Tuesday, 25 December 2012

cerita kita 14 - orkid =)

DIAM. Still lagi diam macam tadi. Ini namanya triple speechless!! Memang betul la yang Han cakap. Ayat dia dulu... handsome guys know how to put charm on me... Sekarang ni, ayat tu berbalik kat aku pulak.

Aku tengok, senyuman Afiq dah padam. Rasanya 5 minit dah kitorang macam ni. Afiq pandang depan tak lepas. Tapi, aku tak sure dia pandang apa sebab sejauh pemerhatian aku la kan. Dia pandang aku tak lama pun. Jaga pandangan. Heee.. Calon suami yang baik. Aisehh. Dah mula buat penilaian ke? Aku pulak dari tadi duk tengok cincin dalam kotak kecil tu. Rasa macam nak ambil, pastu sarung terus kat jari ni. Hehe. Jangan nak buat perangai tak tahu malu sangatlah, Syirin!

Afiq kembali membetulkan duduk. Air dihirup. "Awak memang takde perasaan ke?"

Aku angkat muka. Dah mula dah dia. Kening berkerut.

"You keep looking at the ring for 6 minutes already, okay? Without doing anything. Can't you...answer me? At least? Tak pun buat muka berperasaan sikit." Kunci kereta dipusing-pusing dengan jari telunjuk.

"Awak nak saya buat reaksi macam mana?" Aku menyandar ke kerusi. Jari-jari dah main gendang atas meja.

Boleh dia tanya aku? "Happy? Bukan ke girl kalau dapat benda macam ni diorang suka bagai nak rak? Macam tak cukup muka je nak sengih lebar-lebar. Kan?"

"Hoho. That's not me then." Tiba-tiba phone aku bunyi, tanda mesej masuk.

Kak. Terima je lah. Kitorang dari tadi lagi duk tengok drama sebabak ni. Sampai tak tahu nak cakap apa dah.

Ehh budak ni. Baru 10 minit duduk kat sini. Gaya cakap macam 10 jam dah duduk kat sini. Phone dimain-mainkan dengan tangan. Serious aku tak tau nak cakap apa. "Makan dulu." Badan ditegakkan. Aku terus tarik pinggan yang berisi meehun dekat dengan aku dan tangan mula memegang sudu dan garfu.

Afiq dah tersandar balik ke kerusi. Afiq, just follow her flow. Selagi tak de ayat reject dan seumpama dengannya, kau masih lagi dalam zon selamat! Dia turut mecapai sudu dan garfu.

Satu suap meehun. Aku nak buat apa ni? Nak reject? Patut ke sedangkan aku tau Mama dah tanya benda ni. Sedangkan aku tau Rujhan tu dah macam mak nenek bebel pasal benda ni. Sedangkan aku tau yang kawan aku tu, semuanya dah tinggal zaman bujang. Semua masuk zon berdua!

Suapan kedua. Apa yang buat dia tiba-tiba present macam ni depan aku? Jumpa berapa kali, boleh bilang dengan jari je. Atau...

Suapan ketiga. Dia ni tak pernah couple ni. Itu pasal jumpa perempuan terus propose. Aku untung la maknanya, kan? Dibuatnya dia jumpa orang lain. Propose orang lain. Tak de nya aku nak duk sini sekarang ni. Ceh. Aku ingat, lelaki zaman sekarang maju sangat. Semuanya jenis yang mintak number phone opposite sex. Tapi orang depan aku ni... Aku angkat muka sekejap tengok Afiq. Bila Afiq turut mengangkat muka, aku senyum 2 saat sebelum tunduk makan balik. Confirm!

Suapan keempat. Confirm dia ni tak pernah couple. Itu mengikut pemerhatian aku la. Kalau tak, macam mana dia boleh ambil tindakan ni sedangkan dalam masa 4 bulan ni, aku dengan dia bukan berjumpa sangat. Jumpa setakat selisih macam tu buat hape?

Air dihirup sekejap sebelum tangan kembali mencapai garfu. Suapan kelima. Dia tak romantik. Itu yang aku suka! Tak perlu lah kan nak ada bunga or coklat sebagai pembuka majlis. Bagi coklat boleh tahan lagi. Bagi bunga buat apa? Bukan boleh makan. Kalau bagi bunga hidup, tunggu je lah sampai bunga tu layu. Kut la dia bagi bunga plastik kan, boleh la jugak aku sedekah kat rumah Tok Mi kan? Aku tak tau lah bagi orang lain macam mana. Tapi, bagi aku, macam tu lah aku describe 'romantic'. Aiseyyhh... Geli nak sebut banyak kali!

Suapan keenam. Dia sweet. Aku tak nak describe panjang-panjang tang mana aku boleh cakap dia sweet. Yang aku tau, to me la kan. He is sweet. That's enough for me, thank you.

Suapan ke... "Yin!" Aisehh. Siapa pulak menganggu selera aku ni? Aku kalih kepala ke kiri. "Fei?"

Orang dihadapan aku mengangguk. Aku tersenyum sekejap sebelum aku ingat something. Aku tengok balik meja yang jadi tempat makan kitorang ni. Eh? Dah tak ade? Cepat pulak tangan dia.

"Lama tak jumpa kau. Apa khabar?" Fei ni, tanya aku macam tu macamlah kitorang rapat sangat. Aku senyum lagi. Senyum kekok sebenarnya. Tak selesa jumpa kawan depan pak cik ni. Aku dah bangun berdiri di tepi meja.

"Alhamdulillah baik. Kau?"

"Aku okey. Aku dengar kau dah bukak bakery ehh?"

Aku mengangguk. Macam mana dia ni boleh tau perkembangan aku? Safiyyah as known as Fei. Dia ni famous jugak kat sekolah. Oleh sebab dia famous, maka aku memanglah diblack list kan nama untuk jadi kawan dia. Heee.. Oleh sebab itu jugak, aku rasa dia memang tak pernah tahu kehadiran dan kewujudan aku. Tapi, aku tak sangka pulak dia boleh tau perkembangan aku. Siap panggil nama gaya rapat je. "Kau pulak?"

"Aku kerja kat ofis je. Takde kedai sendiri macam kau lagi." Fei tengok Afiq. Dia senyum. Hailoo.. Dia nak try Afiq ke apa? Tau la dia tu cantik. "Aku sebenarnya tau pasal bakery kau ni dari Payed."

Kalaulah Fei ni nak alihkan perhatian aku untuk dengar apa yang dia cakap sekarang, dia dah berjaya. "Payed?" Farid. Best buddy aku tu! Ha sudah. Budak Payed tu dah sangkut dengan minah ni ke apa?

"A'ah. Takkan tak ingat dah."

Ingat. Tapi dah lama tak contact. Rasa maca lost contact pun ada. "Ingat." Aku senyum lagi. Cepat la blah.

"He really changes a lot. Last time I met him, aku rasa aku tak akan cam yang itu dia kalau dia tak tegur aku."

Aku senyum lagi. Matang dah kawan aku yang tu. "Yeah. Nak jugak jumpa dia kalau kau cakap dia dah berubah."

Fei ketawa. "Okeylah. Got to go. Enjoy your meal and by the way, Payed dah jejak tanah air." Aku mengangguk dan bersalaman dengan dia dan sekali lagi dia tersenyum tengok Afiq.

Aku kembali duduk dan habiskan meehun.

"Seems like the guy named Payed knows a lot about you."

"He's my best buddy. From my secondary school."

"Oooo.." Best buddy.

"Dah siap. I guess I've to go now."

"Okay." Afiq kemudiannya menolak kotak cincin yang berada dalam genggamannya ke arah aku. "Think about it, will you?"

5 saat aku tengok kotak tu. Maaflah. Aku memang suka membilang masa. Haha. Aku tolak balik kotak tu ke arah dia. Masa tu, Afiq memang dah tengok aku tak lepas. "Don't worry. I'll think about it. Cuma yang tu, awak simpan dulu. Mana la tau. That ring's not mine."

Mata Afiq bulat. Budak ni la. Main-main je cakap macam tu. Tak nampak ke yang aku ni sikit punya serius? "Just think it carefully, kay? Istikharah is the best way."

"Undoubtedly. Insya-allah." Aku memang dah tak sangka aku akan masuk mode ni. Mode serius yang akan berfikir dan bercakap pasal nikah kawin. Waaa... Memang lah. Balik ni kena menuntut dengan Mama dengan Kak Jaja. "Oh ya. Nanti wedding Sarah, awak datang dengan kawan jugak ke?"

Afiq ketawa kecil. "Entah. Saya tak tau lagi kawan saya yang mana dapat kad jemputan. Kenapa? Awak nak jemput saya ke?"

"Naaa.. Never mind, I think." Lagi baik kalau tak jemput dia rasanya. Kalau aku yang jemput, dah la dalam keadaan dia tak kenal siapa-siapa kat sana. Mesti la aku yang kena duduk dengan dia kan? Takkan nak biar dia duk seorang diri je.

Aku bangun dan bagi signal dekat Lala nun di hujung sana yang tak henti-henti duk tengok sini. Iris pun sama aje. Tiga kali tujuh betul la diorang ni. Kitorang mula berjalan keluar dari cafe dan menuju ke parking lot. Afiq tunggu kereta aku jalan dulu sebelum dia turut masuk ke dalam kereta. So sweet of him, okay. Ni la contoh dia.

Afiq menghidupkan enjin kereta. Looks like I have a competitor ehh? Well, I'm one step ahead now. Dia tersenyum.


PEMANDUAN aku agak terganggu dengan aktiviti Lala disebelah yang sedang meneroka beg aku seenaknya. Aku ni jarang sangat nak pakai handbag segala. Lagi suka pakai knapsack. Dan aku tak tau motif aku cakap. "Lala cari apa tu?" Aku tanya dia masa kereta dah berhenti dekat traffic light.

"Cincin. Cincin. Mana cincin. Nak tengok. Tapi tak jumpa pun."

Budak ni sangatlah hampehhh. Aku buat tak tau. Lampu dah bertukar hijau. "Kak Long!"

"Hamende nya?"

"Cincin mana."

"Duduk dengan tuan dia la. Nak sangat tengok, pergi mintak sendiri."

"Apasal duduk dengan abang Iris? Bukan kakak ke tuan cincin tu?" Lala tersengih. Tangannya dah berhenti menyelongkar knapsack aku.

"Mana ada. Kitorang tak ada final decision lagi. Eh jap. Ada. Dia suruh Kak Long fikir dulu."

Lala tersengih semakin lebar. Memang betul la cakap Afiq. Girl akan suka tahap tak hengat kalau dapat benda maca tu. Contohnya Lala. Memang sengih tak cukup muka budak ni. Ini baru hal aku. Kalau hal dia, memang aku rasa dia dah buat lompat bintang dah tadi kat cafe tu.

"Eeeeiiiii... Sukanya. Sukanya. Tengok kakak sendiri kena propose. Depan mata sendiri tu. Free show! Kalau record tadi, boleh kasi Abang Man tengok."

Rolling eyes. "Sampai rumah nanti, don't say a word about this outing until I open my mouth to tell it, kay? If not, you're dead, dear."

"It's not a big deal." Lala tersenyum lagi. Aku menaikkan volume radio.

Satu lagi...

"Kenapa bawak balik cincin ni? Bagi terus la dekat Kak Syirin." Iris membelek cincin emas putih bermata satu itu. Simple. Just like Kak Syirin. Pakaian dia simple tapi menarik. Dia tersenyum.

"Dia suruh abang pegang dulu. Dia takut, end up cincin tu bukan untuk dia."

"Pastu abang tergugat lah dengan apa yang dia cakap tu?"

Afiq diam.

"Be a man la sikit abang."

He's my best buddy. Afiq menarik nafas. "I don't want she feels like I'm forcing her to do this and that. Plus, kitorang baru je kenal." From my secondary school. Surely, dah kenal Syirin lama kan? "Tadi tu la masa yang kitorang bercakap elok. Sebelum ni, kalau bercakap pun aci jawab sarkastik je dua-dua."

Jeda.

"I want she accepts me with all her heart."

"Eeeewww.. Bunga la bang! Salah orang ni." Iris dah buat muka menyampah. Afiq hanya ketawa. Dah agak reaksi adik dia macam tu. "Anyway, this time, you make a good choice abang!"

"Sejak bila abang pernah buat pilihan untuk pilih someone ni? Bukan ke selama ni Iris yang kononnya jadi matchmaker untuk abang?" Dia melihat adiknya disebelah.

Iris tarik muncung. "Tak kira. Yang ni pass. Tak perlu ditapis-tapis lagi." Iris tersenyum panjang.

Afiq turut tersenyum. Terima kasih, Allah. Make it easier for me, please.


KAMI baru sampai rumah bila aku nampak sebiji kek diatas meja kat dapur. "Kek siapa ni ma?"

"Bukak lah kalau nak tau." Mama yang sedang menggoreng ikan, menjawab.

Reben ditarik perlahan-lahan. Kotak dibuka dan isi kotak dikeluarkan. Lala disebelah menunggu.

To Syirin. 
Happy friendship day!
From You-Know-Me

Itu yang tertulis diatas kek dengan ising. Aku senyum. Aku boleh agak siapa ni. Tak berubah. "Bila dia datang ma?" Hari ni berapa hri bulan ehh? 12/12. Patutlah. Aku senyum lagi.

Mama turut tersenyum. "Tadi."

"Bila jejak tanah air?" Lala dah ambil ising dan suap ke mulut. Aku pukul tangan dia. Tak senonoh la budak ni!

"Dah seminggu katanya. Dia datang sekeluarga tadi. Ingat nak hantar rombongan meminang tadi. Rupanya, dia sekeluarga on the way nak pergi lain. Singgah la sekejap."

Aku diam. Tangan Lala yang nak ambil ising terhenti di pertengahan jalan. Aku kalih tengok Lala. Lala tengok aku. Sama diam! 

"Buat apa lagi tu? Potong la kek tu. Nak jugak rasa kek yang dia buat dengan tangan sendiri tu." Mama dah siap goreng ikan. Aku cuit Lala suruh dia ambil pisau. Payed ni pun satu. Nak bagi kek tu, bagi lah dengan pisau sekali.

Aku potong kek dan Lala letak dalam pinggan. Dihulur kepada Mama. 

"Sedap." Komen Mama.

"Apa ni?" Luqman dah datang.

"Kek Payed buat." Aku jawab pendek. Sebab Payed lah aku minat nak belajar baking. Sampai aku dah boleh ada kedai macam sekarang.

"Nak. Potong satu Yin." Pinggan dihulur. Luqman menyuap kek ke dalam mulut. "Emm.. Sedap."

"Kan?" Mama bertanya. "Dah lepas ni kalau nak jadi menantu mama."

Kek yang aku nak potong lurus terus jadi tak lurus.

Lala yang dari tadi duk menyuap ising ke dalam mulut terus tersasar ke hidung.

Abang Man yang duk minum air terus batuk tak henti. 

Semua duk fikir benda sama. BALA!


DAH jam 5.30 pagi. Tunggu subuh. Aku membaringkan badan diatas katil. Baru lepas buat solat sunat. Tenang la sikit nak berfikir. Berfikir tentang hal siang kelmarin. Hal kat dapur tadi, lepas Mama keluarkan ayat killer macam tu, aku terus angkat knapsack cakap nak naik atas. Solat. Lala pulak, bawak kek sepotong untuk makan depan TV. Abang Man cakap nak tengok anak kembar dia. 

Mama memang sengaja. Dia bukan tak tau aku dengan Payed tu kawan sejak zaman sekolah lagi. Haihhh... Macam mana ni. Aku rasa macam dah bulat hati dengan keputusan ni. It's much better untuk cakap dengan Mama and Ayah dulu. Takut nanti dicop pandai-pandai buat keputusan sendiri pulak. Tiba-tiba rasa berdebar. Rupanya, I'm big enough dah kan? Patut la Mama dengan kawan duk sibuk membebel pasal ni.

Jam 9 pagi. Create message... 

Let me talk with my parents first. Kalau takde masalah, insya-allah we're going one step forward.

Send. 

Syirin, kau memang dah gila!

--------------------------------------------------------------------------------------------

Rasa macam dah panjang. So, NEXT! Biar anis chan yang buat part dia nak kawin ehh? Haha. Rasa sayang pulak nak henti sampai 20. Tapi, takut idea pulak tak datang. Dah lah tulis tak sedap. HAHA. 

2 comments:

  1. Ha. 20 chapters tak akan cukup! We need 50. Hambek hiperbola dah guwa. Best best.

    ReplyDelete
  2. yeah!! 50 chapter! I likee..!! payed tu penggugat, berdebar jer baca chap. ni. Fuh! good luck my friends =D

    ReplyDelete