Wednesday, 23 November 2011

P/s I Love You 1



1

"Allahu akbar!"

"Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahi rabbil 'alamin. Arrahmani.."

BOOOM!

Bunyi mercun dari tingkat bawah rumah banglo dua tingkat itu mengejutkannya sehingga membuatkan dia terjerit kecil.

'Eee! Habis batal sembahyang aku. Tak ada orang lain dah ni. Ni mesti kerja budak tak senonoh tu dengan geng kecik dia.' seloroh hati kecil Yasmin.

Yasmin turun ke tingkat bawah dengan masih memakai telekung solat. "Eh eh. Yasmin nak ke mana tu dengan bertelekung lagi?" hairan Puan Raudhah. Tadinya Yasmin katanya ingin solat isya' sebentar setelah hampir sejam membantunya di dapur. Esok, adik iparnya, Hannan akan bertunang dengan pilihan hati, A'dif.

Yasmin berpaling mencari ibu mertuanya. "Eh bu. Tak ada lah. Nak pergi tengok luar kejap. Bising bunyi mercun tak habis-habis. Nak solat pun tak senang." Puan Raudhah membuntuti Yasmin ke pintu utama rumah itu. Kelihatan beberapa orang kanak-kanak berusia lingkungan 9 tahun sedang bersuka ria bermain bunga api.

'Kan dah kata, ada jugak kanak-kanak ribena terlebih umur kat situ.' Yasmin mengetap bibir. Belum sempat Yasmin membuka mulut, Puan Raudhah terlebih dulu berbicara. "Am, sudah-sudah la tu. Panggil adik naik. Makan malam dah siap." dan berlalu ke dapur kembali.

"Okay, bu." Am menaikkan ibu jari kanannya. "Adik. Jom naik makan. Irfan, Mai, Yan. Jom naik sekali."
Am melangkah masuk ke dalam rumah sambil tersenyum ke arah Yasmin. Dia mencuit hidung Yasmin dan terus menuju ke arah dapur.

Aku dah agak dah. Memang dah jadi tabiat dia. Habis wudhu' aku. Takpa-takpa. Hari ni hari dia. Esok hari Selasa. Bukan hari aku pun. Haish, bilalah nak balas dendam ni.

Yasmin kembali ke dalam biliknya untuk solat isya'. Usai selesai solat isya', Yasmin merebahkan dirinya di atas katil bilik itu. Allahu akbar. Letihnya hari ni.

Flashback 4 bulan sebelum...

Yasmin terkejut. Tidak sangka dengan apa yang diperkatakan oleh Mama dan Papa sebentar tadi. Sudah sering dia mendengar tentang perkara ini, tetapi tidak sangka Mama memaksudkannya.

Mama dan Papa bagi tempoh 1 bulan untuk kenalkan calon suami untuk Yasmin kepada mereka. Alasan Mama, pertama sebab umur Yasmin sudah menginjak 27 tahun. Takkan lah masih tidak punya 'orang istimewa'? Mama pun dulu kahwin sedikit lewat, tetapi tidaklah sampai berumur 27 tahun masih tidak berpunya?

Dan pada suatu hari. Yasmin laju menuju ke arah pintu perlepasan untuk menaiki kapal terbang menuju ke Singapura untuk menghadiri majlis akad nikah Abang Long.  Tiba-tiba, dia terlanggar seorang lelaki yang sedang mundar mandir di situ. Habis terlepas barang yang dipegang di tangan. Lelaki itu laju mengutip barang-barang yang jatuh, lalu tangan Yasmin ditarik olehnya ke arah seorang lelaki warga emas. Yasmin tergamam dan terkejut.

"Atuk, ni calon isteri saya." kata lelaki itu berserta sebuah senyuman yang agak manis ke arah gerangan lelaki yang dipanggil Atuk itu.

Yasmin terkejut lagi. "Eloklah kalau macam tu." kata Atuk. Yasmin dihadiahkan senyuman, dan Atuk berlalu pergi.

Selepas memastikan Atuk sudah hilang dari pandangan mata, lelaki itu menghadap Yasmin, dan "Thank you, so much! Kalau awak takda tadi, tak tahulah apa saya nak buat. Oh, by the way, I'm Ameer." Yasmin senyap. Dia melihat ke arah tangannya yang masih dipegang oleh Ameer.

"My hand, sir?" 


"Sorry." Seraya melepaskan tangan mulus milik Yasmin. "This is my card, and thank you again, Miss?"


"Yasmin." Yasmin mengurut tangannya yang sedikit kebas.

"Yes. Yasmin." Ameer menghulurkan kadnya. Yasmin menyambut business card itu. Ameer Ashraff Ahmad Radzi. Familiar aje nama. Siapa ya?

"Saya pergi dulu okay. Terima kasih sekali lagi." Ameer melambaikan tangannya.

Dan sepanjang jalan menuju ke Singapura, Yasmin masih memikirkan tentang Ameer. Ya Allah. Kenapa la tak boleh ingat time kat aiport tadi. Am! Berzaman dah aku tak jumpa Am.

Tapi, aku dikenalkan kepada Atuk dia sebagai calon isteri? Kenapa? Yasmin, think! Kau boleh ambil kesempatan untuk perkara ni. Mama suruh kau cari calon suami. Dan, Am kenalkan aku sebagai calon isteri. Kalau aku tak jumpa dalam masa 1 bulan ni, Mama akan kahwinkan kau dengan anak kawan Papa, Pak Cik Sulaiman tu. Tak mahu la aku kahwin dengan orang yang aku tak kenal.


Yeah, Mama. You'll have a son in-law later. In three months, Mama.


Dan tanpa disangka-sangka, Mama kejutkan aku dengan berita yang tidak difikir dek akal warasku. Keluarga Am datang rumah! Dengan hajat yang besar ingin meminang aku. Dan Mama terus terima, tanpa persetujuan aku sebab Mama fikir memang Am 'orang istimewa' itu.

Dan selepas itu barulah aku terasa bagaimana sedihnya hati apabila kahwin dengan orang yang kita tidak suka, classmate kita semasa sekolah menengah.

And here I am later after 4 months, I am someone's wife now.


Yasmin terlena selepas mengelamun panjang.
*****

Bunyi alarm telefon yang membingitkan telinga ditutup. Yasmin cuba bangun dari pembaringan tetapi gagal. Tangan yang melingkari pinggangnya dialihkan. Tuala dicapai. Lampu bilik air dinyalakan. Suis heater juga dihidupkan.

"Min?"

Yasmin berpaling ke arah Am. "Apa?"

"Pukul berapa ni?"

"6:02a.m."

"Can I join you?" Mata Yasmin yang kuyu pantas membulat. What?

"Erk. Saya mandi bilik air bilik sebelah aje lah." Yasmin laju keluar dari milik itu. Argh! Boleh mati malu aku macam ni.

*****

PUAN Raudhah laju menuju ke pintu utama. "Mak Su dengan Pak Ngah dah sampai tu," Yasmin segera bangun ingin ke dapur. Semalam, Mak Teh sampai, terus pergi kampung sebelah, rumah ibu mertuanya yang sakit teruk.

Hannan masih berada di dalam bilik. Sedang bersiap-siap. Majlis akan bermula lagi 2 jam, masih punya banyak masa. Semerbak harum bau mee kari dari dapur hasil air tangan Puan Raudhah boleh membangkitkan selera siapa sahaja yang sedang lapar, termasuk Yasmin.

"Yasmin," Terasa bahu Yasmin disentuh dari belakang. Yasmin yang sedang membasuh tangan di paip sedikit terkejut.

"Am mana, Min? Mama nak minta tolong dia pergi ambil kek kat kedai kejap," Tanya Puan Raudhah yang baru datang dari ruang tamu. "Oh. Am, dia cakap, nak take a nap kejap tadi. Min pergi kejutkan dia, ok?"
Puan Raudhah mengangguk setuju.

Yasmin mendaki dua puluh anak tangga untuk menuju ke biliknya. Daun pintu ditolak. Kelihatan Am yang sedang lena dibuai mimpi di atas katil. Siap pakai comforter lagi! Cakap nak take a nap. Teruk teruk. Yasmin menggaru kepala yang tidak gatal. Macam mana nak gerak ni? Selalu, pagi-pagi lagi dah bangun sendiri tanpa perlu digerak-gerak.

Yasmin mencucuk kaki Am menggunakan jari telunjuknya beberapa kali. Bagai mencangkul angin, takkan ada perkembangan punya! "Am. Am. Bangun." Yasmin menggoyangkan tangan Am pula. Juga tiada perkembangan. Jangan menyesal nanti kalau ada yang cedera ni.

"Am sayang. Bangunlah. Mama suruh pergi ambil kek." Yasmin menampar pipi Am, tetapi masih berlembut! Kalau tak bangun juga ni...

"Selamat pagi, sayang." Am menggeliat, lalu mengambil kesempatan memberikan sebuah 'morning kiss' di pipi gebu milik Yasmin. Am bangun menuju ke arah bilik air.

Kaku.

Tiada perasaan.

Yek. Yek. Air liur basi dia bagi aku! Yasmin mengelap pipinya dengan menggunakan belakang tangan. Hampeh! Baik aku turun tolong apa yang patut kat bawah.

"Min. Jom ikut saya." Am mengelap mukanya menggunakan tuala yang tersidai. Terlambat. "Okay. Saya tunggu bawah. Mak Su dengan Pak Ngah dah sampai tu."

xoxo,
Kahlia.

3 comments:

  1. i think, i'm just going to laugh.
    hahahahahahahahahahahahahhahahaha...
    okay, enough!
    bkn gelak kejam, mengejek 2.
    ni yg btl pnye:good try! wish u the best luck...
    peeppppp

    ReplyDelete
  2. tade pape. ala, kakak niey sorang! tu pon nak marah. *jebek ni

    ReplyDelete