Wednesday, 21 November 2012

cerita kita 7 - anis chan xoxo


AKU duduk di atas kerusi panjang yang disediakan. Fuh! Sakit urat belakang aku kejap. Mujur Kak Jaja boleh tahan lagi. Kalau terberanak dekat kedai tadi tak ke naya aku!


"Kak! Kain akak basah tu!" Aku menjerit masa tengah letak kek black forest dalam peti.

Kak Jaja yang tengah baca buku berpaling. "Aaaaah! Nak beranak dah ke?! Yin, call Abang Man cepat!" Kak Jaja pegang perut. Aii, patutlah tendang kuat semacam je tadi.

"Erh. Tak boleh. Masuk voicemail." 

"Call je sapa-sapa! Lala ke. Aduh aduh.."

"Aaaa. Kak. Jap-jap." Baru je nak call Lala, dia dulu yang call. Oh thank god! Tapi tak sempat nak kata apa-apa, dengar Abang Man dah menjerit dekat Lala. Dan Lala dah letak phone!

"Kak! Yin nak kena drive la macam ni."

"Aaaa.. Suka hatilah! Jom jom. Akak rasa macam dah nak keluar kepala dah ni."

Aku tolong Kak Jaja bangun masuk dalam kereta. Kedai pun kunci ala kadar je. "Kak, sila pakai seat belt." Aku mula tekan pedal minyak dan sedar-sedar je aku dah sampai KPJ Ipoh Specialist Hospital. Abang Man, kau bayar lah dah orang call tak nak angkat!


Aku tengok phone di tangan. Nak call siapa? Ah ya, kenapa lupa nak call Mama ni? "Hello. Assalamualaikum. Ma, duduk dekat mana sekarang?"

"Ada dekat rumah. Tengah minum air teh, baru lepas berkebun."

"Sorang?" Hari ni hari sabtu kan?

"Taklah. Dengan Abang Man ni."

"Haa. Bagus Ma. Mama meh la datang sini."

"Bakery? Nak buat apa. Bunga tu banyak lagi nak kena tanam."

"Bukan. Dekat hospital." Hehe. Aku senyum dua posen sorang-sorang.

"Hah? Kak Long accident ke?!" Adoyai Mama ni. Kalau aku accident aku tak call, tidur je terus kat hospital ni lagi best.

"Tak lah. Ni haa, Kak Jaja beranak dah ni." Aku gelak.

"Hah?! Kenapa tak cakap. Boleh pulak buat suara macam orang tahan kentut macam tu. Hospital mana?"

"Hospital paling special dekat Ipoh. Ok Mama, datang tau. Assalamualaikum."

Tak sampai 20 minit aku tunggu, Abang Man, Mama dengan Lala dah sampai. "Yin ni kan, nak je Abang cepuk ke smack down ke. Kenapa tak call? Bini Abang mana?" Abang Man dah tanya soalan bodoh. Tengah beranak la Abang oi.

Aku muncung mulut dekat bilik deliver. "Abang cuba la ketuk." Aku saje je. Boleh pula Abang Man pergi ketuk betul-betul! "Eh, janganlah. Yin saje je tadi. Abang!"

Tiba-tiba ada seorang nurse buka pintu. Dia pakai sarung tangan dengan ada air ketuban dekat tangan. "I'm her husband. Boleh saya masuk?" Nurse tu angguk dan pintu ditutup lagi. Aku tengok Lala, dan Lala tengok aku dengan mata terbuntang dua-dua. Dua saat lepas tu kitorang sama-sama gelak. Ada pulak nurse tu bukak pintu!

Setengah jam lepas tu baru Abang Man keluar. "Yin, ko memang nak kena kan!" Aku senyum tak kesah. Hah, macam mana tu? Lala dengan Mama dah kerut kening. "Jaja macam mana?" Mama tanya Abang Man.

"Selamat je dia. Dengan dua orang baby dia. Yin ni ha yang tak selamat. Rasa macam nak smack down je lah budak ni." Ala, dia nak marah sebab aku buat pakatan axis dengan Kak Jaja tak bagitau yang dia nak dapat dua anak la tu!

"Apa dia Abang? Kak Jaja dapat twins? Yeay!" Lala dah menjerit sampai mengganggu ketenteraman awam.

"Mama, Lala dengan Yin balik la dulu. Dua jam lagi boleh la Jaja balik." Aku dah bangun dari kerusi. "Mama, jom Kak Long hantar Mama balik. Kak Long nak kena pergi kedai balik ni. Ada orang nak ambik kek pukul dua belas." Aku tengok jam. Dah pukul 11.30.

"Lala, jom balik." Mama tarik tangan Lala sebab nampak macam budak tu malas nak gerak. "Lala kan ada kelas pukul dua belas suku. Jangan ngada-ngada nak ponteng. Lapan hari lagi kan nak exam." Mama kan Mama terbaik atas dunia. Dia pulak yang tolong risau daripada Lala.

"Ye lah, ye lah."


DALAM banyak-banyak kawan aku, Sarah ni lah yang paling cantik sekali. Cantik dia memang cantik original sampaikan pernah abang aku tu jatuh tahap tergolek dah kat budak Sarah ni. Pernah sekali aku tanya Sarah sebelum abang aku tu hampa dan jumpa Kak Jaja.


"Sarah, kalau kau jadi kakak ipar aku, nak?"

Sarah yang masa tu tengah baca buku dekat taman permainan tengok aku dengan muka yang tak ada maknanya dan cakap, "Reject mentah-mentah."

Memang jawapan yang dapat diagaklah kan. Dia tu tak ada maknanya nak suka dekat lelaki. "Abang aku tu suka dekat kau. Dia cakap kau ni manis."

"Rejected again."


Aku tengah menhendap hard disc Han masa Sarah tepuk belakang aku. "Apahal?"

"Aku boleh buat rumah ni macam rumah aku kan?" Sarah tanya.

"Bolehlah." Ayah dengan Mama keluar pergi beli barang dapur nak lepas stres kerja. Lala hari ni exam. Abang tadi dia cakap nak keluar sebab nak jumpa klien. Jadi aku ajaklah Sarah dengan Han teman aku dekat rumah sambil teman Kak Jaja dengan dia punya babies.

"Aku nak pergi buat air."

"Pergi je lah. Buat untuk aku sekali."

"Hah. Kau kenapa bukak cerita ni." Sarah dah jerit dekat aku bila aku bukak Innocent Man episod 15. "Cerita ni best apa." Aku angkat kening double jerk dan ambik air yang Sarah buat tadi.

"Sarah kan dia minat Joong Ki. Dalam tak suka tu tengok jugak sebenarnya cerita ni. Hari tu asek duk sebut je nak copy cerita ni." Han jeling Sarah macam nak terbalik je mata dia tu.

"Akak pun minat jugak apa." Kak Jaja mencelah sambil pegang Hafiy. Hadif dah tidur.

"Ahh. Akak jangan ngengada nak minat segala. Akak dah kawinlah." Han cakap macam tu. Kak Jaja senyum mengejek sambil buat muka 'apa je akak kesah'.

Jadi kitorang tengoklah cerita tu sambil komen macam-macam benda yang patut dan tak patut. Han lah yang paling banyak sekali bunyi sebab dia tu kan kerja part time dalam bab-bab mengkritik ni.

"Aaaaah tidak! Kau sepatutnya simpan first kiss kau tu dekat yang halal tau tak!" Han kritik lagi. Dan Sarah cepat-cepat tutup Windows Media Player tu sebab dia tak suka tengok benda-benda macam tu.

Aku dengan Kak Jaja dah gelak kuat-kuat. Dan Kak Jaja tiba-tiba tanya soalan luar alam, "Kau orang ni, agak-agak bila nak kawin?"

Han petik jari. "Lupa pulak. Kejap ek." Han dah pergi ambik sesuatu dalam kereta. "Han, ambik yang aku punya sekali!" Sarah jerit.

"Ambik apa dia?" Bulat mata aku kejap. Jangan-jangan...

"Nah!" Han dengan Sarah cakap serentak sambil bagi aku dua keping kad wangi. Ni kad kawin la! Aku buka kad tu dan sebut nama pengantin tu. "Nur Farhan Dato' Zikree Tan dengan pasangannya Rafiq Ar Rashid." Aku pas kad Han tu dekat Kak Jaja sebab dia dah cuit aku minta nak tengok.

Yang Han punya tadi aku tak ada la terkejut sangat. Yang ni ha! "Nik Nur Yasarah Nik Asmadi dengan pasangannya Luth bin Hadi. Apaaaaaaaa?!" Aku dah tengok Sarah dengan penuh makna ni.


"APASAL LAH kau tak cakap dengan kitorang dulu ha. Nak berahsialah konon." Sadis betul aku dengar cerita si Sarah durjana ni. Sampai hati betul tak cerita langsung dekat aku yang bahawasanya dia dah jadi tunang orang 5 tahun dah!

"Aku tak nak hebohkan lah. Bukannya aku suka pun. Buat kacau mood je aku nak pergi England. Jadi aku buat bodoh je lah macam tak ada benda yang dah jadi. Kalau cerita dekat korang, lagi la tiap-tiap hari korang duk tanya." Sarah cerita dengan penuh semangat.

Patut ke tak sebenarnya dia tak cerita langsung dekat aku dengan Han, lagi-lagi lah dekat Rujhan kan! Sebelum dia pergi Leeds lima tahun lepas tu dia kena bertunang. Bapak dia takut Sarah tu sangkut dekat mat saleh mana-mana masa duduk England tu. Sebab tu lah dah jadinya begini.

"Korang tau tak apa reaksi aku masa lepas baca kad kawin korang lepas tu aci kawin serentak macam ni?" Aku tanya Han dengan Sarah sambil ramas poket seluar sebab geram.

Dua-dua geleng.

"Gila!" Dua-dua dah bantai gelak kuat-kuat sampai Molly anjing chihuahua Miss Chin tu dah menyalak tak cukup suara,

"Jadi kau kawin paksa la ni?" Aku tanya Sarah dan berpaling dekat Han. Dia ni dah senyap sebab dia dah tau macam-macam lagi awal daripada aku.

"Tak ada lah. Aku dah belajar redha. Pilihan ibu bapa kan pilihan yang terbaik." Sarah senyum, tapi nampak sangat senyum tu tak ikhlas.

"Eh jap. Aku kawin dulu dari kau kan?" Han tanya Sarah sambil peluk badan.

"Haah. Awal sepuluh hari. Kenapa?"

"Korang jadi bridesmaids aku ek." Aku dah buat rolling eyes bila dengar Han cakap macam tu. Tak nak aku! Sarah pun macam tu jugak. Lagi-lagi la bila tengok tempat Han kawin tu, dekat hotel! Mesti letih tahap dewa nanti.

"Ala boleh laaaaaaa. Bukan tolong kibas aku atas pelamin. Tolong bagi coklat dekat budak-budak je. Baju korang Mama aku sponsor. Baju biasa-biasa je, atas taste korang dua. Jahit labuci dekat hujung-hujung je. Tak sarat. Boleh la ye." Banyak la dia ni punya penjelasan. Tapi aku dengan Sarah terima la dengan hati yang terbuka dengan slow motion bila dengar pasal baju tu. Heee, boleh baju free!

Han dah nak kawin. Sarah yang buat macam lelaki aci wujud aci tak atas muka bumi ni pun dah nak kawin. Jadi aku ni macam mana. Macam mana kesudahan cerita aku dengan the-so-called-blue-guy tu? Sadis pulak bila aku fikir secara serius pasal ni.





ps: hai. maafkanlah saya kerana malas nak menulis lagi-lagi dengan blogger yang taknak buat kerjasama serantau dengan saya ni. heeee. mintak maaf jugak sebab cerita ni tak sedap. mintak maaf jugak sebab saya poyo aci macam ada orang je baca. sebenarnya saya je yang baca tiap-tiap hari post sendiri sambil kembang sendiri lagi. haha. peace.

























1 comment:

  1. saya org first baca!! so,, sila bgi hadiah utk saya..hahaha
    btw, nape blogger xnak beri kerjasama serantau dgn awak ni?? cer citer

    -NIA

    ReplyDelete