AFIQ menarik apple juice ke mulut. Tak sangka pulak boleh jumpa kawan lama hari ni. Tadi ibu pesan suruh pergi beli barang dapur sikit sebab kebetulan dia on the way balik dari kerja. Ada je orang tepuk belakang masa tengah ambil sawi dekat Tesco.
"Kau dah kawin, bro? Tak ajak aku pun?" Afiq angkat kening tak percaya.
"Eh. See the leg la bro. Bapak anak dua ni." Luqman tepuk dada. Eleh, riak gila.
"Twins?"
Luqman angguk. "Kau ni bila pulak?" Afiq tarik senyum, soalan common lah kan!
"Soalan common yang aku cuma mampu senyum."
"Ha, tu la kau. Aku dah cakap dulu, dekat universiti ni la nak cari. Nak pergi blind date macam haram. Tengok sekarang apa dah jadi. Kau jugaklah yang tak ada bini." Luqman geleng kepala. Mak aihh, cakap pasal bini nombor satu.
"Kalah mak nenek membebel." Apple juice disedut lagi.
"Alang-alang aku dah jumpa kau ni, kau nak tak kalau aku rekomen sorang anak dara ni." Lemah betul lah aku kalu orang nak kenenkan macam ni. Nak buat macam mana kalau orang tengok umur 27 ni dah layak jadi bapak orang, kan!
"Siapa?"
AFIQ menghempaskan badan di atas sofa. Pelipis diurut sedikit. Hari ni kerja tak ada lah banyak sangat. Yang buat dia terfikir panjang ni pasal Luqman cakap tadi.
"Siapa?" Aku tanya sambil tangan merungkai sedikit tie yang terikat di tengkuk. Lupa nak buang tadi.
"Adik aku." Luqman cakap sambil senyum.
Afiq yang sedang menyedut minuman tersedak sedikit. "Aku nak kena jadi adik ipar kau la ni? Banyak besar mandat kau."
"Nak kenal ke tak nak ni." Geram pulak dengan Afiq. Padanlah sampai sekarang tak kawin.
"Ye lah ye lah. Siapa nama dia?" Muka buat serius sikit. Tak nak bagi Luqman tengok dia main-main.
"Syirin Insyirah." I'm sorry?
"Afiq bila balik?" Puan Hasnah tegur dari belakang.
"Baru dua minit balik." Pelipis diurut lagi. Ibu, macam mana ni?
"Malam ni ada nak keluar ke?" Puan Hasnah sudah berlalu ke dapur. Automatik pelipis berhenti urut, bunyi dia pelik betul. "Tak ada kut, kenapa bu?" Afiq sudah berlalu ke dapur.
"Tak ada apa. Kawan babah nak datang rumah malam ni lepas isyak." Oh, ni mesti ada kena mengena pasal nak cari jodoh la ni.
"Bu, Afiq nak mandi lah dulu." Mujur asar dah sudah sebab mata rasa berat betul. Tapi tidur masa asar ni tak baik ibu kata.
Baru je nak masuk bilik air, telefon bising bunyi. Dengan malas Afiq berjalan ke meja sisi katil. "Assalamualaikum bro."
"Waalaikumussalam. Ha, kau mesti ada apa-apa telefon masa ni." Afiq pandang siling yang dah ada sarang labah-labah. Budak nama Hafiz ni paling tak, suka la ajak aku makan roti bom sambil usha anak Pak Majid dekat kedai. Budak bawah umur pun pandang, tak patut.
"Aku nak ajak main futsal ni. Kau free tak?"
"Aku tak boleh nak keluarlah malam ni. Ada kawan babah aku nak datang. Bila bunyi kawan babah ke kawan ibu ke mesti ada la mana-mana anak perempuan tak laku diorang tu nak datang promote dekat aku kan. Hello? Aku nak lepaskan perasaan ni!" Tiba-tiba je rasa nak lepas perasaan. Nak buat macam mana. Nasib lah kau Hafiz.
"Ha, tu la kau. Macam haram je nak ada perempuan. Kau ni dulu bukan main hero, darjah satu dah sunat. Aku nak masuk sekolah menengah baru nak sunat. Bila datang bab nikah kawin ni, kau surrender ni apa pasal?"
"Bukannya tak berkenan. Cuma tak ada kesempatan."
"Banyak tak ada kesempatan lah konon. Ah tak de tak de, kau kena kenal jugak dengan perempuan tu. Bulan depan aku nak dengar kau dah tunang." Eh suka hati jiwa raga dia betul nak arah-arah aku tak tentu pasal ni kenapa.
"Kau pehal bro?" Afiq dah angkat kening. Nak marah ni.
"Eh, marah ke? Wat lek ah. Aku gurau marah. Tak cool langsung. Futsal tu, malam esok. Bukannya malam ni pun. Tak pe lah Afiq. Mak aku panggil. Selamat maju jaya. Assalamualaikum." Laju je kan cakap kalau aku gertak sikit pun.
Nafas dilepas sedikit. Ibu, tolong campak je anak kesayangan ibu ni masuk lombong boleh?
MEE kari disuap ke dalam mulut. Ni yang sayang ibu ketat-ketat ni, masak sedap sangat! "Budak nama Mahirah tu ibu nak buat jadi menantu ke?" Afiq tanya sambil memerhati ibu yang tengah cuci pinggan.
"Ibu tak cakap pun." Puan Hasnah lap tangan yang basah pada kain yang bergantung di dinding. "Dah tu, ni anak kawan babah sekali dengan anak kawan ibu campur semua, Mahirah ni nombor tujuh la kan?"
"Manalah ibu tau. Afiq kira ke?" Puan Hasnah sudah melabuhkan duduk berhadapan dengan Afiq. "Mananya Afiq tak ingat. Mula dua tahun lepas. Ha, betul la Mahirah nombor tujuh. Mula-mula nama Shakirah, Aina, Meisarah, Farhanah, Dayani, Durrah. Yang ni, Mahirah. Ha, Afiq ingat semua."
"Afiq nak ke?" Babah yang tengah tengok Bujang Lapok dekat tv tiba-tiba menyampuk.
"Tak nak pun." Afiq telan suapan mee yang penghabisan. "Dah tu kenapa datang rumah? Selalu kalau kawan babah ke kawan ibu ke datang rumah bawak anak dara mesti nak kenen dekat Afiq."
"Yang Afiq perasan sangat ni kenapa. Biaq pi la diorang nak datang, merapatkan silaturrahim tu kan bagus. Tak semestinya nak kenenkan anak dara diorang dengan Afiq." Puan Hasnah teguk air sejuk.
"Ha, baiklah ibu." Afiq bangun letak pinggan dalam sinki. Hati dia ni bahagialah juga sikit, sebab dia tengah fikir offer Luqman tadi. Eh macam tengah sale orang perempuan nak buat bini pun ada.
AKU sedang makan nasi lemak yang aku beli dekat kedai Mak Jenab yang kena jalan dua minit dari bakery ni masa Han rempuh masuk macam nak merompak. Salah tempat betul.
"Kau apahal?" Aku tanya dengan mulut yang penuh. Ni mesti nak datang tengok cupcake. Baik Sarah la jugak, tak ada lah gelabah ayam kalau cupcake dia aku tak buat langsung lagi.
"Macam biasa, kau dah siap aku punya cupcake?" Han tanya sambil tarik kerusi duduk sebelah aku.
"Tak. Berapa biji dah kau order?" Aku senyum. Mesti meletup punya. "Kau ni bajet dah lama hidup ke apa. Kan banyak kali dah aku cakap. Aku order seribu bijik." Ha, mula-mula aku dengar tu memang aku tercekik air liur, sebab dia cakap cupcake yang aku buat untuk tetamu masa hari akad nikah dekat rumah je. Banyak wei, banyak! Lagipun cupcake yang dia order tu bukannya cupcake yang besar ibu jari tu, cupcake yang besar buku lima tu.
"Adalah budak-budak tu tengah buat dekat belakang. Dah 800 bijik jugalah siap. Sempatlah kau nak kawin lusa tu." Han senyum lega lepas aku cakap macam tu. "Jangan buat tak ingat pulak, pack cupcake tu dalam paper bag lepas tu stapler dengan kertas yang aku dah bagi tu, ok. Mama aku bagi duit bayar lebih sebab kerja stapler tu kau orang buat jugak."
"Kau busy ke? Nak join aku makan nasik? Ni ada nasi lemak ayam goreng berempah lebih aku beli tadi." Aku letak nasi bungkus tu depan Han lepas tu sambung makan balik.
"Kau ni, aku tengah jaga badan. Nanti makan banyak-banyak tak muat pulak baju aku tu nanti. Oh my gosh, you!" Aku tak faham betul dengan minah ni sekarang. Sejak-sejak nak kawin ni banyak pulak bab gedik dia tu. Tapi aku tau la dari raut muka dia tu, dia nak sangat makan lepas aku cakap ayam goreng berempah. Sengaja beli untuk Han, sebab memang dia akan datang pun!
"Alah, makan aje lah. Kau bukannya buat kebaya nyonya pun buat baju kawin."
"Ye baiklah." Han cakap macam tu sambil buka bungkusan nasi lemak tu dan terus sentap tanpa baca bismillah dengan tak basuh tangannya tu. Kan aku dah cakap!
"Eh, tadi masa aku singgah 7 Eleven, aku jumpa mamat pakai baju biru. Believe me, he is so blue!" Han gelak dengan mulut yang penuh nasik. Tak senonoh langsung. Lepas tu sambung balik, "Eh, tak adalah. Dia pakai t-shirt biru je. And by the way, kau nak tau tak mamat pakai baju biru tu aku rasa aku pernah nampak. Lama jugalah aku fikir masa aku tengah drive tadi. Lepas tu aku tiba-tiba ingat lepas dia senyum. Mamat yang aku cakap handsome yang kita jumpa dekat rumah Rujhan hari tu lah!" Bapak panjang Han cerita, dengan sambil makan nasi tu.
Aku yang sedang basuh tangan dekat sinki terkejutlah jugak dengar. Sebab memang dialah The So Called Blue Guy tu! "Han, aku rasa kan. Aku ada benda nak cakap dengan kau." Aku duduk depan Han lepas tuang sunquick dalam gelas.
Han kerut kening. "Kau ni kenapa. Ayat punyalah serius. Eh jap, kau nak kawin ke?" Aku tak boleh blah langsung kalau aku buat ayat serius sikit mesti dia tanya 'kau nak kawin ke?'
"Tak lah! Aku nak cakap benda lain." Aku menunjukkan kemarahan aku dengan menyepuk dia punya tangan yang ada atas meja.
"Ha, go on."
"Sebenarnya kan, The So Called Blue Guy tu kau dengan Sarah dengan Rujhan pun dah jumpa." Aku tilik kuku di jari. Eh, cantik jugaklah kuku aku ni. Tiba-tiba nak perasan.
"Don't tell me the guy that I just met just now!" Mata Han bulat sambil tunding jari telunjuk dia dekat aku.
Aku angguk. Han dah melopong.
ps: serius saya rasa episod ni tak best. sekian (Y) YAY HARI NI SAYA HAPPY SANGAT-SANGAT ALHAMDULILLAH.
PEACE!!! saya first human baca bab 9 ni..
ReplyDeletehuhuhu.. thanks sbb update