Thursday, 20 December 2012

cerita kita 10 - orkid =)

"HAN sakitlahhh! Kau nak aku meraung ke apa?" Lengan yang dicubit Han berkali-kali tadi digosok. Minah ni, tindakan refleks dia sangat lah cepat. Yang menanggungnya, aku. Yang merananya, aku. Ada nampak tak ayat dimana tertulisnya Han terseksa? Adaaa??

Han dah tolak kertas bungkusan nasi kehadapan. Gaya macam dah habis makan. Tapi, aku tengok nasi banyak lagi. "Kau saja kan cakap lewat-lewat. Kenapa tak cakap dari dulu lagi? Ini dah..." Han dah naikkan jari-jemarinya. Mengira. "...4 bulan dah ni! Baru kau nak cakap?! Kau memang kan."

Okey. Over disitu. Bola mata dinaikkan keatas. "Kalau aku cakap awal pun buat apa? Kau harap aku boleh pakai baju kawin sama-sama dengan korang ke apa?" Lengan digosok perlahan.

Han mengangguk berkali-kali. Kertas bungkusan ditarik semula. Kan aku dah cakap. Dia takkan membazirnya. Tambah lagi, ni memang selera dia.

Bola mata dinaikkan sekali lagi. "Ha. Ha. Mengarut. Look. Dia tu sama je la dengan guys yang pernah kita jumpa selama ni. Jumpa sekali tu je la. Puji sekejap. Pastu, senyap."

Nasi lemak ayam goreng berempah Han dah habis licin. "Ni lah masalah dia. Kau tak sedar. Ini bukan jumpa sekali JE yang macam kau cakap tu. Pastu, puji sekejap seperti yang dinyatakan tadi. Bukan macam tu lah Yin. Takkan kau tak nampak lagi? First. Korang berjumpa bukan sekali. Meh aku tolong bilang. Eeii. Aku ni kalau bab mengira, senang hati je aku nak menolong orang..."

"Kau. Pergi basuh tangan tu dulu. Buang sampah ni." Aku dah potong dia bercakap dulu. Mata dah tak lepas pandang Han yang dah bangun menuju ke singki bersama sampah ditangan. Minah ni, nak kawin pun tak reti-reti nak belajar adab tatasusila. Dah la tangan tak basuh lagi. Pastu, boleh pulak duk main tuding-tuding jari kat muka orang? Nasib baik tak kena sambal nasi lemak hidung aku ni.

Han mengambil tempat kembali. Mulut dan tangannya yang basah dilap dengan tisu. Air suam yang aku hulur ditolak tepi. "Sekejap. Kita kira dulu. First..." Han meletakkan jari telunjuknya dibawah dagu. Gaya berfikir. "Emmmm.. Ah. Ah. Yang masa sebelum kita jumpa dekat Hayaki tu. Kau, aku, Sarah. Yang kau kata kau baru lepas hantar Lala pergi sekolah tu. Time tu kau tengah on the phone dengan kitorang, pastu ada orang lelaki tegur. Tu dia kan? Sebab dia biru time tu, jadi aku yakin sangat yang itu ialah dia!" Han dah mengangkat kening berkali-kali. Aku mengangguk perlahan-lahan. "Haaa! Tengok. Hebat tak memori aku? Hebat tak?"

Dia tersengih panjang. "Kau tak percayakan otak aku lagi ni. Kau ingat aku tak boleh perah ke untuk ingat lagi? Jap ehh. Jap." Han menekan pelipis dahi dengan kedua-dua jari telunjuknya. Nampak sangat dia bersungguh.

Sunquick dihirup.

"Second. Second. Second!" Han petik jari dia berkali-kali. Ah. Sudah! "Kat rumah Mak ayah Khaleel. Betul tak? Ehheh. Kau ingat aku tak perasan ke apa? Mata aku ni, kalau dah nampak charismatic guy, toleh berapa kali pun aku sanggup. Well, handsome guys know how to put charm on me, dear." Han sengih bangga.

Mata disepetkan. Hamboi. Guys lagi? Nasib dah nak kawin. Tak pandang orang lain dah. "Kiranya, taste aku takdelah teruk sangat. Kan?"

"Ketiga..." Ceh. Tak dilayannya aku? "Masa kau cakap kau jumpa someone dekat Popular tu. Kebetulan kau nak ambil buku yang tinggi. Pastu ada knight shining armor datang tolong kau. Kau sendiri yang cakap kan? Yang itu ialah manusia yang pernah kau jumpa. Seriously aku yakin tu dia. Aiseyman... So sweeeeeetttt." Han tersenyum. Mata aku dah terkebil-kebil.

"Fine. Lagi? Ada lagi ke?" Aku buat muka angkuh. Sebab aku yakin dah takde dah.

"Yin. Muka kau tu, obvious sangat yang tu muka kalah. Ada lagi lah." Muka aku dah masam. "Time aku dengan Sarah kat court badminton. Aku rasa, dia ingat aku lah. And the last one, yang tadi tu. So, macam mana? I win?" Han menyilangkan tangan ke dada dan diletakkan diatas meja.

"Yang dua tu tak kira. Yang tu, kau jumpa. Bukan aku."

"Aaahh. Tak kira. Sama je. Yang penting, semua tu ada kaitan dengan dia. Kau nampak tak sekarang? Banyak kali dah kau jumpa dia. Kalau kau cakap awal-awal, memang aku seret kau sama pergi butik perkahwinan yang aku pergi tu. Jumpa wedding planner aku. Memang kau confirm lah akan kawin lusa ni." Sengih bangga lagi. "Eh Yin. dia takde nama ke? Aku penat la duk panggil dia, 'dia'."

"Ada la. Afiq. Afiq Haikal." Aku bangun menuju ke kaunter dan Han tersenyum di tempatnya.

Tiba-tiba, loceng di pintu masuk bakeri berbunyi, tanda orang tarik pintu. Cahaya matahari dari luar membuatkan mata aku silau. Tak boleh nak tengok siapa yang masuk.

Manusia tu dah sampai depan kaunter, tempat aku berdiri.

"Kawan saya cakap, chocolate cake kat sini sedap. Saya nak dua. Take away."

Macam pernah ku dengar suara ini. Suara lelaki. Aku masih lagi kaku di kaunter. Suara siapa ni? Muka tak nampak pulak dah.

Lelaki itu kemudiannya mendekatkan sedikit mukanya kearah aku. Nasib baik muka dia dah tutup silau matahari tu. Sakit mata aku.

"Cik Syirin? You heard me, right?" Lelaki itu tersenyum. Dimple.

Aku mula mencerna perkataan dan wajah dia. Oh myyyy... Aku tengok Han dah terlopong.


LELAKI tadi dah balik. Han mula menghampiri aku. "Wal. La. Wey. That's six." Mata Han dan aku yang tadinya merenung pintu yang baru tertutup rapat, sama-sama berpaling. Melihat sesama sendiri.

"Believe it or not. It's destiny. Heeee... Sukanya aku. Aku kena tweet kat Sarah dengan Rujhan ni yang kawan kitorang ni dah nak kawin. Dah jumpa jodoh!" Han dah keluarkan phone dia.

Aku mengeluh. Phone di tangan Han diambil. "Kau takde kerja ke? Berapa lama lagi kau nak bertapa kat sini?"

"A'ah kan. Bak balik phone aku." Han dah simpan phone dia. "Ni, aku nak pesan chocolate cake dua. Aku dengar Afiq cakap kawan dia cakap best chocolate cake kat sini." Han dah tersengih. Memanglah. Dia dah dengar. Logikla. Jarak Han duduk dengan kaunter ni, bukan jauh pun. Memang boleh dengar sebijik-sebijik la.

"Kau. Balik sekarang." Bukan dia tak pernah makan kek coklat hasil tangan aku pun. Dah banyak kali!

Han ketawa sepanjang berjalan ke pintu keluar bakeri.


ENJIN kereta dihidupkan. Afiq tersenyum apabila mengingati kembali kejadian di pejabat sebelum dia mengambil keputusan untuk singgah sekejap di bakeri ini waktu gap makan tengahari.

"Assalamualaikum?" Suara disebelah sana menyapa.

"Waalaikumussalam, Man." 

"Ah. Fiq. Kenapa?"

"I'll take your offer." Dan dia tersenyum. 

"Offer? Chop. Really?!"

"Ye la." Dia menjawab malas. Eh. Eh. Afiq, sekarang ni kau tengah bercakap dengan bakal abang ipar. Sila sopan. Nafas dihembus. "Iye, Encik Luqman. Saya serius."

"Kau jangan main cakap saya-awak ehh. Geli. Geli. Okey then. Ni, aku nak mesej kau benda jap lagi. Mungkin berguna..."

Benda tu memang berguna. Luqman hantar alamat bakeri Syirin dan alamat rumah diorang. Katanya, mana lah tau nak hantar rombongan terus. Tak payah kalut-kalut nak mintak alamat dah. Haha.

Dia tersenyum lagi. Seatbelt ditarik. Handbrake diturunkan. Pedal minyak ditekan.


HARI yang indah. Iris menarik langsir yang menutupi tingkap bilik. Jam 9.20 pagi. Kemudian, langkahnya dibawa ke pintu dan menuju terus ke ruang tamu.

"Abang!" Dia duduk di sebelah Afiq.

"Assalamualaikum." Afiq tak mengangkat wajah dari NST di tangan.

"Waalaikumussalam." Iris mencebik. "Beli apa breakfast hari ni?" Ibu takde. Jadi, takde lah orang nak tolong siapkan breakfast. Ibu dengan babah dua-dua takde. Pergi rumah mak saudara. Melawat. Baru beranak katanya.

"Nasi lemak. Tu. Ada kat dapur. Tunggu nak hidang je. Tolong ehh?"

"Yelah." Iris bangun dari duduk. "Abang. Side dishes takde ke? Tak beli roti canai? Kuih ke?" Iris dah bercekak pinggang dihadapan abangnya selepas melihat barang yang dibeli.

Afiq tepuk dahi. "Lupa lah."

"Alaaaa..."

"Ye la. Takpe. Abang tau nak buat macam mana." Jam di tangan dikerling. 9.30 pagi. Dia dah bukak kan? "Pergi hidang dulu yang tu." Handphone dikeluarkan dari poket seluar. Calling...

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam." Suara disebelah sana menjawab.

Afiq dah tersenyum. "Emmm.. Saya nak buat pesanan.."

Syirin dihujung talian dah pelik. "Encik, encik. Maaf, tapi kami tak buat perkhidmatan delivery ya."

Semakin lebar senyuman di bibirnya. "Siapa cakap saya nak suruh awak hantar? Saya call, nak suruh awak siapkan pesanan saya. Nanti, saya pergi ambil sendiri kat sana. Saya takut lambat pulak."

Pen ditangan diketuk ke kepala. Kau ni la Syirin. Itulah. Lain kali, biar dia habis cakap dulu. "Oh. Okey. Nak pesan apa ya tadi?"

"Cheese cake satu."

"Lagi?"

"Tu je."

"Okey. Assalamualaikum." Talian diputuskan.

Afiq mengangkat kening, merenung telefon ditangan. "Waalaikumussalam."


AKU menuju ke peti sejuk. Helleh. Siapa cakap saya nak suruh awak hantar? Amboi ayat. Peti sejuk dibuka kasar. Cheese cake satu. Kek itu dicapai. Tapi, kemudiannya diletak kembali. Biarlah. Tunggu sekejap lagi. Tunggu kasi sejuk lagi.

Saya takut lambat pulak. Sekali lagi ayat lelaki tadi bermain dalam fikirannya. Eeeiii... Apa dia ingat aku lembab sangat ke? Setakat nak capai kek satu tu. Sekejap je. Jarak bukan jauh pun. Eeeiii!!

Tu je. Elleh. Setakat satu tu je, baik datang kedai. Bukan lama pun nak beli!

Eh. Alaaa... Tak ingat nak tanya nama! Pukul berapa dia nak ambil. Haiyaa! Tengok? Habis semua tak ingat nak tanya. Siapa suruh perangai kau sengal sangat, Encik Customer?

Telefon diatas kaunter diambil. Eh? Kenapa dia call phone aku? Siapa je yang tau nombor ni?

---------------------------------------------------------------------------------

Heee.. Tak sangka. Dalam masa satu hari je. Lepas baca memo yang ditinggalkan anis chan, terus tangan ni tekan 'create new post' hoho. Disebabkan benda ni siap dalam masa satu hari, NO. -beberapa jam- saya rasa, ianya tak best sangat walaupun diri dah tersenyum sensorang sambil tulis. Itulah namanya syok sendiri. Haha.

1 comment:

  1. 'Sebab dia biru time tu'... fikiran dah merayap kat lain... btw, baca bab ni membuatkan aku senyum sorang-2, nasib baik tak de orang lain tgk.. huhuhu ;-)

    #N.I.A

    ReplyDelete