Friday, 13 September 2013

Hijau Lumut dan Biru Laut 1


TADI masa di sekolah dah keluar keputusan peperiksaan pertengahan tahun. Sedih yang amat bila tengok kertas putih tu. Rasa nak keronyok lepas tu baling ke lombong. Tapi takkan sampai hati nak buat macam tu la kan. Sebab mama akan tanya hari-hari keputusan tu mula dari hari pertama habis exam.

Siapa tak lelah kan?

Sebab dia tak berapa nak faham kenapa la susah tahap petala kelapan belas dah subjek Biologi tu ha. Ujian pengesanan hari tu dapat cukup-cukup makan je. Dapat 40 peratus. Mama dah bagi warning, kalau lagi sekali dapat markah macam ni memang mama akan hantar masuk kelas intensif sampailah habis SPM tahun depan.

Terduduk dia di kerusi batu tepi koperasi sekolah disitu. Sambil beg digalas di belakang dan sambil kertas putih ditenung macam nak tembus.

I am totally dead meat.


ADA segumpal kertas yang masih bersih di bawah meja. Kaki mula menguis serta ditimang rendah. Nak buat gaya macam Zidane, tapi macam perasan lebih pula aku ni kan. Takpa lah, nanti bila balik nak pinjam bola angah. Bayang la bola tu macam Biologi. Sepak sampai lebam. Puas sikit hati aku yang membara ni.

"Nabil?"

Tersentak. Kepala didongakkan sedikit. Mata mula menyapa wajah bersih Cikgu Serina. "Jom ikut cikgu masuk kelas."

Minggu lepas, masa tangan masih terketar-ketar, masa jantung masih mengepam laju darah ke arteri-arteri yang sepatutnya seperti lajunya Hamilton bawa McLaren Mercedes masa zaman-zaman kegemilangannya dulu, tetap aku hulur juga kertas yang sehelai tu.

Mata bundar mama mula menjelajah isi kandungan kertas tersebut. Aku tau subjek mula-mula mama akan lihat ialah subjek Biologi. Ye lah, mama kan Guru Cemerlang subjek Biologi. Malu lah bila anak dia dapat D untuk subjek dia kan.

Aku tengok mama dah terkedu sambil tangan kiri dah menutup mulut. Aku tau mama sedih, tapi nak buat macam mana. Nak kata mama tak ada alternatif nak ajar aku, dah tiap-tiap minggu mama sental aku suruh buka buku Biologi tiap-tiap hari Rabu lepas isyak.

Dengan terkilannya mama, kena juga mama hantar aku ke kelas tuisyen Biologi Cikgu Serina ni. Mama kata untuk kebaikan aku juga. Aku iyakan saja. Tapi yang tak tahannya, bukan Biologi saja subjeknya. Biologi, Kimia, Fizik dan Matematik Tambahan! Pengsan sekejap aku dibuatnya lepas mama kata macam tu.

Dah, berhenti ingat cerita lama. Sekarang ni kaki aku dah menuju ke kelas. Berdebar-debar juga aku. Bukan apa, sebab aku ni bangsa yang tak reti nak cari kawan baru. Sejak darjah satu tu la aku hadapi susah senang dengan dua orang sahabat aku sekarang ni - Nas dan Put.

"Nabil boleh duduk dekat situ. Ni anak-anak cikgu. Amni dan abang dia, Ilham." Aku hadiahkan senyuman untuk dua-dua anak cikgu tu sambil kaki aku dah melangkah untuk duduk di tepi Amni.

Nak atau tak nak, aku kena buat kawan juga Amni ni atau tak aku takkan dapat faham apa-apa. Ye lah sebab aku dah banyak sangat dah ketinggalan. Tu la pasal, awal tahun dulu mama dah kata nak daftar aku masuk Klinik Biologi ni tapi aku tak berminat.

"Sila buka nota yang cikgu dah edarkan minggu lepas." 



HARI ni hujan. Hujan rahmat la kot. Rahmat yang Allah bagi sebab Cikgu Serina dah mula buat aku suka subjek Biologi. Kalau aku bagitau mama ni boleh jadi mama buat sujud syukur. Boleh jadi. Sebab mama cakap along dengan angah tak ada lah seteruk aku. Paling-paling tidak, markah Biologi diorang B. 

Dah lah. Tak mahu fikir lagi. Lagi fikir lagi banyak buat aku sesak nafas sorang-sorang. Tak pasal-pasal semput nanti siapa nak bertanggungjawab.

"Hai."

Ya Allah. Sumpah aku kata aku tak mau cakap dengan siapa-siapa pun masa ni. Nak nikmati hujan-hujan renyai dengan duduk berlunjur bawah gazebo ni ha.

Bila aku berpaling ke kanan, aku tengok anak lelaki cikgu Serina tu dah duduk bersila menghadap ke arah yang sama aku memandang.

O...k? Am I supposed to hi back... or what?

"Awak lupa ni." Ilham, atau siapa dah nama dia tadi? Ok you don't really give a damn or something right. Anak cikgu Serina tu hulur file aku - atau lebih tepat file Nawal sebenarnya sebab aku tak ada file lebih nak buat simpan nota-nota Biologi aku, yang warna merah jambu tu. Ya warna merah jambu. Aku tak selalu jambu mana dengan minat warna merah jambu sebab aku suka warna hijau ; hijau lumut. Aku selalu akan guna warna pink bila mana aku sedih atau mood tak terkawal. Jadi macam mana dengan kata-kata orang-orang putih tu yang kata 'in the blues'? Adakah ia turut bermakna seseorang itu akan beralih arah kepada warna biru apabila sedang menghadapi hari-hari sedih? Ya ke?

"Terima kasih." Aku tarik file tu letak di sisi sebelum aku sedar aku sedang duduk dalam keadaan kurang senonoh di tempat awam.

"Saya Ilham, Ahmad Ilham."

Mama selalu cakap, kalau orang tengah bercakap dengan kita, dengar dan fokus serta bagi perhatian. Lagi bagus kalau boleh bagi respond yang baik. "Saya Nabil, Nabil Aulia. Nice to meet you." Aku hadiahkan senyuman manis sambil merenung ke mata dia dua saat dan lebih. Ye lah. Ajnabi kot. Kalau rasa memang nak minta menanah telinga kena usrah dengan kakak naqibah buat la lagi tenung anak teruna orang lama-lama.

Aku senyum dalam hati. Dua saat dan lebih tu aku sempat imbas lelaki ni dengan baik, dan aku berpuas hati sebab bak kata orang-orang putih (lagi), first impression is important. Rambut kemas. Baju kemas. Muka jernih - beriman la sikit, mungkin. Dan aset paling penting dia - jambang sejemput yang menarik hati. 

"Nak tanya sikit boleh?" Tiba-tiba rasa nak tanya. Apasal aku tiba-tiba jadi talkative dengan stranger ni? Apasal?!

"Ya?" Dia senyum sedikit sambil masukkan kedua-dua tangan ke dalam poket jeans. Hujan dah semakin lebat.

"Awak dan Amni tu twins ke?"

Senyum lagi. "Everyone asked the same question. Tak ada lah. I'm older by two years. Saja masuk tuisyen ni sambil-sambil tunggu tawaran masuk universiti." Senyum.

Aku angguk sedikit tanda faham.

Kereta Perodua Kenari merah mama dah menyapa mata aku. Aku keluarkan payung kecil yang sentiasa menjadi peneman dimana aku berada. Mama juga selalu pesan bawa payung nak pergi mana-mana. Semua anak dia, dia nasihat yang sama. Aku dan Nawal ikut saja, tapi along dan angah tak. Diorang kata, diorang kan lelaki. Takkan nak bawa payung. Tak macho lah. Macho tak macho, hari tu balik pergi kedai basah kuyup sebab tak bawa payung, sedangkan hari memang dah gelap. Aku gelak kuat sebab bangun pagi esok hari along dah kena demam panas. 

"Saya balik dulu." Dia angguk.

Aku berjalan - atau lebih tepat berlari-lari anak ke arah kereta mama sambil senyum. Senyum di bibir, juga senyum dalam hati.

Mama, hari ni Nabil jatuh hati dengan Biologi dan anak teruna cikgu Biologi!



1 comment: