Wednesday, 28 November 2012

Nuha Saya - anischan xoxo

Beware : Ini ialah cerita biasa yang tak mungkin tak best.

Seorang Nuha yang tak pernah sangka seorang Amin yang sengal tu suka dia sejak diorang darjah 5 lagi.

AKU berjalan laju menuju ke kelas dengan ekspresi muka yang orang-tak-akan-tegur melainkan memanglah dia tu lapar nak makan penyepak.

"Kau apahal muka macam tahan kentut ni?" Ain tiba-tiba sekat aku tengah jalan masa aku nak masuk kelas. Budak ni rilek cipan dia je kan duk lepak dekat sini sambil gigit roti kaya. Gaya macam dah siap homework English yang Teacher Gan suruh semalam. Memang lapar nak makan penyepuk betul.

"Aku sakit hati ni. Aku nak pinjam kau punya tengkuk nak cekik boleh tak. Ahhh!" Aku dah cekik tengkuk Ain tanpa mak cik ni bagi permission. Tak cukup nafas dah mak cik ni.

Ain cepuk kepala aku. "Kau apahal hah? Aku tanya sibuk nak cekik aku pulak." Ain marah aku balik. Padan muka, kan dah dapat penyepuk sebijik.

Aku masuk dalam kelas sebab nak sambung kerja sekolah yang tak siap. Aku tarik kerusi dan duduk sebelum Ain dah tarik kerusi depan meja aku dan duduk. Nak dengar cerita la tu. "Kau buat kerja sekolah sambil cerita." Ain sambung makan lagi.

"Kau yang tak buat lagi kerja sekolah apahal. Jarang betul telinga aku ni nak dengar kau siap kerja sekolah lagi dulu daripada aku." Aku dah mula menulis selaju 100km/j. Ini la akibatnya suka tangguh homework. Tak sedar langsung yang ada dua bulan lagi nak exam UPSR.

"Kau yang kalut sangat nak siapkan ni kenapa. Kan tadi Teacher Gan dah cakap dia mesyuarat. Tak masuk kelas." Lepas je aku dengar Ain cakap macam tu terus aku berhenti dan taris nafas jap. Lepas tu aku sambung balik menulis dengan kelajuan 20km/j. Teruk betul.

"Aku tak ingat."

"Cerita lah."

"Si budak Aminuddin Baki yang otak dia tak berapa nak centre tu sabotaj aku tahu tak." Okay, sekarang ni kelajuan aku menulis dah laju balik sebab aku geram. Ain angkat kening sebelum senyum senget. "Dia letak cicak hidup tau tak dalam kasut aku!" Terus Ain gelak kuat-kuat.

"Kan aku dah kata, budak tu syok dekat kau lah Nuha!"

"Aku tak suka ayat tu tau tak!"


AKU dah mula berlari bila tengok jam dah pukul 7.30 pagi. Cari pasal betul semalam tidur pukul 2. Mula la kalut. Benda tu tertinggal benda ni tak ingat nak buat.

"Nama." Ni yang buat aku rasa nak selam je dia ni dalam longkang belakang sekolah. Elok je nampak muka aku terus tutup pagar.

"Nuha Aliya." Aku jawab malas-malas.

"Tak ada bapak ke?"

"Nuha Aliya binti Fakhrurrazi. Kelas 3 Maju. Sebab datang lambat sebab aku bangun lewat sebab aku study sampai pukul dua."

"Pukul berapa bangun?"

"Pukul 7." Eii, dia ni tak nak buka pagar ke.

"Kau subuh gajah ke apa?" Dia angkat kening.

"Kena isi ke dalam buku tu?" Dia angguk! Ya Allah annoying dia memang la rasa macam nak bunuh diri.

"Aku period." Aku tunduk sebab aku rasa dah merah dah muka aku. Mana pernah nak cakap period dekat lelaki. Gila betul.

"Okay masuk." Dia senyum senget sebelum buka pintu pagar. Aku rasa macam nak lenyek-lenyek je mulut dia tu macam aku lenyek pisang kalau nak buat cekodok.

Mula hari tu, hampir tiap-tiap hari juga lah dia yang jaga pagar. Mentang-mentanglah dia tau aku selalu datang lambat. Jadi aku buatlah penyiasatan sikit-sikit pasal badan disiplin dekat Ain sebab dia pun pengawas macam si Aminuddin Baki yang tak betul tu.

"Ei, aku nak tanya sikit ni. Si Aminuddin Baki tu kenapa mesti hari-hari jaga pagar. Kalau orang lain jaga pagar kan, 7.30 takda la dah tutup pagar tu. 7.40 baru tutup kan." Aku tanya Ain masa dia tengah telan bekal nasi goreng mama dia dalam kelas.

Aku dengan Ain hari-hari akan makan dalam kelas sejak mid-year exam kitorang tak berapa nak memberangsangkan. Jadi kitorang akan makan dalam kelas sambil baca nota atau buat latihan sebab lusa dah nak trial PMR.

"Kan aku dah kata, dia tu suka dekat kau lah!" Ain dah tutup bekas tupperware dia.

"Kau jangan nak serabutkan aku dengan benda ni boleh tak. Lusa dah nak exam!"

"Aminuddin suka Nuha Aliya." Ain sengih.

"Fine! Aku tukar sekolah tahun depan. Muktamad!"

Jadi lepas aku dapat keputusan PMR yang agak memberangsangkan, aku tukar masuk sekolah arab yang tak ada lelaki sebab aku tak suka scandal. Benda tu akan menyesakkan otak je, tak ada faedah langsung. Ain pun tergedik-gedik ikut aku sebab dia cakap dia tak boleh hidup tanpa aku. Banyak lah kau.


AIN jalan ke arah aku lepas tengok aku dah duduk atas rumput. Natrah pun sama. "Aku rasa ni bukan joging. Dah rasa macam masuk 4x200 dah. Laju semacam!" Ain tarik air mineral yang aku pegang dan teguk dengan rakus. "Kau kejar aku kenapa. Kan aku dah kata aku tak suka orang jogging lagi laju dari aku." Aku rasa macam nak meniarap je atas rumput ni sebab aku dah sakit belakang.

"Natrah jugaklah yang semput." Natrah dah duduk sambil peluk dua-dua belah kaki.

"Orang dah kata baik naik treadmill dekat rumah je. Kurang sikit letihnye." Aku dah membebel macam mak cik tua.

"Treadmill tu hari-hari naik, jogging lah pulak."

"Jom balik makan." Ain bagi cadangan yang tak berapa nak cerdas.

"Kau tak rasa benda ni sia-sia ke?" Aku tanya Ain sebab seingat aku budak ni masak nasik lemak tadi sebelum ajak aku dengan Natrah pergi jogging. Semalam aku dengan Natrah teman Ain tidur dekat rumah dia sebab dia cakap dia takut tidur sorang-sorang dekat rumah. Mama dengan papa dia balik kampung papa dia sebab nenek Ain masuk hospital. Adik dia semua ikut.

"Aku lapar tahap cipan dah ni." Ain gosok perut dia.

"Ye lah ye lah." Aku bangun dan kebas seluar yang ada rumput melekat. Natrah dah tepuk tangan dengan suka hati sebab adik aku ni satu kepala dengan Ain, tak boleh dengar pasal nasik.


"HARI tu aku ada terjumpa Amin." Ain kata masa aku tengah cedok nasik. "Dia tu dah habis belajar, dia cakap dia tengah cari orang perempuan nak buat bini sekarang ni." Tiba-tiba je buat hati aku berdebar lepas Ain cakap macam tu.

"Jadi aku sarankan kau dekat dia dan bagi dia nombor telefon kau." Ain sambung lagi cakap pasal Amin sebab dia sukaaa sangat cerita semua benda pasal Amin dekat aku. Aku jeling Natrah bila dia mula senyum kerang busuk sebab Ain dah mula cerita pasal Amin. Ain dengan Natrah ni suka gosip benda yang bukan-bukan pasal aku dengan Amin. Kadang-kadang buat cerita yang aku rasa tak logik dek akal aku.

"Kau ni memang rasa dah lama hidup ke apa."

"Korang pasangan yang secocok apa."

"Ikut kau lah Ain. Aku nak makan." Aku pergi makan nasik depan tv sambil tengok Spongebob.

"Nuhaaaaaaaa! Amin telefon!" AIn jerit dari dapur. Aku buat tak tau sebab aku ingatkan Ain main-main. Dia tu kan suka troll aku.

"Nuha! Nah ni telefon." Ain bagi telefon.

Aku ambik telefon tu dan cakap, "Ha, hello Amin." Aku main-main cakap je sebab serius aku ingatkan Ain main-main sebelum ada suara balas dekat telefon tu. "Assalamualaikum Nuha." Bulat mata aku dengar suara tu dan Ain dah hulur aku segelas air sebab aku dah tersedak nasik.


ORANG depan aku ni senyum dan aku tunduk kepala sebab aku rasa berdebar. Senyuman yang sering menjadi tumpuan mimpi aku sejak hati aku dia curi 10 tahun dulu. Ceh, sejak bila aku pandai tulis ayat manis macam ni.

"Saya ada banyak tahu benda tentang awak dari Ain. Ain cakap awak masih single walaupun dah ada orang masuk meminang awak dulu." Adalah sorang senior aku datang rumah merisik aku tahun lepas tapi aku tolak sebab aku tak dapat apa-apa lepas seminggu aku istikharah.

"Jadi, saya rasa awak dah tau kenapa saya jumpa awak hari ni sebab kemungkinan besar Ain dah cerita dekat awak." Aku berpaling ke kanan dua minit sebab jantung aku ni dah over mengepam darah. Aku rasa rahang aku dah jatuh bila aku berpaling balik tengok dia.

Ada sebijik cincin depan aku dan dia cakap, "Nuha Aliya binti Fakhrurrazi, sudikah awak menjadi yang halal buat saya, Muhamad Aminuddin Mohd Zaidi?" Dia cakap lagi senafas, yang sememangnya buat aku tak cukup nafas.

"Nuhaaaaaaaa! Say yesssssss!" Ain jerit kuat, tapi dia tu duduk tak sampai lima langkah pun dari aku. Natrah yang duduk sebelah dia tu pun dah angguk suruh aku terima.

Aku tengok cincin tu lima minit sebelum kata, "Awak datang rumah saya lagi seminggu. InsyaAllah saya bagi jawapan."

Dia angguk sebelum minta diri. Lalu Ain dan Natrah dah terkedek-kedek datang dekat aku sebab piza yang Amin bawa tadi tak tersentuh langsung.


"TERIMA KASIH." Dia cakap senafas sebelum tersenyum manis lagi.

"Nuha saya yang manis. Terima kasih sebab sudi jadi yang halal buat saya." Dia cakap lagi macam tu lepas sesi pembatalan air sembahyang tadi.

Ain dengan Natrah pun apa lagi, senyum la lagi macam diorang pula lah yang kawin. "Omooooo, Natrah nak kawin jugak boleh tak Kak Ain!"

Takdir ni yang tak pernah aku sangka akan jadi. Bila seorang Nuha Aliya ialah tulang rusuk kiri Muhamad Aminuddin yang hilang. Bila Amin kata Nuha ialah milik saya.

THE END


PS: Okay aku rasa bangga betul dengan diri aku walaupun aku tulis cerpen cerita cinta biasa-biasa, walaupun aku rasa ayat ending aku tu entah apa-apa, walaupun aku rasa aku tak tau nak letak tajuk apa cerpen ni sebab aku tulis secara berterusan selama 2 jam dan siap. Mintak maaf tak best :( Nanti aku usha fikir cerita lagi best. 








3 comments:

  1. okey kot citer ni...=D
    Ada request ni!! tolong siapkan cerita kita..
    dah lama tunggu nie.. Please-2 =D

    -nia

    ReplyDelete
  2. sila cakap ko mcnaa, trimas :D

    ReplyDelete
  3. terima kaseh kerana memberi beban kepada saya. =) saya akan cuba sedaya upaya. pehh!

    orkid=)

    ReplyDelete