Saturday, 20 October 2012

cerita kita 6 - orkid =)

TANGANNYA menekan keypad, mencari nama. Mana nama Taufiq ni? Aku tak save ke? Siti, Su Na, Syirin, Taufiq! Yes! Dah jumpa. Jari menekan butang hijau dan telefon ditekap ke telinga sambil menunggu panggilan disambung.

Tiba-tiba, dirinya tersedar. Aik? Kenapa aku macam pelik ehh? Butang merah ditekan dan list contacts dibuka semula. Scroll, scroll, scroll... Ehh? Syirin? Who the heck nama Syirin ni? Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu.


"Abang cakap nak suruh tolong cari calon bini." Iris senyum meleret nampak gigi taringnya.

"Abang tak serious pun."

"Tapi Iris serious gila kot!"

"What have you done?" Jeda.

"Tak ada apa pun. Tapi Iris dah letak nombor Kak Syirin dalam phone Abang. So, buatlah apa yang perlu." Iris senyum senget.

"Abang nak kena buat apa?"

"Saja je kan.. Macam tak tahu." Iris ketap bibir bila abang dia buat muka donno lagi takda perasaan.

"Masuk line teruslah. Abang ni kan!"

Am I suppose to do it now?

Naaahhh... Jangan nak berangan la! Sejak bila kau macam ni, Afiq?

Tiba-tiba, telefon di tangan berdering. Afiq berpaling terkejut. Wuisy! Kus semangat. Baling jugak phone ni kang.

Taufiq is calling...

"Assalamualaikum." Salam diberi.

"Waalaikumussalam. Kau call aku tadi? Baru berapa deringan orang tak angkat, dah letak?" Taufiq di hujung talian bersuara.

"Aku ada hal la tadi. Aku call, nak tanya. Kau pergi dengan siapa rumah Khaleel nanti?"

"Khaleel? Oh. Barbekeu tu?"

"Ha. Ye lah tu." Apasal la aku ada kawan yang cepat sangat amnesia ni? Padahal petang semalam baru cakap pasal ni.

"Well...you know me, right?" Yeah. Well known. Afiq menggumam dibawah sedar. "Disebabkan aku ni, seorang yang mesra alam, tak nak menyusahkan Hafiz cari gali minyak semata-mata untuk aku, aku tumpang kau lah." Afiq meniup rambut yang jatuh di dahi. Banyak simpang pulak mamat ni. Nak cakap, benda sikit tu je. Nak-nak pulak, Hafiz jugak yang dia kaitkan. Mentang-mentang la Hafiz tu kerja di tengah-tengah laut, cari minyak, kan?

"Mulianya hati kau. Okey lah. Letak dulu. Salam." Afiq dah letak ganggang.

"Eh, eh, Fiq!" Taufiq merenung telefon di tangan. Sikit punya sadis mamat ni. Nak cepat sangat sampai perkataan pun jimat je bercakap. "Wassalam!"

"Is this Khaleel's or..."

"His parents'." Afiq tolong jawab pertanyaan Taufiq bila dah sampai di rumah mak ayah Khaleel.

"Oh. No wonder la."

"Kau agak-agak la, nak kutuk dia pun. Tunggu depan-depan dengan dia. Lagipun, dia kan baru kerja. Nak ada rumah macam istana kat Kubang Kerian tu memang tak la kan?" Afiq melangkah keluar dari kereta.

"Saja je la cakap cam tu. Aku tengok kau ni, dari hari ke hari makin serius. Kau dah nak kawin ke bro?"

Tangan berhenti daripada terus menekan alarm kereta. Dia menjeling Taufiq di seberang sana. Taufiq tersengih sambil mengangkat kening beberapa kali. "Takde maknanya." Alarm ditekan.

Mereka berjalan kearah Khaleel dan yang lain. Tiba-tiba, time tu jugak dia dengar orang bercakap, "Yin, yang tu handsome wei."

Hafiz berpaling kearah Afiq. "Siapa? Aku? Memang." Bahu Hafiz ditumbuk. Mak aaii! Kenapalah kawan aku semuanya spesis masuk lif tekan sendiri ni?! Afiq berpaling kearah taman, tempat empat orang perempuan sedang duduk. Tiga daripadanya, ada pinggan di tangan. Seorang lagi, isteri Khaleel. Ni memang aku cam. Berapa minggu kot minah ni buat kawan aku gila bayang sebelum kawin. Pandangannya dialih pula ke kanan. Perempuan itu sedang memegang ayam di tangan yang terhenti di pertengahan jalan. Mata diangkat lagi untuk melihat gerangannya.

Ehh? Si lesung pipit?

Aik? Minah ni ada lagi kat sini? Eh. Tapi betul ke dia? Alah. Kalau betul pun, bukannya aku nak pergi tegur. Ye tak?

Tapi...

I know! Afiq dah tak peduli Khaleel yang sedang bercakap di hadapan. Telefon dikeluarkan dan matanya mencari nama. S, s, s, s... "Gotcha!" Why not we give a try, kan?

Khaleel yang sedang bercakap, berhenti. "Dapat apa, Fiq?"

"Tak de apa lah. Sambung lah bercakap. Aku nak call orang jap." Calling... Matanya tidak lepas memandang gerak-geri perempuan itu dihujung sana.

"Sarah. Tolong amik phone aku jap." Telefon bertukar tangan.

"Hello?" Afiq mendengar orang disebelah sana memberi mukadimah.

Talian diputuskan. Confirm.

"Eh? Main putus-putus pulak." Syirin dah rasa macam nak campak telefon di tangan ke dalam tangki rumah jiran sebelah.

Confirm! Afiq tersenyum.


"SARAH! Kau tak nak tegur dia ke?" Han dah bagi idea pelik-pelik.

Sarah meletakkan pinggan diatas meja. "Han, kau sekarang ni nak makan ayam ke nak makan pelempang aku?"

"Sarah, why don't you give yourself a try? Aku ada soul mate aku. Yin dengan the-so-called-blue-guy tu. Kau?" Soul mate la sangat. Kan?

Hello! The-so-called-blue-guy aku tu yang kau tengah duk usha untuk Sarah sekarang!! Ahhh!!! Stressnya berperang dengan diri sendiri macam ni. Fed-up. Aku dah letak pinggan diatas meja. Riak muka cuba dikawal. Air oren diteguk. One shot!

Sarah buat muka tak puas hati. "Kau ingat ni wine ke nak main teguk one shot je?" Tiba-tiba je lepas kat Syirin. Benci betul la aku dengan Han ni. Bukannya aku tak nak cuba. Tapi...biarlah dulu. Kalau dah jodoh, tak ke mana jugak, kan? Kang kalau aku sambar abang dia, menangis tak bunyi suara pulak. Kut la tak nak aku jadi kakak ipar dia kan? Lagipun, bukan Sarah tak perasan muka Syirin tadi tu. Macam muka orang telan sabun Daia 5 plastik! Syirin ni la pun. Pandai-pandai la cover, kak. Mesti ada something wrong somewhere ni.


BERDENTUM lagu Inggeris berselang seli dengan Korea, nasyid Melayu dan Jepun di telinganya. Malties diambil lagi dan disumbat ke dalam mulut. Mata tetap di TV. Tapi, sepatah hape yang diorang cakap pun, tak dengar.

Remote diatas meja kaca dicapai. Diam ahh kau! TV ditutup. Kepalanya menengadah siling. Boring nya! Butang off pada MP4 ditekan dan dia bangun dari duduk.

"Nampak takde kerja sangat ni, kenapa? Berapa hari lagi exam?" Lala dah buat rolling eyes lepas bertembung dengan Luqmanul Hakim, abangnya di tangga. Malties di dalam mulut digerakkan dengan lidah ke kiri dan kanan. "Nak pergi la ni..." Dia menjawab malas. Tangannya turut melurut earphone di telinga.

"Bang. Kak Ja mana?"

Luqman mengalih pandangan dari buku di tangan. "Ikut Yin rasanya." Aisy! Phone ni takde battery pulak! Luqman memasukkan kembali telefon ke dalam poket seluar.

"Bakery?!" Lala dah menjerit bila abang dia mengangguk. "Tak cakap pun! Ni yang tension ni!"

"Awak tu nak exam. Sabar la. Sekejap lagi, cuti 3 bulan. Pergi la bakery tu banyak kali pun."

"Alaaahhh!" Lala dah jalan hentak-hentak kaki. Ni rasa nak nangis ni.

"Baik-baik jalan tu. Runtuh rumah ni kang." Lala main tarik-tarik rambut dia. Abang ni la pun. Rumah ni rumah batu la. Tak de maknanya nak runtuh setakat jalan hentak kaki sikit.

Lala menghampiri meja yang menempatkan telefon rumah di ruangan atas. Jarinya lincah menekan-nekan nombor. Sambung la cepat...sambung la cepat...

Eh? Tak boleh? Syirin dah kalut.

Kenapa tak boleh sambung ehh? Lala mencuba sekali lagi.

"Helo?!" Suara Syirin di hujung talian kalut.

Lastly... "Kakak! Kat mana tu?"

"Lala? Thank god you call me. Please cakap kat abang jap. Kak Jaja ni..."

"Lala! Buat apa lagi tu?!" Suara Luqman dari bawah.

Lala cepat-cepat meletak ganggang. "Iye... Nak pergi la ni!" Berdesup dia lari ke dalam bilik.

"Helo? Helo?! Lala!" Budak ni la. Letak pulak dah. Aku nak buat apa ni?!


---------------------------------------------------------------------------

okey. tak sedap. maaflah. tak pe lah. bukan nak buat manuskrip pun. haha.

2 comments:

  1. girl!! okey ape,, buat manuskrip la..n edit dulu ejaan tu ye..huhuhu

    #senyumsampaibulan=)

    ReplyDelete
  2. ahha! thanks nia. hakhak. manuskrip? kalau lah boleh kan?

    orkid = )

    ReplyDelete