"Bang. Kak Ja mana?"

Luqman mengalih pandangan dari buku di tangan. "Ikut Yin rasanya." Aisy! Phone ni takde battery pulak! Luqman memasukkan kembali telefon ke dalam poket seluar.

"Bakery?!" Lala dah menjerit bila abang dia mengangguk. "Tak cakap pun! Ni yang tension ni!"

"Awak tu nak exam. Sabar la. Sekejap lagi, cuti 3 bulan. Pergi la bakery tu banyak kali pun."

"Alaaahhh!" Lala dah jalan hentak-hentak kaki. Ni rasa nak nangis ni.

"Baik-baik jalan tu. Runtuh rumah ni kang." Lala main tarik-tarik rambut dia. Abang ni la pun. Rumah ni rumah batu la. Tak de maknanya nak runtuh setakat jalan hentak kaki sikit.

Lala menghampiri meja yang menempatkan telefon rumah di ruangan atas. Jarinya lincah menekan-nekan nombor. Sambung la cepat...sambung la cepat...

Eh? Tak boleh? Syirin dah kalut.

Kenapa tak boleh sambung ehh? Lala mencuba sekali lagi.

"Helo?!" Suara Syirin di hujung talian kalut.

Lastly... "Kakak! Kat mana tu?"

"Lala? Thank god you call me. Please cakap kat abang jap. Kak Jaja ni..."

"Lala! Buat apa lagi tu?!" Suara Luqman dari bawah.

Lala cepat-cepat meletak ganggang. "Iye... Nak pergi la ni!" Berdesup dia lari ke dalam bilik.

"Helo? Helo?! Lala!" Budak ni la. Letak pulak dah. Aku nak buat apa ni?!


---------------------------------------------------------------------------

okey. tak sedap. maaflah. tak pe lah. bukan nak buat manuskrip pun. haha.

Friday, 19 October 2012

cerita kita 5 - anis chan xoxo

READER'S Digest di tangan dibelek malas. Bosan menunggu Kak Jaja yang sedang diperiksa di dalam. Aku mendengus kebosanan. Alaa, rugi tak masuk dalam tadi! Kalau aku masuk sekarang aci tak?

Baik tak payah tu lagi banyak kebaikan dia daripada pergi masuk.

Aku berlalu ke kaunter klinik. Aku duduk menompang dagu dan senyum tak ikhlas. "Hai. Nak join berbual boleh tak? Saya bosan la. Kakak saya kat dalam tu lama lagi ke?"

Dua orang pembantu klinik yang masih muda itu terkejut. Mana tak terkejut kalau kantoi kena tangkap tengah gosip. "5 minit lagi mungkin akan siap. Akak boleh duduk dulu." Pembantu klinik yang memakai tag nama Liyana itu sopan bertutur. Eceh, nak cover line la tu.

"Tapi saya cakap tadi saya nak join borak la. Boleh tak?" Dua orang budak ni dah terkebil-kebil. Lawak je tengok. Mesti aku ni annoying sangat, tetiba je datang nak borak dengan entah siapa-siapa.

"Syirin. Jom balik. Akak dah sudah." Kak Jaja datang menyapa dari belakang tiba-tiba. "Laa, siap dah. Ha, jom la balik. Yin ajak budak-budak ni borak, diorang senyap je. Takpelah kalau tak sudi. Saya balik dulu. Assalamualaikum." Aku sudah menyarung selipar.

"Apa-apa je lah Yin oi."

Nokia C3 aku dah gelak keluar suara Spongebob masa aku tengah start kereta. Abang Man telefon. Ni mesti kes cari bini tak jumpa. "Abang Man eh?" Kak Jaja tanya sambil cebik bibir.

"Gaduh ka?"

"Cakap Kak Jaja takda." Kak Jaja dah memeluk tubuh.

"Hello Abang Man. Tengah duduk dalam kereta depan kedai. Kak Jaja? Err.." Minta maaflah. Aku kalau bab nak putar belit fakta ni susah sikit. Kak Jaja dah tepuk dahi. "Meh sini phone tu."

"Hah.. Nak apa? Ala, Jaja dah jumpa doktor la. Abang ni kenapa, Jaja dah jumpa kan. Dah dah. Nanti jumpa dekat rumah Mama."

Aku dengar suara Kak Jaja mendengus. "Kak, I'm all ears." Kak Jaja yang sedang meneguk air memandang aku kosong. "Takda apa lah."

Kak Jaja berpaling dan menongkat dagu. "Kak jangan la macam ni. At least cakap la sikit. Tak baik la untuk baby pendam-pendam rasa ni." Aku yang duduk di tempat driver dah duduk bersila menghadap Kak Jaja.

"Takda apa. Kak Jaja mintak Abang Man beli kek keladi hari tu. Entah apa-apa entah tiba-tiba je mengidam. Masa Kak Jaja call dia tu dia cakap dia busy. Tapi yang betulnya dia tengah makan dekat McD dengan perempuan mana entah. Kak Jaja tau je tu client Abang Man, tapi saja je nak jealous."

"Bukan ke Kak Jaja ni kebal jealous ke?"

"Tu la pasal!" Aku dah senyum senget. "Okay. Kita pergi cari kek keladi!"

"Yin buat, tak boleh?" Kak Jaja buat muka kiut. "Malas la Kak. Ala Kak boleh la. Kita beli dekat kedai je. Boleh la ye?" Sama-sama tengah merayu, cam sedel je aku rasa.

"Fine. Tapi lain kali make sure Yin yang buat. Yin tak nak ke bagi dua orang baby Kak Jaja ni makan air tangan Yin?" Aku yang tengah tekan pedal minyak tekan brek secara mengejut. Mujur Kak Jaja pakai seat belt tau!

"Kak Jajaaaa!" Aku rasa nak nangis sebab over teruja! "Tak cakap pun. Cepuk karang!" Kak Jaja sengih dua puluh sen sambil buat peace. "Shhh. It's just our secret between you and me. Abang Man pun tak tau. Okay?" Aku melopong.

Aku dengar ada orang hon dari belakang. Lupa pula tadi aku berhenti di tengah jalan! "Eh, sorry!" Aku jerit tu macamlah orang dalam kereta tu dengar.

"Cepatlah pergi cari kek keladi."

"Baikkkk!"


"BERAPA ni semua?"

Hajatnya tadi nak beli kek keladi je.

"RM 53.50."

Habisnya aku pergi borong dekat sekedai.

"Kak Syirin?"

Huh? "Iris?" Again?

"Banyak akak membeli? Buat kenduri ke?" Ceit. Ada pulak kena sindir. Iris senyum dan aku teringatkan abang dia lagi. Senyuman diorang ni serupa la!

"Maaflah saya ni hantu roti." Haha aku gelak sorang. "Akak balik dulu ya. Lama pulak orang menunggu dalam kereta tu."

"Jap. Nak phone number?" Iris buat muka kiut!

"Ha. Nak buat apa?" Tak ke naya nanti kalau budak ni pergi jaja siapa nak nombor aku. Tapi gaya aku cakap ni macam ramai la pulak peminat akunya. Cehh.

"Nak mengurat, tak boleh?"

"Eh, harom lesbian!"

Iris tepuk dahi. Aku gelak lagi. "Meh phone." Aku picit nombor aku dan buat miss call. "Nanti nak tanya soalan fizik, call saya okay. Babai!" Gaya macam aku ni terer fizik je.

"ABANG pinjam phone."

"Atas meja sana." Roti Gardenia dicicah dengan kuzi ayam dan ditelan rakus. Masakan Ibu ni memang mantop!

"Yang makan macam tak jumpa nasi seminggu ni apahal?" Iris bercekak pinggang.

"Yang duk usha phone Abang tu, apahal?" Roti Gardenia digigit lagi.

"Abang cakap nak suruh tolong cari calon bini." Iris senyum meleret nampak gigi taringnya.

"Abang tak serious pun."

"Tapi Iris serious gila kot!"

"What have you done?" Jeda.

"Tak ada apa pun. Tapi Iris dah letak nombor Kak Syirin dalam phone Abang. So, buatlah apa yang perlu." Iris senyum senget.

"Abang nak kena buat apa?"

"Saja je kan.. Macam tak tahu." Iris ketap bibir bila abang dia buat muka donno lagi takda perasaan.

"Masuk line teruslah. Abang ni kan!"

Afiq sambung menghadap kuzi ayam sambil tekun memacakkan mata ke skrin tv. Macamlah aku ni andalusia terdesak, kan!


MUKA Si Han dah merah. Alah, tak cool langsung. "Kau apahal tak cakap Rujhan dah kawin?" Han berdiri sambil bercekak pinggang macam nak marah anak dara tak basuh pinggan lepas makan.

"Dah kau tak tanya, buat apa aku nak cakap. Tak gitu, Sarah?" Han menjeling ke arah Sarah yang dah angkat bahu. Aku yang tadinya berdiri di pintu rumah menyarung selipar entah siapa-siapa punya, mendekati Si Han yang masih bercekak pinggang di pintu kereta.

"Lepas tu kau nak buat apa sekarang?"

"Kau rasa?"

"Pergi jalan-jalan, cari calon orang rumah." Aku senyum senget.

"Ah, kau takyah nak ngada-ngada nak buat lawak tak jadi. Cepat siap sekarang. Rujhan panggil pergi rumah dia." Sarah dah duduk dan sambung main PSP lagi.

"Dia buat makan ke?"

"Eh taklah. Dia buat kenduri cukur jambul anak dia nombor lapan. Pagi tadi baru deliver." Han senyum mengejek dan Sarah tolong gelak kuat-kuat.

"Yelah, kenapa pulak aku boleh tak tahu ni. Rujhan pulak baru kawin seminggu, anak dah lapan. Tak sangka betul." Aku dah jalan hentak-hentak kaki bagai.

"Kau jangan ngengada nak mekap segala. Kalau tak naik bas la kau jawabnya."

"Macamlah aku tak boleh naik kereta."

"Kau cepat boleh tak."

"Iya!"

Aku masuk rumah dan cepat-cepat siap. Kunci rumah dan masuk dalam Honda Civic, bapak Han punya. Mama dengan Ayah tak ada dekat rumah sebab ada anak kawan Ayah kawin.

"Rujhan ni rajin pulak dah nak buat barbeku." Aku ternganga sebab dia siap susun meja dekat luar. Dia panggil kita tiga orang je kan?

"Kita goyang kaki sudah." Aku senyum sebab aku suka gila idea tu.

Han parking kereta dan aku pergi dekat Rujhan dengan muka curious. "Kau panggil ramai sangat ke orang ni?"

"Mak kau beranak lagi!" Rujhan terkebelakang. Ada la pulak minah ni melatah. Aku gelak dan Sarah datang join aku dari belakang.

"Assalamualaikum." Rujhan sekarang ni kan dah alim-lah-sikit. Sebab tu tak boleh nak datang sergah tak bagi salam.

"Waalaikumussalam!" Dia jawab sambil angkat ayam letak atas pinggan. "Lek la wei. Tu mujur aku tak geletek lagi. Kalau tak 14 hari 17 malam merajuk dengan aku."

"Rujhan!" Han pergi peluk Rujhan dari belakang. "Erk.." Rujhan tengok aku dengan muka takut. "Ni bukan laki aku kan?" Dia tunjuk orang dekat belakang dia. Aku dengan Sarah bantai gelak lagi.

"Tu Farhan la wei."

Rujhan berpaling ke belakang dan peluk balik Han. "Sarah, meh la join sekali. Peluang sekali seumur hidup ni weh." Han bersuara. Sarah dah join diorang dan aku pula yang terkebil-kebil sorang dekat sini.

"Biarlah korang tak ajak, aku naik join sekali jugak wei." Tak pernah-pernahnya nak buat group hug macam ni.

"Jom makan!" Sarah dah macam tak makan dua minggu. "Sarah, lek dulu. Rujhan, mana laki kau?" Semua orang tengok Rujhan.

"Jap. Aku lupa pulak. Aku naik atas jap. Korang makan la dulu." Kitorang pun apa lagi. Kami bedal dulu! Sarah ni, aku memang tak boleh blah bila dia ambik dua pinggan. Dahla dua-dua penuh. "Kau tak makan lagi ke hari ni?" Aku tanya Sarah sambil cedok mihun.

"Aku standby nak makan banyak-banyak dekat sini." Sarah sengih tak bersalah. Mentang-mentanglah Rujhan terer masak. Aku suruh masuk Masterchef tapi mujur dia cakap sayang nak tinggal laki. "Aku pun tak makan pagi lagi ni." Han mencelah. Aku buat rolling eyes. Kalau aku tahu awal-awal aku pun tak sarapan dekat rumah!

"Wei. Laki aku hilang." Rujhan buat muka tegang sambil pegang phone. Macam sengal je nak stres segala. Mesti la dia keluar kejap sebab kereta dia pun tak ada.

"Helo. Sayang, you pergi mana?" Serentak aku tiga orang berpaling dan, "Sayang?!" Han dah melopong. Macam sengal je tiga-tiga. "Aku nak panggil abang pun jangan harap." Han cakap. "Tapi kalau Sarahla, aku rasa potensi dia tu tinggi la jugak." Aku pukul paha Sarah sebab dia kutil aku tak pasal-pasal. Aku tukang gelak je kot.

"Oh. Pergi ambik kawan you ke. Okay, balik cepat sikit ye. Farhan, Syirin dengan Sarah dah sampai." Rujhan dah letak phone.

"Apa salah ke kalau aku panggil sayang." Rujhan kerut kening.

"Euww." Serentak lagi.

"Rujhan. Kita lima orang je ke makan hari ni?" Aku tanya lagi sebab tak puas hati Rujhan tak jawab tadi.

"Tak. Ada kawan Khaleel datang. Ada la dalam tujuh orang." Sarah tersedak. "All men?" Sarah tanya. Rujhan angguk sebelum bagi kitorang air. "Eight men and four ladies? Aku nak balik." Sarah dah bangun.

"Eii, kau jangan nak ngada-ngada nak balik. Makan pun baru dua suap dah nak balik. Duduk dulu. Meh aku nak motivasi kau sikit." Sarah dah tarik muncung sedepa setengah.

"Kau ni sampai bila nak boikot lelaki?" Rujhan tanya. Aku dan Han dah tarik kerusi dekat sikit dan buat bulatan. "Forever except my bros and my father."

"Lepas tu kau nak kawin dengan siapa?"

"Dengan Han. Boleh?" Han tersedak dan cepuk kepala Sarah. "Kau mengong apa. Cik Abang aku tu nak campak mana?"

"Yin?" Sarah buat muka kesian. "Aku bukan lesbian la wei."

"From now on, kau mesti bukak minda kau. Takkan kau nak membujang sampai ke tua..." Rujhan berhenti cakap sebab ada tiga biji kereta masuk dalam garaj. Mak aii, ramai lah pulak.

"Nanti aku kenenkan kau dengan kawan Khaleel sorang, okay." Rujhan dah pergi dekat suami terchenta dia.

Han tepuk paha aku dan tunjuk dekat seseorang. "Yin, yang tu handsome wei." Aku yang tengah tunduk sebab tengah makan melihat ke arah yang ditunjuk. Makk, si lesung pipit.

Rujhan, kau jangan nak ngada-ngada kenenkan Sarah dengan Afiq aku. Jangan!