Thursday, 20 December 2012
cerita kita 11 - anischan xoxo
AKU yang sedang salin balik pesanan kek atas memo pad mengangkat kepala apabila bunyi loceng pintu menyapa telinga. Dahi aku jadi berkerut. What on earth is he doing right here in my building? Stalker ke apa hah!
"Eh Kak Syirin?" Seorang budak perempuan yang muncul dari belakang Afiq tiba-tiba menyapa aku. Oh my... Lupa pulak Iris ni adik Afiq.
"Eh, Iris." Aku serius tak tau nak berkata bagaimana. Acey, jaga keayuan depan abang beliau kah? Eh tak kuasa, lah sangat Yin kan!
"Kak. Tak cakap pun ada kedai bakery? Hari tu, jumpa dekat kedai bakery jugak kan. Kenapa pergi beli? Ambik dekat kedai sendiri kan lagi best." Iris menjelajahi bakery aku dekat mata bundar miliknya. Biasa je, iya lah. Ni kan kedai baru buka!
"Dah. Tak yah nak tanya banyak-banyak. Kata nak side dishes. Ha Cik Syirin, cheese cake tadi dah siap?" Afiq tepuk tangan Iris tanda 'jangan nak ngada-ngada'.
Eh? "Awak order cheese cake tadi?" Ei, malu jap I. Mana dia dapat I punya nombor ye? Ihik.
"Ha betul la tu. Eh, tak siap lagi ke?"
"Eh, dah siap. Saya letak dalam peti." Terus aku terkam peti dan keluarkan cheese cake. Aku senyum sikit. Nasib baik tak letak dalam kotak lagi. Boleh aku tengok muka dia lama sikit kan. Tak gitu?
"Mana dapat saya punya nombor?" Aku tanya dia sambil letak kek dalam kotak dan ikat riben.
"Ask your future sister in-law ni la." Perlahan Afiq menyebut. Tapi jelas di pendengaran Iris.
"I'm sorry? Tak dengar lah. Awak cakap slow sangat." Riben diikat ketat. Pisau kek plastik diambil dan diletakkan dicelah-celah riben. Siap!
"Tak ada. Iris yang bagi saya awak punya nombor." Iris senyum dekat Afiq. Eii, guwa dengar sebijik-sebijik ayat ko tadi. Nanti atas kereta guwa bash habis-habisan. Ada affair tak bagitau yek!
"Oh." Budak Iris tu memanglah ada nombor aku. Paling tak seminggu sekali mesti ada mesej. Tapi aku layankan lah jugalah. Paling tak lepas balas dua tiga kali mesej dah habis conversation.
"Here's your cheese cake. RM25." Plastik yang berisi kek itu ditolak sedikit ke hadapan kaunter.
Afiq hulur tiga keping not warna merah. "Keep the change." Terus Afiq tarik tangan Iris keluar kedai. "Kak! Nanti Iris call eh. Bye!"
"Bye..." Ok ini pelik gila. Kenapa baik hati sangat ni? Eh hello Yin, 5 ringgit je okay. Ha baiklah. Tapi aku rasa aku dengar apa yang Afiq cakap slow tadi tu. Sister in-law? Siapa?
Ah, apa aku kesah! Terus aku ke dapur. Gila betul pasang radio kuat-kuat. Patutlah aku tak dengar. Tak apa, aku siat budak-budak ni sekoq-sekoq!
HARI ni kawan aku yang anak Dato' tu kawin. Jadi aku sebagai kawan nak bagi ucapan sikit ni boleh tak. Haha, gedik je nak bagi ucapan segala. Lepas isya' terus aku solat dan salam dengan Mama dan Ayah lepas tu terus aku pecut datang rumah besar gedabak gaya macam istana dah.
Masa aku sampai, orang tak ramai sangat, tapi ramailah jugak! Eh, apa aku meraban ni. Aku picit-picit phone di tangan sebab aku ingatkan Sarah tak sampai lagi. Rupa-rupanya dia tengah duduk gosip dengan Han dalam bilik pengantin tengok mak andam pakaikan Han bulu mata palsu. Cis, tak ajak aku!
"Assalamualaikum. Ewah ewah. Kau bila lagi sampai ni. Sampai awal tak ajak aku eh." Aku tepuk belakang Sarah yang tengah gelak kuat-kuat. Bolehlah pula Kak Yam yang jadi mak andam tu join sekaki.
"Sori, aku tertidur. Aku malas nak call balik. Jangan tanya sebab sebab aku memang malas. Sekian. Eh, Han kau kawin pukul berapa ni?" Aku tanya Han sambil tengok jam di tangan kiri. Lapan setengah.
"Sembilan." Tenang lagi jawab tu. Ni mesti kes tak tengok jam. Kalau tak mesti gelabah ayam dah ni. "Eh, hailo kawan-kawanku sejagat. Sekarang dah lapan setengah dah okay." Lepas aku cakap macam tu, terus Han ambik phone dia yang ada atas meja solek.
"Makkkk! Kak Yam cepat Kak Yam. Mana nak pakai baju lagi nak pakai tudung lagi. Kak Yammmmm!" Ha, kan aku dah kata. Budak ni la manusia paling gelabah atas dunia. Chillex la bro. Pengantin lelaki tak sampai lagi kot.
"Ha dah siap." Terus Han bangun dan bukak almari. Keluarkan baju kawin yang ada dalam almari lepas tu campak baju tu atas katil. "Eh kenapa campak. Pergilah tukar cepat." Sarah dah berdiri sebab semua orang dah gelabah dalam bilik ni. Kak Yam dah keluar.
"Aku nak guna bilik air jap. Nervous you!" Berdentum bunyi pintu ditutup. Han oh han!
LEPAS Han dah siap ijab kabul, kenalah serbu bilik pengantin pula, nak ambil gambar buat masuk dalam album, nak gantung dekat dinding ruang tamu dan sebagainya.
Lepas semua dah sudah, tetamu pula dijemput makan di bawah khemah yang sudah dipasang di luar rumah. Ok aku tak paham kenapa aku tulis ayat skema tahap giga. Aku yang dah sedia nak serbu ayam madu sebelum Han pegang lengan aku jangan bagi gerak.
"Han, kesian lah aku. Aku lapar ni. Aku report mak aku karang." Ayat tadika yang aku buat langsung tak buat Han nampak takut. Ha yelah, dah ayat tadika!
Aku kerut kening. "Kau apahal terhendap-hendap bagai ni?" Aku dah turut sama terhendap. "Aku tunggu tetamu aku yang special ni. Tak sampai-sampai lagi ni kenapa. Sedih betul."
Aku tepuk dahi. "Rujhan tak ada lagi kan. Nanti aku nak call." Terus aku picit-picit telefon dan tekup di telinga. Rujhan kata dia on the way, tadi ada masalah. Dia muntah-muntah. Alah, biasalah ibu muda. "Rujhan dah on the way." Aku cakap dekat Han macam tu lepas tu simpan phone dalam poket baju kurung.
"Aku bukan tunggu dia lah." Han masih terhendap-hendap. Tak betul punya pengantin. Patutnya duduk dengan happy melayan suami tersayang. Ni lain pulak dah jadi.
"Ha, tu dia dah sampai." Han tunjuk seorang lelaki yang baru sahaja melangkahkan kaki masuk. Dan lelaki tu memang aku tak kenal langsung. "Siapa tu, aku tak kenal pun. Special sangat eh?" Aku tengok lelaki tu lepas tu tengok Han.
"Kau jangan banyak cakap, cepat pergi cari Sarah. Budak tu buat apa dalam tandas lama sangat. Cepat." Suka hati jiwa raga dia je nak arah aku itu ini. Mentang-mentanglah dia raja sehari. Eh, bukan sehari sebenarnya. Banyak hari. Aku rasa raja seminggu kot. Hari ni sehari, esok. Lepas tu sebelah Rafiq. Lepas tu buat dekat kampung ayah dia pula. Lepas tu kampung sebelah mak dia. Lepas tu dua lagi majlis untuk pihak-pihak atasan.
"Kenapa nak kena panggil Sarah ni?" Aku kerut kening.
"That man is her fiancee la." Han tak lepas dari memandang lelaki tu. Her... what? Ok, Han memang suka gila buat kerja gila. Kalau Sarah tau ni, memang lapar nak makan pelangkung agaknya budak Han ni.
"Ha, aku pergi panggil sekejap." Aku terus jalan ke tandas. "Wei, kau jangan cakap dekat dia pasal tunang dia tu. Nanti dia tak nak keluar tandas pulak." Aku angkat ibu jari kanan.
Aku panggil Sarah. La, patutlah lama. Tengah gigit ayam goreng sambil gosip dengan Kak Yam. "Sarah! Eh dah makan? Tak malu betul la minah ni sorang. Han si pengantin jelita ada benda nak cakap dekat kau. Dia panggil, right now." Aku dah pegang lengan Sarah.
"Lek lek. Bagi aku habis ayam ni dulu."
Dua minit berlalu. Banyak betul la gigit ayam minah ni sorang.
Aku dan Sarah dan jalan dengan gembira, berlalu ke arah Han. "Han, ada apa?" Sarah tegur dari belakang. Han yang tengah bercakap-cakap dengan seseorang berpaling. "Ha, Sarah. Let me introduce you to my friend. Luth, this is Sarah. Sarah, this is Luth."
Memang lapar nak makan kasut saiz tujuh.
Sarah dah speechless. Luth ni la Mr. Fiancee dia tu. Alahai, kacak lah juga. Boleh lah kalau nak masukkan dalam short list calon suami. Ehen.
"Dah dah. Kau orang pergi makan dekat luar. Meja yang ada candle warna biru tu, aku dah reserve special untuk korang." Han tolak Sarah dari belakang, dan Sarah memang tak ada pilihan lain selain kena pergi jugak.
"Yin. Okay tak plan aku?" Han angkat ibu jari kanan sambil kenyit mata. Eh, ok tu memang ok. Tapi kau tu yang tak berapa nak ok, nak kena baham dengan Sarah jap lagi. "Han, suka hati engkaulah. Asalkan bahagia dunia akhirat. Dah, aku nak gi makan. Babai." Aku dah sarung sandal aku yang dah penyet. Memanglah penyet, yang pergi letak memang betul-betul depan pintu utama ni kenapa.
"Eh Yin. Kau pun, lek lu. Tak yah pergi makan lagi." Han tahan aku daripada jalan, lagi. Eii, aku lapar ni. Baham orang karang! "Meh sini." Han sarung selipar yang milik entah siapa-siapa lepas tu tarik aku pergi dekat meja empat segi dua orang makan. Atas meja tu ada lilin cantik. Lepas tu ada pinggan dan gelas kosong.
Han tarik kerusi untuk aku. "Duduk." Han arahkan aku, dan tanpa banyak soal aku terus duduk. Dia ni nak makan berdua dengan aku ke? Biar betik? Han tepuk tangan dua kali, dan ada seorang lelaki yang aku klasifikasikan sebagai waiter, sebab dia pakai baju macam waiter dekat hotel mahal lepas tu pegang makanan sedap dalam dulang.
Waiter tadi tu terus hidangkan makanan. Han senyum dua puluh sen dekat aku. Nak kata Han nak makan berdua dengan aku, dia ni tak duduk lagi. Lepas tu, aku nak kena makan sorang-sorang la ni? Tapi nak kata aku makan sorang-sorang, pinggan yang ada setentang dengan pinggan aku ni pun ada makanan.
Jangan kata Han set blind date untuk aku.
"Surprise." Han kata macam tu. Dua saat lepas tu aku hidu bau perfume lelaki yang aku pernah bau sebelum ni. Macam kenal? "You will be dating with him, tonight. So, enjoy your meal." Han terus berlalu.
Aku tengok lelaki depan aku dua saat lepas tu aku tunduk menekur jari. Eii cekadak punya Han. How on earth boleh dia pergi cari Afiq lepas tu... lepas tu buat semua ni. Arghhhhh! Is this a beautiful dream? With my knight with the shining armor? Ha, macam mana?
"Syirin, may I sit?"
ps: wakakakaka. tak sedap. saya nak buat dalam masa kurang dari sehari jugak. sebab tu jadi pendek dan tak sedap sebab tengah terencat idea. eii bahasa entah apa apa. selamat membaca karya yang tak best ini! ehen.
Labels:
CK
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
seriously?! Haiii.. syabas-syabas.
ReplyDelete'Ask your future sister in-law ni la'.. sakit pipi duk senyum,sengih, gelak sorang-2.. heee.. congrates and good luck my dear.. =D
ReplyDelete#N.I.A
best and sweett....
ReplyDelete